Nyanyian Hati





Penulis   :  RodieR
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 543
Tarikh Terbitan : Februari 2013
ISBN : 978-967-0508-09-2
Rating :
★★★★



   

Ulasan :

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku baca buku ni setelah lama mencari. Ini adalah buku ke 2 kubaca selepas One Fine Day. 

Aku tak nak comment panjang lebar, apa yang aku boleh tulis kat sini, Subhanallah sebuah kisah yang mengajar dan menyedarkan kita tentang erti persahabatan, kasih sayang dan kehilangan yang sebenar sebagai hambaNya di muka bumi ini. Betul orang kata kita hanya akan tersedar akan kesilapan dan kekurangan diri dan hanya menyesal setelah kehilangan seseorang yang paling kita sayangi dan hargai. Banyak pengajaran dan mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui karya hebat ini. Diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi manfaat kepada kita semua.



Sinopsis

I jatuh cinta pandang pertama pada you. ~ Adam Danial
 






Macam mana you boleh jatuh cinta dengan orang yang you belum kenal? ~ Ainul Raudhah

 








Ainul Raudhah atau Ain seorang gadis periang yang tidak pernah bercinta, mempunyai fikirannya sendiri, selamba dan suka mendengar lagu-lagu rock apabila tertekan. Perlahan-lahan, Ain mula merasai perubahan pada hatinya dengan Adam Danial atau Danny yang tenang dan ikhlas menyayanginya.

Namun, belum sempat mereka bersatu, Danny tiba-tiba dijemput Ilahi. Ain nanar sendiri. Danny yang diharapkan menjadi peneman ke akhir hayat kini tiada lagi di sisi.



 






I nak berubah ke arah yang lebih baik, dengan you di sisi. I akan pastikan you bahagia. ~ Iskandar Benjamin 




    




Iskandar, sahabat baik Danny hadir menghulur kasih, kerana janjinya pada arwah Danny. Perlahan-lahan, Ain kembali bangkit meneruskan hidup, mengenal erti cinta. Setelah berkahwin, perlahan-lahan Ain mula menyayangi Iskandar.

Namun, hubungan mereka diuji apabila Ain tau rahsia di sebalik lamaran Iskandar. Benarkah perkahwinan itu hanya kerana sebuah janji? Apakah yang Iskandar pendamkan sebenarnya?

***

Nukilan RodieR ini mengajar kita apakah erti cinta yang sebenarnya dalam bahasa yang santai dan selamba. Bacalah kisah ini, semoga Nyanyian Hati Danny, Ain dan Iskandar mampu kita senandungkan bersama.



Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

Sungguh aku tak mahu sesat ya Allah
Bimbinglah hambaMU ini ke jalanMU
Ya Tuhan ampunilah kesalahanku, kejahilanku, Amin.

Semua yang kita miliki di dunia ini bukan hak kita, tapi hak Allah
Dia berhak untuk mengambilnya semula daripada kita
tak kiralah betapa berharganya 'permata' itu pada kita
Apa yang diambil daripada kita itu bukan milik kita
hanya dipinjamkan pada kita kerana rahmat Allah yang tak terhingga kepada hambaNya

Ya Allah, bantulah hambaMu ini
Kuatkanlah semangatku , Ya Tuhan sesungguhnya aku sangat lemah
bimbinglah aku untuk sentiasa mengingatiMu
tidak sesekali melupakanMu lagi
Ya Rahman Ya Rahim Amin

Ya Allah, ku pohon tetapkanlah imanku padaMu
Isikanlah baki umurku dengan ibadah yang istiqamah padaMu
Sesungguhnya amalanku masih kurang
Jika tiba masanya untuk Kau cabut nyawaku
Biarlah aku mati dalam imanku padaMu
mati di jalanMu, Ya Rahman, Ya Rahim ampunkanlah dosa-dosaku
Amin

Don't judge a building by its structure

Ya Allah bantulah aku untuk membahagiakannya
Tunjukkanlah kami jalan untuk lebih rapat padaMu
Ya Allah bantulah kami dalam memulakan perhubungan ini
Berkatilah perkahwinan kami. Amin

The best medicine is usually the most bitter one


... lagu Melakar Cinta Di Pintu Syurga - Far East feat Nassier Wahab ...



... lagu Leave Out All the Rest - Linkin Park ...






Surat Ungu Untuk Nuha





Penulis   :  Noor Suraya   
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni Sdn Bhd
 

Bilangan Mukasurat : 484 
Tarikh Terbitan : 2007  
ISBN :   978-983-43217-3-4  
Rating : 

 
Ulasan : 

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku baca buku ni setelah lama mencari. Ini adalah buku ke 2 kubaca selepas Jaja & Din.


Aku tak nak komen berjeler, cukup apa yang aku boleh tulis di sini, cerita ini memang ada daya tarikan yang tersendiri sehinggakan boleh buat aku jatuh suka, jatuh sayang, jatuh jiwang berkali-kali dengan karya Cikgu hebat ini. Sebab apa ??? sebab kisah Nuha dan Alang dalam cerita ini buat aku jadi macam cheese yang cair kalau kita letak pada suhu bilik hah camtuhlah lebih kurang apa yang aku rasa. Aku tersentuh, terbuai-buai, terpesona dan terpaut hati dengan ayat-ayat puitis madah pujangga si lelaki ungu Muzzammil Muadz a.k.a 'Alang Rebus Tak Empuk' ni. Setiap bait-bait ayat-ayat syahdu dan melankoliknya meresap masuk ke lubuk hatiku yang paling dalam.
 
Bermula dengan sebuah pertemuan yang tidak diduga pada 31 Disember pukul 12.05 pagi, dua insan ni sekejap bergaduh, sekejap berkawan, saling 'berperang lidah', memendam rasa dan diuji dengan ujian yang tidak di sangka-sangka. Alang merajuk membawa hati yang lara ke Hobart, Tasmania. Akhirnya, Nuha sedar dan mengakui Alang lelaki berambut afro yang paling dibenci adalah imam yang dicari-cari selama ini. Itulah orang tua-tua kata jangan benci sangat nanti jatuh suka akhirnya he he he. Ketiadaan Alang disisi dirasakan suatu kehilangan dan timbul bibit rindu dengan usikan dan ragam Alang yang  menyedarkannya dalam banyak perkara. Setiap perjalanan waktu telah menjadi kenangan yang manis dan syahdu buat Nuha & Alang apabila akhirnya Alang pulang menunaikan janji mereka untuk bersatu. Akhirnya laut bertemu pantainya.

Nampak gayanya aku dah ketagih nak baca semua karya CIKGU yang namanya NOOR SURAYA...ada sesiapa yang kenal ?



T.E.R.B.A.I.K. 

Sinopsis
   


Nuha Tajul Ariffin:

 

Jendela hati diketuk lagi
kubuka separuh-separuh
separuh hati
"Selamat malam, nama saya Cinta!"
hangat dan dingin
merantai di luar.


"Izinkan saya berteduh di tepi jendelamu?"
Cinta terus bertanya.

Lalu hatiku tertanya-tanya:
"Cinta, kenapa mesti aku?"





Muzzammil Muadz:

Nuha, benarkah ... tidak semua ombak menemui pantai ?

kalau cinta itu ada sayapnya... terbanglah dan hinggaplah di hati dia

berbisiklah kepada dia yang telah kuberikan hatiku
berbisiklah tentang rasaku yang satu

serulah kepadanya Cinta, sapalah dia Cinta dengan cintaku

pandanglah dia... dan ceritalah Cinta tentang aku yang sedang jatuh hati kepadanya 



 


Novel keenam NOOR SURAYA membawa anda menemani Nuha menaiki Ekspres Langkawi ke utara. Perjalanan kereta api pada malam dingin penghujung tahun 2005 telah menemukan Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus Tak Empuk. Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut Afro itu sejak mula! Titik! Alang juga tidak menyenangi Nuha yang garang mengalahkan anak gergasi itu sejak awal. Titik! Padahal hidup ini rupa-rupanya tidak pernah ada 'titik' sebelum tiba waktunya. Hidup adalah suatu perjalanan waktu!



Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

 Ya Allah, kurniakan kepadaku kecintaan kepadaMU
kecintaan kepada orang yang mencintaiMU
dan kecintaan apa sahaja yang mendekatkan diriku pada kecintaanMU
jadikanlah zatMU lebih aku cintai daripada air yang dingin


Kadang-kadang kita boleh membenci seseorang tanpa memerlukan alasan

Kadang-kadang cinta datang pada saat yang tidak disangka-sangka.
Cinta seperti angir silir yang menderu pada musim panas
dinginnya melekat di jantung, namun keasyikannya tidak pernah kekal lama

Ubat hati ada 5 caranya, baca al-Quran dengan memahami maknanya sekali,
dirikan solat malam & berkawan dengan orang soleh 
puasa dan zikir yang berpanjangan

Some stones are better left untouched   




... lagu Ingin Ku Petik Bintang Kejora - Ebiet G. Ade ... 





... lagu Dua Insan - M Nasir & Yunizar Hussein ...








kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...   
  Noor Suraya