Penulis : RodieR
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Jemari Seni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 543
Tarikh Terbitan : Februari 2013
ISBN : 978-967-0508-09-2
Rating : ★★★★
Ulasan :
Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku baca buku ni setelah lama mencari. Ini adalah buku ke 2 kubaca selepas One Fine Day.
Aku tak nak comment panjang lebar, apa yang aku boleh tulis kat sini, Subhanallah sebuah kisah yang mengajar dan menyedarkan kita tentang erti persahabatan, kasih sayang dan kehilangan yang sebenar sebagai hambaNya di muka bumi ini. Betul orang kata kita hanya akan tersedar akan kesilapan dan kekurangan diri dan hanya menyesal setelah kehilangan seseorang yang paling kita sayangi dan hargai. Banyak pengajaran dan mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui karya hebat ini. Diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi manfaat kepada kita semua.
Sinopsis
I jatuh cinta pandang pertama pada you. ~ Adam Danial
Macam mana you boleh jatuh cinta dengan orang yang you belum kenal? ~ Ainul Raudhah
Ainul Raudhah atau Ain seorang gadis periang yang tidak pernah bercinta, mempunyai fikirannya sendiri, selamba dan suka mendengar lagu-lagu rock apabila tertekan. Perlahan-lahan, Ain mula merasai perubahan pada hatinya dengan Adam Danial atau Danny yang tenang dan ikhlas menyayanginya.
Namun, belum sempat mereka bersatu, Danny tiba-tiba dijemput Ilahi. Ain nanar sendiri. Danny yang diharapkan menjadi peneman ke akhir hayat kini tiada lagi di sisi.
I nak berubah ke arah yang lebih baik, dengan you di sisi. I akan pastikan you bahagia. ~ Iskandar Benjamin
Iskandar, sahabat baik Danny hadir menghulur kasih, kerana janjinya pada arwah Danny. Perlahan-lahan, Ain kembali bangkit meneruskan hidup, mengenal erti cinta. Setelah berkahwin, perlahan-lahan Ain mula menyayangi Iskandar.
Namun, hubungan mereka diuji apabila Ain tau rahsia di sebalik lamaran Iskandar. Benarkah perkahwinan itu hanya kerana sebuah janji? Apakah yang Iskandar pendamkan sebenarnya?
***
Nukilan RodieR ini mengajar kita apakah erti cinta yang sebenarnya dalam bahasa yang santai dan selamba. Bacalah kisah ini, semoga Nyanyian Hati Danny, Ain dan Iskandar mampu kita senandungkan bersama.
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
Sungguh aku tak mahu sesat ya Allah
Bimbinglah hambaMU ini ke jalanMU
Ya Tuhan ampunilah kesalahanku, kejahilanku, Amin.
Semua yang kita miliki di dunia ini bukan hak kita, tapi hak Allah
Dia berhak untuk mengambilnya semula daripada kita
tak kiralah betapa berharganya 'permata' itu pada kita
Apa yang diambil daripada kita itu bukan milik kita
hanya dipinjamkan pada kita kerana rahmat Allah yang tak terhingga kepada hambaNya
Ya Allah, bantulah hambaMu ini
Kuatkanlah semangatku , Ya Tuhan sesungguhnya aku sangat lemah
bimbinglah aku untuk sentiasa mengingatiMu
tidak sesekali melupakanMu lagi
Ya Rahman Ya Rahim Amin
Ya Allah, ku pohon tetapkanlah imanku padaMu
Isikanlah baki umurku dengan ibadah yang istiqamah padaMu
Sesungguhnya amalanku masih kurang
Jika tiba masanya untuk Kau cabut nyawaku
Biarlah aku mati dalam imanku padaMu
mati di jalanMu, Ya Rahman, Ya Rahim ampunkanlah dosa-dosaku
Amin
Don't judge a building by its structure
Ya Allah bantulah aku untuk membahagiakannya
Tunjukkanlah kami jalan untuk lebih rapat padaMu
Ya Allah bantulah kami dalam memulakan perhubungan ini
Berkatilah perkahwinan kami. Amin
The best medicine is usually the most bitter one
... lagu Melakar Cinta Di Pintu Syurga - Far East feat Nassier Wahab ...
... lagu Leave Out All the Rest - Linkin Park ...