Penulis : Acik Lana
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Booku Enterprise
Bilangan Mukasurat : 1.13 MB (e-book)
Tarikh Terbitan : Jan 2013
ISBN : 978-996-7116-3504
Rating : ★★★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan untuk bedah siasat karya pertama penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.
Ini kisah tentang keterlanjuran Uda dan Dara, anak-anak muda dewasa kini hingga sanggup membuang bayi yang tidak berdosa. Kisah Bunga dan Karl Hakimi ni memang patut dijadikan teladan. Mereka yang terlibat dalam kancah ini perlu dibimbing bukan terus dihukum dan dibuang terkapai-kapai seorang diri.
Seperti kata pepatah melayu, habis madu sepah dibuang. Kisah malang si Bunga ni bukan hanya telah ditinggalkan Karl Hakimi malah dibuang dari kolej dan juga oleh ibu dan ayahnya. Dalam kisah sedih diorang ni ada sinisnya, dan berjaya mainkan emosi aku jugak. Banyak mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah sedih diorang ni.
Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Sinopsis
Bunga : Melalui kehidupan dengan diri terpalit dengan 'kekotoran' bukanlah mudah bagi seorang gadis bernama Bunga. Kerana hanyut dan terleka di usia remaja, dia terlanjur perlakuan bersama Karl Hakimi yang memang terkenal dengan jolokan kasanova. Dirinya dibiarkan terkontang kanting menyesali keterlanjuran mereka tatkala lelaki itu melarikan diri ke luar negara.
Dugaan semakin perit apabila dia dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan hidup penuh payah tanpa sesiapa di sisinya. Setiap kejerihan yang dilalui menerbitkan rasa benci dan dendam kepada Karl Hakimi. Tidak pernah dia membenci seorang manusia seperti mana dia membenci lelaki yang telah merosakkan seluruh hidupnya itu.
Karl Hakimi : Enam tahun hidup di luar negara, sekali lagi dirinya terlontar ke Malaysia kerana gerak hati yang terusik entah kenapa. Setahun berlalu, mainan takdir telah menemukan dia dengan gadis bernama Bunga sekali lagi. Biarpun Bunga pernah 'disentuh' olehnya, namun malang kerana dia tidak langsung mengingati gadis itu. Bayangan Bunga hilang di celah-celah puluhan wanita yang pernah dia dampingi.
Komitmen kerja akhirnya
merantai kaki mereka bersama. Dari hari ke hari, perasaan di hati Karl
Hakimi kian aneh. Terdengar pula kisah pahit tentang hidup Bunga
gara-gara silapnya, jiwa terhentak keras. Tidak pernah dia terfikir ada
hati yang begitu sengsara kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab.
Atas
rasa kesal, Karl Hakimi cuba menebus kesilapannya dengan memenangi hati
Bunga. Namun perjalanan itu tidak mudah, kebencian dan dendam Bunga
setinggi gunung Himalaya. Dan kemunculan Elman serta lelaki misteri
bernama Eusoff semakin menyulitkan langkahnya menuju ke hati gadis itu.
“You
know what Karl? I’m tired! Haven’t you had enough? You can’t just do
that.. leave and expect to come back like nothing’s wrong?.. ~ Bunga
“Although I lived without you before, I don’t know if I could do it now. I need you, I want you Bunga…” ~ Karl Hakimi.
... lagu Terima Kasih Cinta - Afghan ...