ALONG : The Nonchalant Hero


 

Penulis   :  akuorgbiasa  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  EffJay Resources
Bilangan Mukasurat : 571 (ebook)
Tarikh Terbitan : Dis 2024  
Rating :

 Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 10 penulis hebat ini selepas Kerana Kau Hawaku, The Bad Boy's Girlfriend, Aku Ada, Utusan Cinta DIA, Miss Pen Pal, Kekasih Diya, Syarat yang ke 3, My Not-So-Perfect Sweetheart dan Ceritera Cinta Express

سُبْحَانَ الله kisah Along (Ahmad Tahir) dan dan Ekin (Irdina Asyiqin) ini memang meruntun jiwa dan ragaku. Pepatah omputih kata, don't judge a book by its cover ...  begitulah nak cerita kisah diorang ni. 

Apa yang aku faham maksud The Nonchalant Hero ni ialah orang yang tenang-tenang je (bebas daripada tekanan atau desakan), tidak ambil kisah atau peduli atau risau apa pun, atau lebih mudah faham orang yang seperti tiada perasaan gitu he he he.

Sudah menjadi kebiasaan manusia suka melihat seseorang dari luaran atau penampilan berbanding kemampuan seseorang itu. Tidak dinafikan, pendidikan amat penting untuk menjadi individu berjaya. Namun, pencapaian akademik bukanlah penentu kejayaan individu. Masyarakat selalu anggap hanya orang masuk Universiti yang ada ijazah je boleh berjaya dalam hidup. Hakikatnya, tanpa sijil atau ijazah pun seseorang itu boleh berjaya. Asalkan ada semangat yang tinggi dan usaha yang gigih dalam diri serta sanggup hadapi segala apa jua cabaran.

Pelbagai tanggapan positif perlu diterapkan dalam masyarakat kita bahawa lelaki tanpa ijazah juga boleh berjaya dalam hidup. Kelayakan akademik atau segulung ijazah bukan ukuran kebijaksanaan seseorang. Sudah ramai mereka yang tanpa ijazah lebih berjaya daripada mereka yang ada ijazah kelas pertama pun. Rezeki setiap orang tu berbeza. Pendidikan formal bukan penentu kejayaan, tetapi pengalaman adalah guru terbaik kejayaan sebenar buat kita. Jadi, adik-adik dan kakak-kakak di luar sana tu jangan takut untuk terima lelaki yang tiada ijazah atau yang tidak pernah masuk IPT ya, sebab jaminan hidup kita ni tidak bergantung kepada kelulusan sijil semata tetapi hakikatnya adalah usaha, kesungguhan dan pengalaman seseorang itu.

Tahu tak, lelaki yang 'kurang bijak di atas kertas' ni biasanya mereka ada bakat terpendam atau kemahiran yang lebih bermanfaat berbanding pencapaian dalam akademik contoh chef pandai memasak, mekanik baiki kereta, wiring rumah atau pendawaian elektrik, aircond dan banyak lagi. 

Kepada semua wanita di luar sana tu, jika nak pilih pasangan hidup, jangan kita sangka lelaki yang tidak berpendidikan tinggi adalah calon suami yang tidak punyai masa depan yang baik. Apa yang lebih penting dan utama adalah hati budinya, keserasian dan keikhlasan seseorang  itu untuk menjadi pasangan hidup kita. 

Rasulullah SAW berpesan kepada para wali supaya memilih calon suami untuk anaknya dalam kalangan orang yang memiliki agama dan akhlak yang mulia.  Insya Allah akan bahagia dan kekal hingga ke Jannah. Kita perlu percaya kepada qada dan qadar. Sebagai hamba, ada jodoh atau tidak, kita perlu redha dengan ketentuan-Nya. Apapun ketentuan-Nya itulah yang terbaik untuk kita kerana terkandung di dalamnya hikmah yang tidak dapat kita fahami. ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hamba-Nya. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik untuk kita.

Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 



Sinopsis

“𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒂𝒘𝒂𝒌 𝒕𝒂𝒌 𝒏𝒂𝒌 𝒖𝒃𝒂𝒉 𝒉𝒊𝒅𝒖𝒑 𝒂𝒘𝒂𝒌, 𝒕𝒆𝒓𝒑𝒖𝒍𝒂𝒏𝒈𝒍𝒂𝒉. 𝑻𝒂𝒑𝒊 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒕𝒂𝒌 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒕𝒆𝒓𝒖𝒔 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒂𝒎𝒂 𝒂𝒘𝒂𝒌.” – Ekin

Ekin dan Along, pasangan kekasih sejak remaja, akhirnya berpisah. Bagi Ekin, Along terlalu pasif dan tidak cukup berusaha untuk membina masa depan.

Bersama Muiz Naim, lelaki sekufu yang memenuhi kriteria idamannya, Ekin menemui kebahagiaan baru. Namun, kebahagiaan itu sekejap cuma. Segala impian dan masa depan Ekin hancur dalam sekelip mata, meninggalkannya dalam kegelapan yang tak pernah dibayangkan.

“𝑰 𝒕𝒐𝒍𝒅 𝒚𝒂. 𝑫𝒐𝒏’𝒕 𝒇𝒊𝒈𝒉𝒕 𝒂 𝒃𝒂𝒕𝒕𝒍𝒆 𝒕𝒉𝒂𝒕 𝒚𝒐𝒖 𝒄𝒂𝒏’𝒕 𝒘𝒊𝒏.” – Muiz Naim

Takdir menemukan dia semula dengan Along. Namun, roda kehidupan sudah berputar. Kini, Along yang pernah dianggap tiada masa depan telah berubah menjadi seorang yang berjaya. Sebaliknya, Ekin yang dulu cemerlang kini terperangkap dalam bayang-bayang diri sendiri, melawan kesakitan yang tak terlihat di mata.

Kehadiran Along buat kali kedua mengubah persepsi Ekin tentang makna kejayaan dan cinta sejati. Dalam kesederhanaan dan kesabarannya, Along membuktikan bahawa dia adalah hero nonchalant yang sentiasa setia, walaupun pernah ditinggalkan.

“𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒂𝒅𝒂 𝒎𝒂𝒔𝒂𝒍𝒂𝒉, 𝒄𝒂𝒓𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒂𝒌𝒖. 𝑷𝒐𝒎𝒆𝒏 𝒄𝒂𝒃𝒖𝒌 𝒏𝒊.”– Along


Adakah kisah cinta yang terputus itu mampu bersambung kembali, atau semuanya sudah terlambat?

Apa sebenarnya yang penting dalam hidup – cinta, kejayaan, atau keikhlasan?

 

 

... lagu Biar Sampai Ke Bintang - Asmidar ...

 

 

  ... lagu Andainya Takdir - Anuar Zain ...

 


 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...