Saat Aku Berpaling


 

Penulis   :  Adry Tihani  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Kaseh Aries Publication
Bilangan Mukasurat : 2.00 MB (e-book)
Tarikh Terbitan : 2020
ISBN : 978-967-13888-8-4
Rating : 

 
       
 
 
 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan untuk bedah siasat karya pertama penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.
 
Satu lagi kisah anak yang tidak sah taraf atau anak luar nikah yang memang terjadi di luar sana. Tahukah kita anak tidak sah taraf ialah anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol. Anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak berkenaan. Oleh itu, mereka tidak boleh menerima harta pusaka, tidak boleh menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.

Kisah Nadhirah anak yang tidak sah taraf ini memang berjaya merobek perasaanku, menyentap tangkai hati ini dan buat aku 'cembeng' lagi. Sungguh berat ujian dan takdir yang terpaksa ditanggung sendirian oleh Nadhirah sebelum dan selepas kematian emak kandungnya sendiri. Kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Setelah diambil papanya tinggal bersama ibu tiri, abang-abang dan kakak tiri, hidupnya lebih terseksa, dikurung dan dihina. 

Kehadirannya tidak diterima dan tidak dipedulikan. Hanya setelah mengetahui rahsia sebenar lelaki yang di harap menjadi tempat menumpang kasih sebagai bapa dan pelindung, rupanya adalah orang telah menodai dan memusnahkan hidup ibu kandung sendiri. Perasaan sayang dan hormat Nadhirah kepada papanya terus lenyap dan berubah menjadi pendendam untuk menghancurkan keluarga tirinya.

Semoga kisah pilu Nadhirah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi pengajaran buat kita semua. Ucapan terima kasih dan tahniah kepada penulis karya hebat ini kerana telah berkongsi suatu kisah yang mampu menyedarkan dan buat pembaca muhasabah diri. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 T.E.R.B.A.I.K.

 
Sinopsis 

"Give me some money and i let her go." -Johan

"Kill her Johan. Do you really think that i would care?" -Natrah

Hidup Nadhirah umpama neraka. Sejak kecil menjadi hamba pada takdir yang nyata enggan menyebelahinya. Saat dunianya terasa gelap, muncul insan-insan baharu yang membawa seribu satu episod baru dalam hidupnya.

Keluarga Tan Sri Malik merupakan antara yang paling meninggalkan kesan dalam hidup Nadhirah. Ada yang menghadiahkan senyuman, Ada yang menghamburkan luka malah ada yang meranapkan harapan.

Segala yang terjadi berputar mengelilingi satu titik yang sama. Setelah begitu lama hidup tersiksa akhirnya rahsia yang merantai dirinya terbongkar jua. Nadhirah kecewa. Setelah berkali-kali terluka, dia tekad. Nadhirah mula berdendam. Setiap seorang yang pernah melukainya bakal membayar hutang mereka padanya.

Berjayakah Nadhirah dengan rancangannya? Bagaimana pula kisah cinta yang tersepit ditengah-tengah badai dendam ini antara Nadhirah dan Faliq? Berjayakah Faliq mendapatkan Nadhirah semula? Nantikan...

 

... lagu Flora Cinta - Min Malik ...

 

   

 ... lagu Belaian Jiwa - Carefree ...

 

 

 ... lagu Tiada Dirimu - Shiela Amzah ...