Umar Hatta


 

Penulis   :  Jaja Ahmad  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Anaasa Publication
Bilangan Mukasurat : 1.24 MB (e-book)
Tarikh Terbitan : 2018
ISBN : 978-967-08705-3-3
Rating : 

 
       
 
 

 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan untuk bedah siasat karya pertama penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Kisah Umar Hatta yang punyai sejarah silam yang gelap dan hitam. Pertemuannya dengan Leyla Adra pekerja di pejabatnya telah mengubah Umar Hatta. Sejujurnya aku mengakui hidayah itu milik Allah. Kerana Ley, Umar Hatta mula kenal Tuhan dan kembali bertaubat memohon keampunan Allah SWT dan kembali menjadi muslim yang sebenar.

Son of Anonymous ~ Tidak ada orang baik yang tidak punya masa lalu, dan tidak ada orang jahat yang tidak punya masa depan. Setiap orang memiliki kesempatan yang sama untuk berubah menjadi lebih baik. Bagaimanapun masa lalunya dahulu, sekelam apa lingkungannya dulu, dan seburuk apa perangainya di masa lampau. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah.

Ya bukan mudah untuk mengubah sisi gelap dan hitam dalam diri kita menjadi sisi putih bersih.  Namun, itulah cabaran dan dugaan yang perlu kita tempuh apabila kita berusaha berubah ke arah yang lebih baik. Yakinlah Allah sentiasa membantu hambanya yang ingin berubah dan insya-Allah akan dipermudahkan dan diberikan jalan untuk ke arah itu. 

I really Feel Good baca buku ni tau.. Baca dan renung kisah ini dengan mata hati dan mata akalmu nescaya banyak ilmu yang dapat diperoleh dari karya hebat ini. Walaupun kita berdosa sebanyak bintang di langit, sebanyak debu di gurun atau sebanyak buih di lautan, yakinlah pintu taubat dan kasih sayang Allah SWT terbentang luas. 

Jangan pernah lupa kerana ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik buat kita.  

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

  
 
Sinopsis 

“Jangan buat show I Feel Good pula dekat luar tu. I can see you, Ley.” – Hatta

Jatuh cinta dengan bos? Too cliche! Jatuh cinta dengan pekerja? So lame! Tapi yang cliche itulah yang terjadi kepada Hatta dan Leyla. Yang lame itulah yang membuatkan Hatta nekad melamar Leyla.

““Ley, I’m serious. Deadly serious. Nak mati punya serius. I nak kahwin dengan you ni, you tak nak ke?” – Hatta

Di kota New York Leyla menerima lamaran Hatta. Hatta bahagia bersama Leyla dan begitu juga sebaliknya.

Namun kepulangan Zafran telah merubah segalanya.

“Hatta tu kotor, dia tak sesuai dengan you. Tak malu ke ada suami kotor macam tu?” – Zafran

Segala tuduhan kepada Hatta membuatkan Leyla mula berperang dengan perasaan sendiri. Tidak tahu siapa yang harus dia percaya dan diam Hatta membuatkan dia semakin resah. Namun bila mengetahui segala kebenaran, dia terasa mahu rebah.

Leyla mahu rebah dan Hatta pula sudah mula lelah. Tidak tegar untuk dia melawan dan tidak mampu untuk dia pertahankan, akhirnya bahu dia dijadikan alas untuk menanggung segala kesalahan. Hatta akur dan Leyla semakin berduka.

Mampukah Hatta bangun semula dari segala kesedihan dan rasa kecewa?

‘Battle with our innerself is hundred times harder than pergi medan perang.’

 

... lagu Doa - Zubir Ali ...

 


 

 

 

No comments:

Post a Comment