New Moon



Author(s)    :  Stephenie Meyer
Country      :  USA
Language    :  English
Genre(s)     :  Young adult, fantasy, romance, vampire fiction
Publisher    :   Little, Brown
Publication  :  September 6, 2006
Date
Pages          :  563
ISBN          :  0-316-16019-9
Rating         :  ★★






Ulasan


Buku ini adalah sambungan cerita dari Twilight mengisahkan bagaimana Bella & Edward menjalinkan persahabatan setelah Bella tahu yang Edward ni bukan 'manusia biasa' dan boleh katakan diorang ni 'cinta luarbiasa' tak terjangkau dek akal...setelah berlaku satu peristiwa Jasper "abang Edward" cuba membunuh Bella semasa dalam majlis harijadi Bella yang ke 18. Masa Bella cuba bukak hadiah dia tu, Bella telah tak sengaja telah luka terkena kertas pembalut hadiah dan berdarah...Edward ni keluarga pontianak la katakan...mana boleh bau darah manusia...itu sebabnya dia kena serang tapi telah diselamatkan oleh Edward.

Bermula dari insiden itu Edward telah tinggalkan Bella setelah dia rasakan Bella tidak selamat kalau terus bersama dengannya...Bella telah jadi tak tentu arah selama 10 bulan kalau tak silap....lupa pulak nanti aku "check" balik yer..kemudian Bella cuba dapatkan semangat hidup baru dan cuba terima kenyataan yang Edward telah tinggalkan tanpa berita dan  cuba berkawan dengan Jacob kawan masa kecil dia tu...  

Tapi akhirnya Bella telah cuba selamatkan Edward dari cubaan bunuh diri...adakah Bella & Edward kembali bersatu ???...kena baca buku la yer..kalu aku cerita semuanya kesian pulak kat Stephenie Meyer nih penat jer dia perah otak buat cerita nih...senang2x jer aku buat cerita kat blog aku nih....yang pasti  buku ni buat aku tak tidur malam dibuatnya sebab tak sabar nak tau lebih lanjut jalan cerita kesudahannya...kena beli buku seterusnya la pulak....



Sumber dari http://en.wikipedia.org 

Twilight






Author(s)          :  Stephenie Meyer
Country            :   USA
Language          :  English
Genre(s)           :  Young adult, fantasy, romance, vampire
Publisher           :  Little, Brown
Publication date :  October 5, 2005
Pages                :  498 (Hardcover)
                           544 (Paperback)
ISBN                :   ISBN 0-316-16017-2
Rating                : ★★






Ulasan

Sejak aku tinggalkan "alam belajar" buku pertama yang aku baca ialah buku Harry Porter jer tapi itu pun tak habis "khatam" lagi almaklum lah kan aku ni sibuk dengan anak dan suami dan kerjaya...tapi bila mula-mula cerita Harry Porter ditayangkan di pawagam baru lah aku bersemangat nak baca buku tu tapi sekerat jalan jer lah...pastu simpan dalam grobok jer...

Muncul pulak cerita twilight nih yang kecoh satu dunia pasal pelakon utama Robert Pattinson nih...tak pasal-pasal pulak aku buang tabiat nak baca buku ni pulak...memang berhantu betul la baca buku nih...memang pun buku ni cerita hantu vampire la katakan...tapi jalan cerita dan penulisan Stephenie Meyer memang mengasyikkan pembaca buku novel nih...aku jamin 5 bintang kalau ada sesiapa yang nak baca yer...memang meruntun jiwa...ha ha ha...sebab tu buku  ni dapat beberapa anugerah "Best Children's Books of 2005" & "Best Books of 2005".


Cerita mengisahkan watak budak perempuan berumur 17 tahun Isabella "Bella" Swan yang berpindah tempat tinggal bersama ibunya yang telah berpisah dengan bapanya dari  Phoenix, Arizona ke  Forks, Washington tinggal bersama bapanya. Kemudian telah jatuh hati dengan seorang lelaki bernama  Edward Cullen yang sebenarnya bukan manusia biasa tetapi adalah pontianak atau 'Vampire' yang belajar sekelas dengannya. Kalau nak tahu lebih lanjut kenalah  baca buku yer baru lagi seronok...



Sumber dari http://en.wikipedia.org

Terima Kasih Nudra Syafini






Penulis : Abdul Ahmad
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre :  Remaja
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Bilangan Mukasurat : 146
Tarikh Terbitan :
ISBN : 983-62-0331-1
Rating : ★★







Ulasan

Ruangan ini sekadar tempat untuk ku menyimpan kenangan, mengingat kembali dan berkongsi cerita atau lebih senang ku katakan sebagai diari buku-buku yang telah ku baca sejak dari sekolah rendah lagi. Tapi malangnya aku hampir lupa sebahagian buku-buku yang telah ku baca dulu kala. Banyak sebenarnya, tapi yang paling ku ingat buku-buku Enid Blyton jer yang memang jadi kegemaranku masa sekolah rendah dulu. Yang lain entah tak ingat dah...Satu-satunya yang paling ku ingat buku ni...

Buku ni memang tetap dalam ingatan aku walaupun umurku telah menjangkau 30-an...dah tue beb orang kata...tapi sebab aku memang suka dengan nama watak Nudra Syafini sampaikan berangan-angan kalau ada anak perempuan nak letak nama yang "sweet" ni, he heh tapi apa boleh buat belum ada rezeki Allah nak bagi aku lagi...Buku ni memang sesuai untuk bacaan remaja walau pun santai, tapi penuh dengan pengajaran. Mengisahkan kehidupan harian sekumpulan remaja tingkatan 3 yang watak utamanya ialah Nudra Syafini dan Badrul Hisyam. Badrul Hisyam yang baru sahaja berpindah sekolah ke Sekolah Menengah Simpang Sepuluh dan adalah anak kepada orang kaya terkenal dengan kenakalannya mengusik Nudra Syafini. Walau pun Badrul Hisyam hidup dalam kemewahan, Badrul Hisyam miskin didikan agama. Sementara Nudra Syafini yang hidup di dalam serba sederhana tetapi kaya dengan didikan agama.