Permaisuri Hati


 

 

Penulis   :  Izz Jaja      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  LoveNovel Enterprise
Bilangan Mukasurat : 579
Tarikh Terbitan : 1994  
eISBN :  978-967-0907-36-9 
Rating :   
       
 

 


Ulasan :
 
Maaf, ketika ini aku sedang 'membedah siasat' karya hebat ini. Tunggu ulasan aku nanti ye! 
 
 

 

 
Sinopsis   

  
Bahagia di dalam dada ini hanya Tuhan yang tahu ertinya. Kasih ini untukmu, namun aku terkedu tatkala manisnya cinta yang aku berikan, kau balas dengan segala keperitan.

“… dulu saya anggap cinta itu manis dan mendamaikan, tetapi sekarang cinta itu hanya sesuatu yang melukakan bagi saya.” – Amalina Bashira

NIZAM… Aku tidak pernah mengerti di mana silapku, sehingga begitu tegar kau melafazkan kata perpisahan. Tidak cukupkah cinta yang kita bina bertahun lama? Tapi... tidak! Kesalahan bukan daripada pihakku. Aku juga bukan bodoh. Kerana itu, tidak mungkin aku mengalah. Aku akan terus mendongak ke atas, mencari sejalur sinar bahagia di langit Tuhan.

“Dulu abang cintai Lina. Lina dekat tapi abang jauhkan diri. Mungkin karma. Sekarang abang masih cintakan Lina. Walaupun dekat, terlalu jauh untuk abang capai.” - Nizam

RAFAEL HAMDANI... Kehadiranmu mendamaikan hati. Engkau bagaikan hembusan-hembusan cinta yang membangkitkan semangat. Engkau di sisi saat sakit di dada ini belum padam sepenuhnya. Aku juga ingin merawat luka dan pedih di hatimu. Apakah engkau sudi menggenggam tanganku, bersama-sama berlari mengejar cinta?

“… mungkin I tak sehebat lelaki impian you, I mungkin bukan lelaki yang selalu hadir lewat mimpi-mimpi indah you, tapi I akan cuba jadi yang terbaik untuk memenangi hati you…” - Rafael

ZAHID... Aku tidak pernah mengenali dirimu. Jauh sekali mendambakan kasih sayangmu. Aku tidak tahu sejak bila engkau mencintaiku dalam diam. Sungguh, aku hargai perasaanmu. Tapi maaf, kita tidak mungkin bersama. Aku sudah punya dia... dia yang sangat mengerti hatiku.

“Hati I tetap pilih you. Kalau you masih tak bersedia, I boleh tunggu Lina. Just give me a little hope.” - Zahid

Aku wanita biasa, namun antara ketiga-tiga lelaki ini, aku hanya ingin menjadi permaisuri hati untuk seorang sahaja…

 

 

 

Jingga Langit Kita : Kapten Zulhairi

 

 

Penulis   :  Lily Haslina Nasir  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  HA Novels Publication
Bilangan Mukasurat : 491
Tarikh Terbitan : Okt 2025  
ISBN :  978-629-94206-1-3 
Rating :


الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 6 penulis hebat ini selepas Menunggu Cinta Tuhan, Tuhan Masih Mencintaiku, Cinta Hilang Kata, Hunky Avian Funku Arisa dan Nefertiti.

مَا شَاءَ ٱللَّٰهُ, kisah si Jengking Kapten Zulhairi dan si Bidadari Kapten Anjelina ini juga memang buat aku "kecut perut".

Ini kisah tentang seorang juruterbang TUDM yang penuh dengan aksi cemas dan mendebarkan. Banyak maklumat yang dapat aku pelajari tentang bagaimana kerja seorang juruterbang mengendalikan pesawat untuk misi pertahanan dan operasi udara negara ni. Percayalah, bukan mudah untuk menjadi seorang juruterbang ni tau. Semua calon juruterbang kena masuk dan akan bermula dari UPNM. Jika dapat interviu, selesaikan asasi, lepas tu baru masuk degree. Waktu tu dah jadi Pegawai Kadet Udara. Kena tahan fizikal, mental dan ujian yang ketat. Kalau ambil jurusan kejuruteraan empat tahun. Jurusan lain tiga tahun. Kadet kena bangun awal, kawat pagi, kelas akademik, latihan ketenteraan... semua bercampur. 

Selepas tamat degree kena lalui 'Tauliah' dulu. Masa ni baru dapat pangkat Leftenan Muda TUDM. Kena lulus ujian Aptitude. Ujian kesihatan mata, tekanan darah dan jantung. Lepas tu kena kursus bertahan hidup sebulan dalam hutan. Kalau sesat kena cari jalan keluar sendiri. Kalau lapar makan serangga. Lepas tu masuk Institut Penerbangan 1 mula dengan pesawat bersayap tetap, PC-7 MKII. Lepas tu kalau layak masuk Institut Penerbangan 2, belajar helikopter jenis EC120B selama maksimum dua tahun. Lepas tu barulah fasa yang paling penting iaitu Conversion. Kalau pilih jadi juruterbang pesawat pejuang, kena masuk FLIT atau Fighter Lead In Training. Kalau angkut kena ke MECU, Multiple Engine Conversion Unit. Kalau helikopter kena mahir bawak AW139 atau EC725. Dan peringkat akhirnya jadi Full Pledge Pilot, juruterbang penuh yang akan ditempatkan ikut skuadron khas. Junior pilot di skuadron masing-masing. Kiranya akan ambil masa lebih kurang 7 ke 8 tahun untuk jadi seorang Jet Fighter ni. Haa camne korang ada berani ???

Sejujurnya aku memang puas hati tahap maksima dan teruja betul layan si Jengking ni ha ha ha. Penulis memang berjaya membuai jiwa dan ragaku dalam menyampaikan isi dalam cerita ini dengan begitu berkesan sekali. Sampaikan aku terperasan sekejap macam aku pulak yang jadi pilot dan ada dalam cerita nih... adoi he he he.  

Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah jet fighter ni. Diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi manfaat buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 
T.E.R.B.A.I.K.

 

Sinopsis

Callsign: Jengking & Bidadari - di langit mereka bertempur, di bumi mereka terikat janji.

 

"Auch! Sakitlah, weh!"

"Sorry... roket kertas salah landing!"

"Salah landing kepala otak kau!"

 

Zulhairi, si budak lelaki obses langit sejak tadika, kerjanya baling roket kertas. Mangsanya, si gadis kecil yang penuh amarah, Anjel.

Takdir tak pernah habis bermain teka-teki.

Bertahun-tahun kemudian, mereka bertemu semula, kali ini bukan lagi di tadika tapi di hangar jet pejuang. Dia, si Kapten Jengking, lelaki gila manuver. Dia pula, si Kapten Bidadari, gadis yang mewarisi semangat ayahnya, yang gugur dalam tragedi udara.

Dugaan datang silih berganti, antara ego, misi, dan nyawa yang digantung di langit. Namun yang paling getir, adalah perasaan yang tak pernah mati.

Dan di satu misi besar, di Pulau Layang-Layang, selepas dentuman di langit reda....

 

"Kau ingat lagi roket kertas tu?"

"Aku simpan satu... dalam diari flight log aku."

 

"Jingga Langit Kita" bukan sekadar novel aksi ketenteraan, ia kisah tentang takdir, luka lama, dan cinta yang bergelut di ruang udara negara.

Bersiap sedia untuk dogfight emosi dan misi berani mati yang tak semua mampu harungi. Sedia gear-up, kerana cinta ini bukan misi biasa.

 

 

 ... lagu Negaraku - Joe Flizzow, Altimet, SonaOne & Faizal Tahir ...

 


 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...