ALLAH loves me





Penulis   :  Jerry D.Gray
Negara   :  Malaysia  
Bahasa   :  Melayu  
Genre     :  Motivasi
Penerbit  :  PTS Publishing House Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 371
Tarikh Terbitan : 2015
ISBN :   978-967-411-567-8 
Rating :   






Ulasan : 

Ini kisah pengakuan sebenar perjalanan hidup suka duka penulis sebagai seorang yang bergelar muallaf yang cuba berdakwah melalui tinta. Aku amat berterima kasih dengan usaha murni penulis ini dan tertarik sekali dengan segala perkongsian dan pendedahan maklumat dan juga pengalaman hidup penulis yang diterangkan secara terperinci dalam buku ini. Semoga segala isi buku ini dapat kita jadikan sebagai panduan dan ikhtibar untuk kita semua. Dan semoga penulis sentiasa dalam rahmat dan perlindungan ALLAH swt. 
 

Sinopsis

"Kadangkala kesakitan dan kegagalan adalah satu-satunya jalan untuk kita mengubah cara hidup kita".

Kisah saya bukan yang terbaik untuk diceritakan, bukan juga paling hebat untuk dijadikan iktibar.Namun, saya ingin berkongsi detik-detik indah ketika saya mula sedar betapa Tuhan itu begitu cintakan saya. Saya tidak tahu Allah S.W.T sudah mempunyai misi khas untuk saya sejak dilahirkan lagi.Ujian demi ujian, kesakitan demi kesakitan itu rupa-rupanya adalah petanda Dia mahu saya kembali mereguk cintaNya.Tiada yang lebih membahagiakan apabila sudah merasakan nikmat cinta itu, dan tidak mungkin saya berpaling lagi. Ini adalah jalan yang terbaik, " Aku redha Allah S.W.T sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Muhammad s.a.w sebagai Rasulku".

Sesungguhnya benarlah ayatNya dalam surah Ali Imran,ayat 159, " Maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakal kepadaNya..."



.. ALLAH Loves You So Much - Shaykh Hassan Ali ...
 


 

Salju Kyoto




Penulis   :  Sara Aisha
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Karya Seni
Bilangan Mukasurat : 749
Tarikh Terbitan : March 2016
ISBN :  978-967-0890-96-8
Rating : ★★+++  





Ulasan :  
 
Pertama kali baca karya penulis ini setelah beli secara terus daripada penulis beberapa bulan yang lalu.

Secara peribadi, apa yang boleh aku katakan kisah ini tentang yakuza Jepun agak menarik untuk aku baca hingga akhir cerita. Banyak maklumat baru yang dapat kupelajari tentang bandar Kyoto dan YAKUZA nih. Penulis berjaya meletakkan unsur suspen yang buat aku sungguh teruja dan terus baca hingga ke akhir muka surat tanpa henti. Banyak aksi lagak ngeri dan pergaduhan ala-ala samurai diceritakan dalam kisah ini hinggakan aku jatuh cinta dengan watak Arjuna Kaede ni tau. Namun, perjalanan kisah cinta Nailah dan Arjuna ni seperti kurang dapat diterima oleh logik akal aku yang dah agak senior ni...macam kurang beri 'kick' atau kesan mendalam pada aku. Aku berjaya habiskan bacaan dalam masa satu hari sahaja tau.

Walau bagaimanapun, ada mesej dan pengajaran yang cuba disampaikan oleh penulis melalui kisah ini untuk dijadikan iktibar kepada pembaca. Cinta dan kuasa boleh membuat manusia hilang pertimbangan dan pedoman malah boleh bertukar menjadi seorang yang kejam dan tiada peri kemanusiaan walaupun pada darah daging keturunan sendiri Tahniah kepada penulis ini, semoga dapat menghasilkan karya yang lebih bermutu di masa akan datang.


Sinopsis
 

‘When a man truly loves a woman, she becomes his weakness. When a woman truly loves a man, he becomes her strength. This is called Exchange of Power.’

Musim dingin 2015. Kyoto.

Semuanya bermula pada malam itu. Aku cuma seorang wanita biasa yang ingin mencari sahabat yang hilang. Namun, malam itu mengubah segala-galanya. Dia muncul umpama samurai dalam persalinan kimono hitam dan sebilah pedang.

A.K, dia sang jejaka misteri. Bermata helang, beraura garang. Bersamanya, terselit amaran.

“Stay away from him.”

Tetapi, bagaimana mungkin aku lari daripadanya bila dia tiba-tiba mengumumkan bahawa aku miliknya?

“She’s my woman. You touch her... and you die.” - A.K.
Hakikat bahawa Badri sudah menjadi yakuza mengeruhkan keadaan. Dia sahabat baik yang tulus, jadi kenapa dia menghumban diri ke jalan ini?

“If you feed an evil soul, he’ll become a devil.” - Badri


  
Bila dua pilihan terhampar depan mata, aku akhirnya membuat keputusan muktamad. Tinggal di Kyoto dan berjuang... dengan status sebagai isteri kepada Arjuna Kaede. Dari awal, aku sedar bahawa menjadi isteri kepada lelaki itu bukan mudah. Nyawa sentiasa di hujung tanduk. Namun, aku ialah Nailah Farafisha. Seperti agungnya cinta Nailah al-Farafishah, srikandi Islam buat suaminya, Khalifah Uthman Ibn Affan, seperti itu juga tingginya darjat Arjuna Kaede di mataku. Mereka boleh datang menyerang, tetapi bukan semudah itu untuk aku menyerah kalah. Pantang maut sebelum ajal!

“Masanya sudah tiba untuk aku jadi singa betina.” - Nailah

Tetapi, mampukah aku terus bertahan dihimpit dunia gelap yakuza? Mampukah aku menjadi penyelamat tatkala Arjuna hampir tersungkur antara prinsip dan nyawa? Apa pula yang akan terjadi kepada Badri?

Ini bukan kisah cinta semata-mata. Ini tentang pilihan, pengorbanan dan akibat. Ini... kisah aku.




... lagu Ribaibaru - Mayumi Itsuwa...




kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ... Sara Aisha  


 


 

Travelog Cinta Abadi : masa yang berlalu...





Penulis   :  Roza Roslan  
Negara   :  Malaysia  
Bahasa   :  Melayu  
Genre     :  Motivasi
Penerbit  :  PTS Islamika Sdn Bhd
Format   :   EPUB (ebook)
Tarikh Terbitan : 2013
ISBN :   978-967-366-252-4  
Rating :
 






Ulasan : 

Pertama kali membaca karya penulis hebat ini. Cerita ini cerita tentang sebuah perjalanan kehidupan suka duka penulis memang T.E.R.B.A.I.K. Sangat sesuai kalau aku katakan sebagai buku motivasi bukan sahaja untuk adik-adik di luar sana bahkan untuk semua golongan yang membacanya. Tahniah dan terima kasih Roza Roslan kerana telah berkongsi suatu kisah pengalaman yang amat-amat bernilai untuk pembaca. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai panduan untuk pembaca di luar sana dan semoga Allah memberkati dan membalas perkongsian ilmu dan segala usaha murni dakwah anda ini. 



Sinopsis

Penulis yang berjaya menyelitkan unsur pengajaran secara ‘hidup’ di sebalik kisah-kisah yang dipaparkan.-
Ain Maisarah

[Penulis Best-Seller Novel Remaja]



Travelog Cinta Abadi: Masa yang Berlalu adalah sebuah autobiografi yang ‘tawaduk tetapi mesra’ dan berupaya mengusik sukma pembacanya. -

Zaid Akhtar

[Pengarang Sesegar Nailofar, Rona Bosphorus, Justeru Impian di Jaring dan Salju Sakinah]



Keistimewaan Travelog Cinta Abadi : Masa Yang Berlalu ini terletak pada cara setiap kisah digarap sehingga menimbulkan tanda tanya yang mengujakan. Pembaca jadi setia mengikuti perjalanan kisah pengarang dan juga beberapa insan tersayang di sisinya.

Nisah Haron

[Novelis Terkenal, Lentera Mustika] 



Sejarah Baitul Maqdis




Penulis   :  Ustaz Mohd Hanif Hj Ismail
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Sejarah
Penerbit  : Hijjaz Records Publishing
Bilangan Mukasurat :195
Tarikh Terbitan : 2016
ISBN :   978-967-5931-58-3 
Rating : ★★
 









Ulasan : 

Pendapat peribadi, buku ini wajib dibaca oleh semua golongan Islam kerana didalamnya terkandung segala fakta sejarah yang menceritakan tentang Baitul Maqdis secara terperinci. Bacalah, banyak maklumat yang akan buat kita rasa sedih dan terkilan. Apa yang telah berlaku telah menjadi sejarah buat umat Islam. Namun, sewajarnya kita sebagai umat Islam sekarang mengambil iktibar kerana umat Islam pada zaman dahulu telah bersusah payah berjuang dan mempertahankan Baitulmaqdis dengan darah dan air mata. Namun atas sebab kesilapan dan kelalaian umat Islam terdahulu juga telah menyebabkan kita telah kehilangan hak sebagai pemilik Baitulmaqdis untuk selama-lamanya. Marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha untuk terus memelihara Baitulmaqdis hingga ke akhir dunia ini.



Sinopsis


Sejak penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948, bangsa Yahudi tidak pernah berhenti melakukan kerosakan, pembunuhan dan penindasan termasuk melakukan pencerobohan di Baitulmaqdis. Sejarah pernah memaparkan bahawa bangsa ini sebagai kaum yang pernah tertindas satu masa dahulu, namun itu bukanlah pengajaran terbaik buat mereka daripada terus bersikap sombong dan bongkak.

Sehingga hari ini, tanah yang dijanjikan Tuhan itu dianggap sebagai tiket untuk kaum Yahudi melanyak orang-orang yang tidak berdosa di sana. Bahkan mereka semakin bermaharajalela di Tanah Suci itu demi menuntut tanah yang kononnya milik mereka sejak dahulu kala. Namun, mungkin mereka terlupa akan pelbagai usaha yang telah gagal demi mendapatkan Baitulmaqdis. Serangan demi serangan, namun ternyata kota itu masih menjadi milik Islam. Semoga Allah terus memeliharanya. Amin. 


... lagu Soldiers of Allah - Muhammad & Ahmed Muqit...
 






 

MURTAD





Penulis   :  Hasrul Rizwan
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Komedi Hitam, Thriller, Fiction
Penerbit  :  Buku Fixi
Bilangan Mukasurat : 335
Tarikh Terbitan : June 2012
ISBN :   978-967-03740-0-0  
Rating : ★★ 

 






Ulasan : 

Ini
bukan buku pertama terbitan Fixi kubaca. Tetapi pertama kali baca karya penulis ini. Penulis berjaya mengolah jalan cerita penuh misteri dan buat aku terpinga-pinga. 

Pendapat peribadi, ceritanya memang buat aku kurang faham sikit pada awal pembacaan. Tetapi aku tertarik dengan dua watak kembar Adam dan Akhil dan penggunaan bahasa loghat utara yang berjaya menjentik unsur lucu dan buat aku tersengih je bila baca buku ni. Namun, penggunaan ayat-ayat dalam cerita ni pada aku agak 'kasar' sikit dan agak kurang sesuai untuk adik-adik dibawah umur. 



Sinopsis

Adam terus menekan punat pada briefcase hitam lalu dibukanya perlahan-lahan. Adam terbelalak. Akhil terlopong. Masing-masing berganjak ke belakang.
Dua pucuk pistol automatik berkilatan hitam, sekeping envelop, kunci kereta dan juga sejumlah wang tersedia di dalam beg yang terpelahang buka.
Adam menutup kembali beg itu. Matanya terpejam rapat. Akhil menelan liur.

“Kerja gila apa sebenaqnya ni… haaa??” Akhil bertanya keras.
“Ini adalah kerja untuk agamamu. Benar. Seperti yang kamu fikir
dan apa yang kamu lihat sekarang.”
“Hang nak suruh kami buat apa? Bunuh orang?”
“Ya.”
“Nakharrom.”
“Kamu akan diberi tugas untuk membunuh orang-orang yang MURTAD.”


- - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Adam and Akhil are twin brothers who are hired by a mysterious man to kill Muslims who become apostates. But who is this man and why is he doing this?



 

S.A.M.U.R.A.I





Penulis   :  Dekna Lee
Negara   :  Malaysia    
Bahasa   :  Melayu  
Genre     :  Malay Fiction    
Penerbit  :  Love Novel
Format   :   EPUB (ebook)
Tarikh Terbitan :  April 2015 
ISBN :    978-967-0657-71-4    
Rating : 





 
Ulasan :

Ini buku kedua kubaca selepas Hantu Punya Boss. Sorry sis, aku tak berapa suka dengan kisah dalam karya ni. Cerita ni pun tak boleh masuk dengan jiwa aku yang dah old timer ni...Mungkin hanya aku je kot yang tidak boleh nak terima dengan jalan cerita karya ni he he he.



Sinopsis

Aizat, dia sangat menyakitkan hati! Mulut memang laser. Rambut bukan main panjang menyerupai rambut seorang samurai zaman Jepun dulu. Melur rasa tergugat dengan kewujudan sepupunya itu. Sungguh! Sombong dan kasar sekali perwatakannya. Maklumlah, Aizat itu graduan sekolah juvana.

Sepanjang tinggal bersama keluarga Melur, ada saja pergaduhan yang sengaja dicetuskan oleh Aizat.

“Melur? Sampai besar pun kau kena panggil Melur ek? Tak ada nama glamor ke? Kesiannya aku kat kau.” ~ Aizat
“Jangan panggil nama sayalah!” ~ Melur
“Habis tu kalau aku tak panggil kau Melur, aku nak panggil kau apa? Telur?” ~ Aizat

Fitnah tiba-tiba merebak semenjak kemunculan Aizat di rumah Melur. Aizat dan Melur diarah menikah. Melur membantah.

“Macamlah aku hadap sangat nak kahwin dengan kau. Muka kau tu tak dapat aku beza dengan muka monyet belakang rumah! Nyet lagi lawa. Dahlah banyak mulut. Sakit otak aku. Nama pulak Melur. Klasik habis. Aku menikah dengan Jasmin lagi baiklah!” ~ Aizat
“Hei! Ingat saya nak kahwin sangat dengan awak? Entah-entah hari pertama nikah dengan awak, saya dah kena tetak! Bukan boleh kira awak ni. Bekas budak sekolah jahat, kan?” ~ Melur

Mereka disatukan juga walaupun sering bertelingkah. Melur mula jatuh hati dengan Aizat. Namun, ada saja dugaan yang melanda saat mereka baru mengecap bahagia. Kebahagiaan mereka direnggut seseorang.

Melur menyalahkan Aizat atas segala yang telah terjadi. Aizat pergi membawa hati. Siapa yang menyebabkan mereka berpisah? Bagaimana kesudahannya? Mampukah sekuntum bunga melur menjadi penyeri?



Pelukis Jalanan





Penulis   :  Teme Abdullah  
Negara   :  Malaysia  
Bahasa   :  Melayu  
Genre     :  Motivasi 
Penerbit  :  Iman Publication  
Bilangan Mukasurat : 215  
Tarikh Terbitan : January 2016  
ISBN :    978-983-2423-29-4  
Rating :  ★★






Ulasan :

Walaupun buku ni cerita tentang pengalaman mencabar penulis sewaktu belajar untuk hidup di negara asing. Tetapi memang T.E.R.B.A.I.K buku ni. Banyak perlakuan dan kata-katanya yang boleh dijadikan sebagai panduan dan penaik semangat kepada pembaca. Sangat sesuai kalau aku katakan sebagai buku motivasi bukan sahaja untuk adik-adik di luar sana bahkan untuk semua golongan yang membacanya. Tahniah dan terima kasih Teme kerana telah berkongsi suatu pengalaman yang amat-amat bernilai untuk pembaca. Semoga kisah Teme ini dapat dijadikan sebagai inspirasi dan ikhtibar untuk kita semua dan moga Allah memberkati segala usaha dakwah anda yang amat murni dan tidak ternilai ini. 



Jika terlihat kecantikan, Ingatlah PenciptaNya ~ TEME

 
Sinopsis

Kisah Si Pelukis Jalanan

Dapat biasiswa ke luar negara

Terkandas d A-Level

Sambung belajar di UK dengan biaya sendiri

Kerja di fast food restaurant untuk survive

Bank account balance = 0

Ditikam belakang oleh rakas sekelas

Sebulan makan nasi+telur+garam

Mula melukis di jalanan

Lukisan mula menempah nama di Instagram

Dikenali sebagai Teme, si Pelukis Jalanan


"Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku.”

 ~ Teme Abdullah



 Hayati mutiara indah yang ditulis di dalam karya hebat ini :-

Dalam hidup, kita takkan dapat benda yang sama dengan orang lain. Takkan pernah sama. Itu rezeki masing-masing.

Sungguh, bahagia itu bukanlah terbit daripada harta berjuta, tetapi daripada penghargaan pada sekecil-kecil kurniaan yang Allah berikan kepada kita. Dalam keperitan, akan ada diselitkan kebahagiaan sekali-sekala.

Kebahagiaan tidak semestinya datang dengan memiliki.

 
  
Apalah guna nama kalau ia sekadar bergegar di dunia.