“ The more that you read, the more things you will know. The more that you learn, the more places you'll go.” ― Dr. Seuss
Like the Starlings
Penulis : Diyar Harraz
Negara : Malaysia
Bahasa : English
Genre : English Fiction
Penerbit : Jemari Seni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 486
Tarikh Terbitan : May 2016
ISBN : 978-967-0851-43-3
Rating :
Ulasan :
Maaf, ketika ini aku sedang 'membedah siasat' karya hebat ini. Tunggu ulasan aku nanti ye!
Sinopsis
Two lost souls.
One pre-destined fate.
Each with a conflict they have so little control over…
Laila Fazal is starting to see life more differently. After hitting rock bottom due to the untimely death of her step-mother, she begins to scrutinise over her life and the people around her. Things are on their way to destruction and it’s time that she declutters the things that ‘now’ matters to her.
Rhys Steffan Evans has a vow of his own. On the lookout for rebuilding his life from the nightmares behind, he’s attempting to become a new man. But things aren’t as simple as it first sounded when obstacles and the old chapters of his life started to haunt him, forcing him to jeopardise his newly found happiness.
A world apart, both with their own ‘worst bits of life’ to be dealt with, the two stumble on one startling journey, surrounded with cultural differences, sacrifices and chaos.
Can they manage to achieve their purposes, in the end?
Against the backdrops of a small, historical town in West Wales and Alor Gajah in Malacca, Like the Starlings envelops the livelihood of two people in their boisterous journey of self-discovery that rekindles lost memories, family and the sense of coming home.
"Yet another brilliantly-plotted novel that brings the smile, tears and laughter and takes the readers on a wonderful journey of self-discovery" - Jemari Seni
Cintaku Luruh di OXFORD
Penulis : Noor Suraya & Imaen
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : JS Adiwarna Publications & Distributors
Bilangan Mukasurat : 738
Tarikh Terbitan : 2013
ISBN : 978-967-0201-62-7
Rating : ★★★★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA ini adalah buku ke 11 yang aku dah baca karya penulis hebat ini selepas Tanah Adriyana, Kekasih Waktu, Kebun Mimpi, Seperti Mencintaimu... Ain, Nyanyian Tanjung Sepi, Langsir Biji Remia, Jaja & Din, Surat Ungu Untuk Nuha, Mahadewi dan Panggil Aku Dahlia.
Subhanallah, apa yang aku boleh tulis lagi kat sini, rasanya aku sudah pun tulis pada semua karya yang telah kubaca sebelum-sebelum ni. Satu lagi kisah pertemuan dan perpisahan yang sungguh meluluhkan hati ini. Sesungguhnya, pertemuan, ajal dan maut semuanya dalam ketentuan ALLAH swt.
Semoga kisah ini dapat dijadikan inspirasi, teladan
dan memberi
pengajaran kepada semua pembaca di luar sana. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
T.E.R.B.A.I.K.
Sinopsis
Zuha Zaid Salim : anak seorang ahli politik dari Malaysia yang mendapat tempat belajar di Lady Margaret Hall College (Universiti Oxford). Pada suatu musim luruh untuk pertama kalinya dia bertemu dengan belahan jiwanya, Falah Nordin.
Mereka terserempak di bandar kecil Oxford. Bandar bersih cantik ini, dingin dan indah sekali dalam mana-mana musim pun. Mereka saling bertukar senyum, ada malu yang menutup hati sewaktu Zuha mahupun Falah ingin meluahkan kata-kata. Padahal yang inign mereka tanya pada saat itu hanyalah, Di Malaysia awak tinggal di mana?"
Cabaran Dakwah 25 Rasul

Penulis : Mohamed Sabir Jamaludin
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Da'wah (Islam) Prophets
Penerbit : Aras Mega (M) Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 367
Tarikh Terbitan : 2018
ISBN : 978-967-2152-87-3
Rating : ★★★★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA dapat aku baca karya pertama penulis hebat ini.
Pendapat peribadi, buku ini boleh dibaca oleh semua golongan kerana gaya bahasa yang digunakan ringkas, padat dan mudah untuk difahami. Mengandungi kisah cabaran dakwah dan perjuangan yang telah dilalui oleh 25 rasul iaitu bermula dengan Nabi Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh, Ibrahim, Luth, Ismail, Ishak, Yaakub, Yusuf, Ayyub, Syu'aib, Musa, Harun, Dzulkifli, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa', Yunus, Zakaria, Yahya, Isa sehingga nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW seperti yang terdapat dalam al-Quran.
Bacalah, banyak maklumat yang dapat kita ketahui tentang bagaimana susah payah para Rasul mengajak manusia ke jalan ALLAH dengan segala kepayahan dan kesabaran.
Semoga segala isi buku ini dapat kita jadikan sebagai panduan dan ikhtibar untuk kita semua dalam menghadapi dunia dakwah yang semakin mencabar dewasa ini. Dan semoga penulis sentiasa dalam rahmat dan lindungan ALLAH swt. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Sinopsis
Gaya penulisan yang ringkas dan padat membantu para pembaca untuk lebih mudah memahami setiap intipati yang cuba disampaikan oleh penulis.
Tambahan pula, penulis mengambil al-Quran sebagai sumber rujukan yang utama bagi mengelakkan percampuran kisah-kisah israilliyat yang melampau dalam kisah para rasul.
TEBUS

Penulis : Hana Ilhami
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Penulisan2u
Bilangan Mukasurat : 595
Tarikh Terbitan : Jun 2019
ISBN : 978-967-2102-96-0
Rating :

Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 5 penulis favourite aku ni selepas Ya Maulana, Perempuan Lindungan Kaabah, Membakar Syurga Mengguyur Neraka dan Bidadari Bermata Jeli.
Genre sebegini memang favourite aku. Kisah penjenayah siber atau scammers dengan aksi-aksi yang mendebarkan dan buat aku tidak senang duduk dan memang tak boleh letak buku ni selagi tak habis, betul tak tipu. Memang betul-betul mencabar tahap kesabaranku nak habiskan baca buku ni. Penulis berjaya mengolah perjalanan cerita dan watak-watak utama yang ada dalam cerita ni dengan cukup rencah pendek kata P.A.R.F.A.I.T. !!!
Banyak ilmu yang dapat aku pelajari melalui kisah jenayah siber ini. Baru aku tahu apa itu 'Keldai Akaun', skim Ponzi atau Skim Cepat Kaya. Bacalah dan cuba ambil ikhtibar dari kisah ini dan ambil pengajarannya. Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan.
Tahniah cik penulis, cerita anda memang menarik dan bukan sahaja berjaya buat aku tertarik tapi terpikat terusss... Tak sangka di akhir cerita aku jadi jatuh tergolek-golek suka pulak dengan watak Leo aka Kasemchai si gengster BAD BOY yang berubah bertaubat dan kembali menjadi muslim yang sebenar ni. Adoiii rupanya dalam hati dia ni ada taman he he he. Kalau tak percaya, cuba baca ye !!!
Son Of Anonymous ~ Tidak ada orang baik yang tidak punya masa lalu, dan tidak ada orang jahat yang tidak punya masa depan. Setiap orang memiliki kesempatan yang sama untuk berubah menjadi lebih baik. Bagaimanapun masa lalunya dahulu, sekelam apa lingkungannya dulu, dan seburuk apa perangainya di masa lampau. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah.
Jangan pernah lupa kerana ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik buat kita. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.Sinopsis
Aku benar-benar kesal kerana memilih jalan gelap itu...
Akak inspektor, tolonglah pulangkan duit mak saya! Saya tak tahu macam mana nak bagi tahu dia nanti. Mesti dia akan terkejut dan marah. Kesianlah kat mak saya. Dia susah payah kerja sebab nak sara anak-anak. Duit abah tu bukannya banyak mana. Hanya cukup untuk keperluan sekolah sehingga kami tamat belajar.
Thursday, 13 June. 15.20
Akak, tolonglah! Saya merayu kat akak. Kalau tak pulangkan semua, akak pulangkanlah separuh. Asalkan dapat cover perbelanjaan persekolahan saya dan adik-adik.
Thursday, 13 June. 16.00
Kerana kenaifannya, duit simpanan arwah bapanya lesap, ibunya meninggal dunia akibat serangan jantung dan dia menjadi mangsa kemarahan adik lelakinya.
Enam tahun berlalu, peristiwa itu masih segar dalam ingatannya. Kini, Durrah rasa dia bertanggungjawab menyekat penipuan siber dan Skim Cepat Kaya, dia berusaha menyebarkan pengetahuan agar yang lain tidak terpedaya. Tidak mahu masyarakat diambil kesempatan seperti dirinya.
Usaha Durrah tidak mudah. Semakin Durrah menyebarkan kebenaran, semakin dia terancam. Paling menakutkan, akibat kelantangannya dalam menentang Skim Cepat Kaya, maruah dirinya hampir diragut.
Peristiwa itu tidak mematahkan semangat Durrah. Malah dia jadi lebih berani. Tetapi lubang bahaya sentiasa menganga untuk menerima kehadiran Durrah. Durrah sekali lagi diduga. Dia diculik untuk dijadikan pelacur di negara jiran.
Durrah diselamatkan oleh Leo yang Durrah sendiri tidak tahu akan kewujudannya. Bukan sekali, malah dua kali harga dirinya berjaya dipertahankan.
“Terima kasihlah, penyelamat misteri kerana telah menyelamatkan maruah aku.” - DURRAH ADNIN
“Aku akan pastikan tiada sesiapa yang akan menyentuh anak-anak kau. Ini janji aku.” - LEO KITSAKORN KASEMCHAI
Siapakah Leo sebenarnya yang jauh tapi seakan-akan dekat dengan Durrah? Berjayakan Durrah menebus kembali kesilapannya atau Durrah akan serik untuk menyebarkan kesedaran tentang penipuan siber?
Rezeki yang tidak berkat itu tidak pernah cukup
... lagu Doa Taubat - Raihan ...