“ The more that you read, the more things you will know. The more that you learn, the more places you'll go.” ― Dr. Seuss
Lilin
Penulis : Ainul Farihah
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Jemari Seni
Bilangan Mukasurat : 539
Tarikh Terbitan : November 2015
ISBN : 978-967-0851-15-0
Rating :
Ulasan :
Maaf, ketika ini aku sedang 'membedah siasat' karya hebat ini. Tunggu ulasan aku nanti ye!
Sinopsis
Zuhair mengakui, dia bukan seperti Zuhair yang dulu. Jika dulu, dia sering menjadi harapan guru-guru dan para sahabat. Namun kini, segala-galanya berubah. Dia dikenali sebagai pembawa masalah di sekolah sehingga terpaksa digantung persekolahan.
Kemalangan yang menimpa Zuhair, membuatkannya hilang ingatan buat sementara waktu. Bertitik tolak daripada itu, Zuhair mula mencari-cari sesuatu yang hilang dalam dirinya.
Lalu, setelah lebih empat tahun, dia mengambil keputusan untuk menjejakkan kaki semula ke bandar Kuantan. Bandar yang penuh kenangan itu. Harapannya satu, semoga dia dapat menemui kembali sisa-sisa ingatan yang hilang. Rupa-rupanya, kehadirannya ke sana bukan sekadar menyelak
kenangan, tetapi dia menjumpai lebih daripada itu.
Ini sebuah kisah tentang harapan yang hilang. Kisah tentang pencarian diri. Kisah tentang kerinduan yang terpendam. Dan mungkinkah kenangan lalu mampu membawa Zuhair kembali semula mencari dirinya yang hilang?
Vehaen II : RIF'AT
Penulis : Ainul Farihah
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Jemari Seni
Bilangan Mukasurat : 391
Tarikh Terbitan : Ogos 2016
ISBN : 978-967-0851-48-8
Rating :
Ulasan :
Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin-NYA, aku berjaya habis baca buku ni walaupun agak lama tertangguh dengan tugasan duniawi.
Ini adalah buku kedua, sambungan buku Vehaen : Satu Cerita.
Cukup aku katakan cerita ini berjaya membawa aku bersama-sama Rif'at mengembara ke Jabaliya, Gaza City, Beit Lahiya, Rafah, Abasan dan meneroka setiap detik pengalaman berharga sepanjang berada di negara bergolak yang penuh pertumpahan darah ini. Sepertinya semua kejadian berlaku di depan mataku sendiri. Sebuah pengalaman yang tidak pernah dapat aku bayangkan dan amat-amat meruntun jiwa dan ragaku. Palestin semakin mengamit aku untuk bermusafir ke sana suatu hari nanti insya Allah. Malunya aku rupanya banyak maklumat penting tentang sejarah dan para pejuang hebat Gaza bumi para Nabi ini yang tidak aku ketahui dan kepentingan bumi Palestin kepada umat Islam yang tidak pernah kupeduli.
Tahniah dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penulis hebat ini kerana telah berjaya menghasilkan sebuah karya yang sungguh memberi kesan yang mendalam di hatiku. Bak kata penulis hebat ini, moga jadi asbab untuk kita kembali muhasabah jiwa dan raga dan mendekatkan lagi kau denganNYA. Juga asbab untuk celik sejarah atau isu Palestin-Israel. Moga-moga kisah ini dapat menaikkan lagi semangat seorang pejuang yang ikhlas kerana ALLAH dalam diriku insya Allah.
A DEFINITE MUST READ !!!
Sinopsis
Dalam setiap gerakan kau yang ikhlas, Allah tak pernah tinggalkan kau sendirian.
RIF'AT. Dia kembali ke tempat asalnya untuk mencari keluarganya sementara masih ada kesempatan. Bermula dengan penglibatannya dengan pasukan perubatan dari Malaysia, Rif'at meneruskan hidupnya bersama anak tempatan apabila terjadinya satu serangan yang mengorbankan ramai rakannya. Bermulalah misi pencarian susur-galurnya di bumi Palestin itu.
NAJDAT. Remaja Palestin yang hidup sebatang kara di rumah perlindungan. Dirinya tidak pernah tersenyum sejak dia kehilangan segalanya. Namun semangatnya tetap teguh untuk membebaskan negaranya daripada cengkaman Zionis. Pertemuan dengan Rif'at mengukir kembali senyuman pada wajahnya. Dia merasakan seperti punya keluarga semula.
"Najdat...."
Najdat tidak menjawab tetapi dia mendengar.
"Boleh aku sertai pasukan ketenteraan kamu ini?"
Najdat menoleh sekilas, angguk, namun disusuli dengan syarat. "Selepas kau temui apa yang kau cari."
***
Ainul Farihah yang kreatif berjaya menggarapkan kisah perang dengan teliti dan menarik sekali. Pembaca pastinya dapat merasakan semangat dan keikhlasan setiap pejuang dalam cerita ini. Sebuah cerita yang harus dibaca oleh anak muda Malaysia.
... lagu Damai Yang Hilang - NowSeeHeart ...
Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah
Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa
Anak-anak kecil menggoncangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya
Tergadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawaban
Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah
Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa
Anak-anak kecil menggoncangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya
Tergadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawaban
Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
Hasbunallah wa ni'mal wakil
ni'mal maula wa ni'mannasir
Subscribe to:
Posts (Atom)