Hati Yang Kau Sakiti


 

Penulis   :  Shima Rostam      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penerbitan Anaasa PLT
Bilangan Mukasurat : 1.36 MB (e-book)
Tarikh Terbitan : 2018  
ISBN :  978-967-0870-50-2 
Rating :
  
       
 
 

 

 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya kedua penulis yang baru kukenali ini selepas Berikan Aku Peluang Mencintaimu.
 
Ini kisah Amina Nabila pelajar UPM, setelah putus cinta dengan boyfriend dan ingin buktikan pada diri sendiri sehingga sanggup ke kelab malam mengikut rakan sebiliknya. Ami bertemu dengan Amru Hafiz dan telah diperangkap dengan agenda jahat Aali rakan Amru sendiri.  Aku rasa zaman sekarang ni memang agak susah nak cari lelaki yang sanggup bertanggung jawab seperti watak Amru dalam cerita ini. Macam-macam yang aku rasa sewaktu baca kisah ini. Ada sedih, gembira, kasihan, geram dan macam-macam lagi. Wahai adik-adik di luar sana hati-hati memilih kawan ya. Fikir sedalam-dalamnya setiap tindakan yang kita ambil. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.

Kadang-kadang kita terlupa dan tidak dapat menerima kenyataan yang berlaku dalam hidup kita. Namun, siapalah kita untuk mempertikai takdir yang telah ditetapkan oleh Allah di Lauh Mahfuz untuk hambaNya walaupun amat berat dan payah untuk kita terima. ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik buat kita. 

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi pengajaran kepada adik-adik yang masih lagi belajar di menara gading di luar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 
 

 
Sinopsis   
  
Kerana kecewa, Ami mengikut kata hati. Hanya sekali. Dan kerana sekali itu mengubah hidupnya.

“Buat apa kat sini? Ini bukan tempat awak boleh suka-suka datang.“ –Amru

“Saya suka datang. Kenapa? Tak boleh?”-Ami

Ami dalam diam diperhatikan. Bagaikan ada magnet yang menarik mata Amru terus memandangnya. Kesimpulannya, Ami tak sesuai berada di dalam kelab malam ini. Tapi kenapa dia di sini? Kerana kecewa sepertinya juga ke?

Tanpa disedari rupanya mereka juga diperhati. Senyuman penuh makna Aali menggentarkan hati Kirana. Ada misi untuk Amru dan Ami.

“She’s a virgin…” – Amru

“I know… Memang dia gadis baik,” – Aali.

Dikhianati oleh sahabat baiknya sendiri, Ami tekad untuk menempuhinya sendiri. Benci mula mencengkam hati.

“Saya minta maaf. Saya akan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku.”- Amru

“Tak payah! Ada saya minta awak bertanggungjawab?”- Ami

Namun dia bukanlah lelaki yang mudah berputus asa. Ami sudah menjadi tanggungjawabnya. Dia akan lakukan apa sahaja untuk memikat hati gadis itu agar menerimanya. Dan semakin hari gadis itu mendapat tempat istimewa di hatinya.

Apakah yang berlaku pada malam itu? Berjayakah Amru melembutkan hati Ami? Kerana hati yang disakiti ini tidak bisa pulih kembali.

 

 ... lagu Kita Insan Biasa - Jay Jay & Dayangku Intan ... 

 



 ... lagu Tetap Menantimu - Nomad ...









Setulus Khadeeja


Penulis   :  Liza Nur      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Grup Buku Karangkraf
Bilangan Mukasurat : 418
Tarikh Terbitan : Ogos 2022  
ISBN :  978-967-2858-06-5 
Rating :

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya kelapan penulis hebat ini selepas Bukan Salahku, Biarkan Ia Pergi, Cinta Cash & Carry, Panggil Aku Kiah, Bridesmaid, Anggun Mikayla dan Dalam Rintis Hujan.    

Menurut penulis karya hebat ini, kisah Khadeeja ini adalah berdasarkan kisah benar yang diubah mengikut kesesuaian untuk memberi iktibar kepada masyarakat hari ini. Kisah ini menyelongkar perasaan seorang anak yang ketandusan kasih sayang ibu dan ayah sejak kecil dan menjadi mangsa penderaan fizikal, mental dan emosi. Malah anak yang dipinggirkan semasa kecil ini setelah dewasa dibebankan pula dengan tanggungjawab untuk menjaga mereka yang pernah menyeksa hidupnya.

Subhanallah, apa yang aku boleh tulis di sini, kisah Khadeeja yang penuh warna pelangi duka ini memang pilu, menyentap tangkai hatiku dan berjaya buat aku 'cembeng' lagi. Kisah ini buat aku insaf diri dan menyedarkan aku yang selalu terlupa untuk mensyukuri segala nikmat yang ALLAH telah berikan pada aku hingga kini. Khadeeja adalah contoh wanita berhati batu, kental dan waja. Hanya mereka yang telah mengalaminya sahaja yang dapat memahami segala apa yang dirasa oleh Khadeeja. Setiap watak yang terdapat dalam kisah ini banyak memberi kesedaran kepadaku. Kisah Khadeeja ini meninggalkan kesan yang begitu mendalam sekali di hatiku. Bacalah, anda pasti akan dapat rasa apa yang kurasa.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai inspirasi, teladan dan memberi pengajaran kepada semua pembaca di luar sana. Ucapan terima kasih daripada hatiku yang paling dalam dan tahniah kepada penulis karya hebat ini kerana telah berkongsi suatu kisah yang mampu menyedarkan dan buat pembaca muhasabah diri.  

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 
 

 T.E.R.B.A.I.K.


 
Sinopsis 

  

Khadeeja, dibesarkan dalam keluarga yang penuh kacau-bilau. Sikap pilih kasih orang tuanya, menjadikan dia gadis yang suka memendam rasa. Diamnya selalu disalahtafsirkan. Senyumannya tak kena pada tempat dan masa.

Kehadiran Adlyn sebagai sahabat semasa belajar di Universiti memberi Khadeeja ruang untuk bernafas, tetapi insiden hitam telah berlaku sehingga menyebabkan dirinya dibenci.

Ketika dia sedang lelah memikul tanggungjawab keluarga, Nufail abang sulung Adlyn datang memikat. Khadeeja cuba memujuk hatinya untuk menerima Nufail, tetapi dia terpaksa mengalah. Benarlah, dia tidak layak untuk bahagia.

Saat semuanya jauh ditinggalkan, Ansar adik Nufail pula datang menunaikan janji. Janji untuk menjaga Khadeeja walau apa pun yang terjadi.


“Takkan ada lelaki yang suka kau lebih daripada aku, sayang kau lebih daripada aku, jaga kau lebih daripada aku. Tu janji aku pada kau.” – Ansar

“Saya tak suka dengar cakap kosong. Kalau ikhlas sayangkan saya, tunjuk dengan perbuatan. Tak payah cakap setinggi langit kalau kaki masih mencecah bumi.” – Khadeeja

Mampukah Khadeeja bangkit semula dan memilih jalan bahagianya? Adakalanya rasa tak perlu dizahirkan dengan kata-kata. Cukup dengan ketulusan hati mencintai…

 

 

 

 

... lagu It's Not Goodbye - Laura Pausini ...

 



 ... lagu Aku Masih Setia - Dia Fadila ...

 


 

 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...