Andai Prejudis Itu



 

Penulis   :  Maya Iris  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Karya Seni
Bilangan Mukasurat :  659
Tarikh Terbitan : Mei 2020  
ISBN :   978-967-469-159-2
Rating :  


 
Ulasan :

 
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 8 penulis favourite aku ni selepas Mahar Cinta Cinderella, Konspirasi Suami, Kuseru Namamu Kekasih, Fugitif, Curahan Cinta Niagara, Plasma
dan Kontra Yang Menyatukan.

Subhanallah, Alhamdulillah, AllahuAkhbar. Kisah Karisma dan Ian aka Imran ni memang sweet, menyentuh hati, penuh dengan ilmu dan pengajaran berguna buat semua Muslim di luar sana. Selepas habis baca kisah ini baru aku tahu apa itu Islamophobia, siapa kumpulan anti-Islam terbesar di US, body shaming, stereotaip, prejudis dan diskriminasi. 

Terima kasih dan tahniah kepada penulis hebat ni kerana telah berkongsi suatu kisah yang telah berjaya buka mata dan akalku. Ia bukan hanya berjaya menonjolkan watak-watak utama seperti Karisma, Ian, Pn Suraya dan Mama Karisma Pn Latifa dengan begitu terkesan di hati. Malah plot dan pengolahan jalan ceritanya juga memang 'SUPERB' banyak memberi kesedaran, pengajaran dan keinsafan kepada aku selepas baca cerita ni.  

Diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai motivasi, peniup semangat dan peringatan kepada pembaca terutamanya kepada adik-adik yang menimba ilmu di perantauan dalam mengharungi cabaran dan dugaan di negara orang. Buang sikap prejudis dan stereotaip. Ingatlah setiap manusia itu tidak sama ujian dan dugaannya. Namun jika kita yakin dan hanya bergantung harap padaNYA, kita pasti dapat menghadapi setiap yang berlaku dalam hidup kita ini insya Allah. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.  



 
Sinopsis   
  


LANA KARISMA… Seorang gadis yang dianugerahkan dengan rupa yang cantik. Sesiapa yang terpandang, pasti tertarik. Ke mana sahaja dia pergi, dia pasti menjadi tumpuan. Namun kalau ada yang suka, tentu ada orang benci. Tentu ada yang sanggup melakukan apa saja demi meragut anugerah itu.

“Lana tak nak hidup dengan muka macam ini!” – LANA KARISMA

FAZLEY… Dia lelaki biasa-biasa saja. Tapi dia mahu menjadi luar biasa. Pertemuan pertama dengan Lana Karisma bagaikan berada di tengah-tengah ribut taufan. Setiap perbuatannya menjengkelkan gadis itu. Namun, cinta lelaki itu sampai mati. Bantuan dihulurkan ketika Lana Karisma menghadapi saat-saat getir kehilangan identiti.

“Wajah kau yang dulu dah terpahat dalam minda. Jadi, wajah itulah yang aku nampak sekarang.” – FAZLEY


ALI IMRAN… Nama itu adalah surah ketiga dalam al-Quran. Tapi, Ali Imran sendiri tidak pernah membaca kitab suci sehingga sampai ke surah itu. Hidup selama 34 tahun di Boston, dia sudah menganggap Amerika Syarikat negaranya. Dia mahu melupakan asal usulnya, sehinggalah dia bertemu dengan Lana Karisma, seorang niqabis dari Malaysia.

“Awak tahu tak yang bandar ini kuat dengan Islamophobia? Sasaran mereka ialah orang yang berpakaian macam awak.” – ALI IMRAN

Karisma mengharapkan imej baharunya itu mampu menghindarkan dirinya daripada menjadi bahan cacian. Sebaliknya, imej itulah punca dia menjadi mangsa prejudis. Imran yang disangkakan anti-Islam itu pula yang menjadi penyelamat Karisma.

Apabila seorang aktivis anti-Islam dilantik menjadi senator bandar itu, gerakan pemutihan bangsa asing semakin menjadi-jadi. Musibah menimpa keluarga Imran. Bagaikan seorang kanak-kanak yang kehilangan ibu, Imran menemui damai di dalam sepasang mata milik Karisma.

Di sana menanti, di sini berharap. Imran mahu memiliki Karisma, manakala Fazley tidak mahu melepaskannya.

Jarak akan memusnahkan kita – LANA KARISMA

She’s off limit to everyone. She’s mine – ALI IMRAN

Aku bukan nak upah. Aku nak kau! – FAZLEY

Di celah-celah kemelut cinta tiga segi, kepedihan yang pernah Karisma alami dahulu mengekori ke mana sahaja dia pergi. Kali ini dia bangkit dan melawan. Dia ada perhitungan yang perlu diselesaikan. Perhitungan yang bakal menjawab persoalan, andai prejudis itu…

 

... lagu Gadis Melayu- Othman Hamzah ...
 
 
 


 
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
 
 
Manusia tidak takut kepada apa yang dia tidak tahu. Tapi manusia takut kepada apa yang dia tahu sikit-sikit. Dari yang sikit-sikit itulah, dia mula bersangka-sangka dan kemudian membentuk prejudis.

Bila kita di negara orang, kita akan cari orang yang ada persamaan dengan kita. Kerana kita tahu, apabila kita kumpulan minoriti, kita perlu lebih bersatu. Kalau kita berpecah kita akan lemah.
 
 Islamophobia ialah satu jenis prejudis terhadap orang Islam. Ia sejenis ketakutan terhadap Islam dan apa-apa yang berkaitan dengan Islam. Kemudian, dia lahirkan fobia itu dengan perbuatan atau tutur.

Daripada stereotaiplah timbulnya prejudis dan diskriminasi. 

Everybody is fighting their own battle.

When we are about to lose somone, then only we will realise how much we love that someone.

Kita hidup dalam dunia di mana idea kecantikan itu sudah ditanam dalam minda sejak kita kanak-kanak lagi.

Islamophobia dan anti-semitik. Dua perkara yang sama tapi tak serupa. Satu anti kepada agama Islam. Lagi satu anti kepada bangsa Yahudi.
 
Kalau awak mampu lepaskan sesuatu agar awak tidak kehilangan semuanya, lepaskan yang satu itu.
 
Jodoh adalah salah satu keajaiban Allah 

'Body shaming' adalah jenayah

'Body shaming' atau perbuatan mengejek fizikal seseorang di mana-mana perkhidmatan aplikasi adalah merupakan satu kesalahan jenayah mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Seksyen (SKMM) 233 (1)(b).

Perbuatan tersebut memberikan kesan negatif kepada mangsa antaranya stress dan gangguan emosi, hilang keyakinan diri, kecelaruan pemakanan, kemurungan serta perbuatan membunuh diri.

 
 
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...