Cintaku Luruh di OXFORD




Penulis   :  Noor Suraya & Imaen       
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  JS Adiwarna Publications & Distributors
Bilangan Mukasurat : 738
Tarikh Terbitan : 2013  
ISBN :  978-967-0201-62-7 
Rating :

  


       

 




Ulasan :


الحَمْد لله dengan izinNYA ini adalah buku ke 11 yang aku dah baca karya penulis hebat ini selepas Tanah Adriyana, Kekasih Waktu, Kebun Mimpi, Seperti Mencintaimu... Ain, Nyanyian Tanjung Sepi, Langsir Biji Remia, Jaja & Din, Surat Ungu Untuk Nuha, Mahadewi dan Panggil Aku Dahlia.

Subhanallah,
apa yang aku boleh tulis lagi kat sini, rasanya aku sudah pun tulis pada semua karya yang telah kubaca sebelum-sebelum ni. Satu lagi kisah pertemuan dan perpisahan yang sungguh meluluhkan hati ini. Sesungguhnya, pertemuan, ajal dan maut semuanya dalam ketentuan ALLAH swt.

Semoga kisah ini dapat dijadikan inspirasi, teladan dan memberi pengajaran kepada semua pembaca di luar sana.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
 

T.E.R.B.A.I.K. 

 
Sinopsis

 

...pada suatu musim luruh hati ini pernah mekar



Zuha Zaid Salim : anak seorang ahli politik dari Malaysia yang mendapat tempat belajar di Lady Margaret Hall College (Universiti Oxford). Pada suatu musim luruh untuk pertama kalinya dia bertemu dengan belahan jiwanya, Falah Nordin.

Mereka terserempak di bandar kecil Oxford. Bandar bersih cantik ini, dingin dan indah sekali dalam mana-mana musim pun. Mereka saling bertukar senyum, ada malu yang menutup hati sewaktu Zuha mahupun Falah ingin meluahkan kata-kata. Padahal yang inign mereka tanya pada saat itu hanyalah, Di Malaysia awak tinggal di mana?"

Satu penggal yang indah terasa singkat. Zuha terpaksa kembali; Zuha harus berhenti belajar; dan Zuha telah hilang tanpa tanda. Pernahkah Zuha-Falah sedar hati mereka sedang nyanyikan lagu senada sejak itu? Setelah hati mereka luruh di Oxford, mungkinkah hati yang hilang itu temui pasangannya semula?

sedangkan cinta hanya hadir pada setiap musim bunga ...

Sebuah tulisan cinta - NOOR SURAYA & IMAEN - yang 'dilukis' bersama. IMAEN memperlihatkan kepakarannya mengungkap 'Cintaku Luruh' menjadi sebuah mahakarya dan NOOR SURAYA menggunakan kebolehan berbahasa indahnya untuk menukarkan musim luruh menjadi musim bunga 'di Oxford'.


Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

  Hati kita ni, pemiliknya Allah dan kalau Allah nak tukar hati manusia senafas saja, hati manusia berubah.

Hati manusia itu satu medan ujian untuk manusia.

Cinta itu, memang adalah sakit yang indah. Biar betapa pedih dan deritanya hati, kita tidak mahu jadi baik daripada sakit ini. Kita mahu menyimpan rasa itu seumur hidup kita, kalaupun kita sudah ditakdirkan untuk tidak berjumpa dia yang bertakhta di hati lagi.

Itulah hidup, kita tidak tahu apa yang hidup hidangkan untuk kita. Dan kita memang tidak boleh lari daripada hidup kita.

 
... Hingga Akhir Nanti - Alleycats ...
 
 
 
 
 
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...   
  Noor Suraya