Penulis : Maya Iris
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Karya Seni
Bilangan Mukasurat : 659
Tarikh Terbitan : Mei 2020
ISBN : 978-967-469-159-2
Rating :
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah diberi
kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 8 penulis favourite
aku ni selepas Mahar Cinta Cinderella, Konspirasi Suami, Kuseru Namamu Kekasih, Fugitif, Curahan Cinta Niagara, Plasma dan Kontra Yang Menyatukan.
Subhanallah, Alhamdulillah, AllahuAkhbar. Kisah Karisma dan Ian aka Imran ni memang sweet, menyentuh hati, penuh dengan ilmu dan pengajaran berguna buat semua Muslim di luar sana. Selepas habis baca kisah ini baru aku tahu apa itu Islamophobia, siapa kumpulan anti-Islam terbesar di US, body shaming, stereotaip, prejudis dan diskriminasi.
Terima kasih dan tahniah kepada penulis hebat ni kerana telah berkongsi suatu kisah yang telah berjaya buka mata dan akalku. Ia bukan hanya berjaya menonjolkan watak-watak utama seperti Karisma, Ian, Pn Suraya dan Mama Karisma Pn Latifa dengan begitu terkesan di hati. Malah plot dan pengolahan jalan ceritanya juga memang 'SUPERB' banyak memberi kesedaran, pengajaran dan keinsafan kepada aku selepas baca cerita ni.
Diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai motivasi, peniup semangat dan peringatan kepada pembaca terutamanya kepada adik-adik yang menimba ilmu di perantauan dalam mengharungi cabaran dan dugaan di negara orang.