“ The more that you read, the more things you will know. The more that you learn, the more places you'll go.” ― Dr. Seuss
Travelog Cinta Abadi : masa yang berlalu...
Penulis : Roza Roslan
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Motivasi
Penerbit : PTS Islamika Sdn Bhd
Format : EPUB (ebook)
Tarikh Terbitan : 2013
ISBN : 978-967-366-252-4
Rating : ★★★★
Ulasan :
Pertama kali membaca karya penulis hebat ini. Cerita ini cerita tentang sebuah perjalanan kehidupan suka duka penulis memang T.E.R.B.A.I.K. Sangat sesuai kalau aku katakan sebagai buku motivasi bukan sahaja untuk adik-adik di luar sana bahkan untuk semua golongan yang membacanya. Tahniah dan terima kasih Roza Roslan kerana telah berkongsi suatu kisah pengalaman yang amat-amat bernilai untuk pembaca. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai panduan untuk pembaca di luar sana dan semoga Allah memberkati dan membalas perkongsian ilmu dan segala usaha murni dakwah anda ini.
Sinopsis
Penulis yang berjaya menyelitkan unsur pengajaran secara ‘hidup’ di sebalik kisah-kisah yang dipaparkan.-
Ain Maisarah
[Penulis Best-Seller Novel Remaja]
Travelog Cinta Abadi: Masa yang Berlalu adalah sebuah autobiografi yang ‘tawaduk tetapi mesra’ dan berupaya mengusik sukma pembacanya. -
Zaid Akhtar
[Pengarang Sesegar Nailofar, Rona Bosphorus, Justeru Impian di Jaring dan Salju Sakinah]
Keistimewaan Travelog Cinta Abadi : Masa Yang Berlalu ini terletak pada cara setiap kisah digarap sehingga menimbulkan tanda tanya yang mengujakan. Pembaca jadi setia mengikuti perjalanan kisah pengarang dan juga beberapa insan tersayang di sisinya.
Nisah Haron
[Novelis Terkenal, Lentera Mustika]
Sejarah Baitul Maqdis
Penulis : Ustaz Mohd Hanif Hj Ismail
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Sejarah
Penerbit : Hijjaz Records Publishing
Bilangan Mukasurat :195
Tarikh Terbitan : 2016
ISBN : 978-967-5931-58-3
Rating : ★★★★★
Ulasan :
Pendapat peribadi, buku ini wajib dibaca oleh semua golongan Islam kerana didalamnya terkandung segala fakta sejarah yang menceritakan tentang Baitul Maqdis secara terperinci. Bacalah, banyak maklumat yang akan buat kita rasa sedih dan terkilan. Apa yang telah berlaku telah menjadi sejarah buat umat Islam. Namun, sewajarnya kita sebagai umat Islam sekarang mengambil iktibar kerana umat Islam pada zaman dahulu telah bersusah payah berjuang dan mempertahankan Baitulmaqdis dengan darah dan air mata. Namun atas sebab kesilapan dan kelalaian umat Islam terdahulu juga telah menyebabkan kita telah kehilangan hak sebagai pemilik Baitulmaqdis untuk selama-lamanya. Marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha untuk terus memelihara Baitulmaqdis hingga ke akhir dunia ini.
Sinopsis
Sejak penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948, bangsa Yahudi tidak pernah berhenti melakukan kerosakan, pembunuhan dan penindasan termasuk melakukan pencerobohan di Baitulmaqdis. Sejarah pernah memaparkan bahawa bangsa ini sebagai kaum yang pernah tertindas satu masa dahulu, namun itu bukanlah pengajaran terbaik buat mereka daripada terus bersikap sombong dan bongkak.
Sehingga hari ini, tanah yang dijanjikan Tuhan itu dianggap sebagai tiket untuk kaum Yahudi melanyak orang-orang yang tidak berdosa di sana. Bahkan mereka semakin bermaharajalela di Tanah Suci itu demi menuntut tanah yang kononnya milik mereka sejak dahulu kala. Namun, mungkin mereka terlupa akan pelbagai usaha yang telah gagal demi mendapatkan Baitulmaqdis. Serangan demi serangan, namun ternyata kota itu masih menjadi milik Islam. Semoga Allah terus memeliharanya. Amin.
... lagu Soldiers of Allah - Muhammad & Ahmed Muqit...
Subscribe to:
Posts (Atom)