Penulis : Nia Azalea
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Cinta
Penerbit : Karangkraf
Bilangan Mukasurat : 418
Tarikh Terbitan : 2002
ISBN : 983-124-077-4
Rating : ★★★★
Ulasan :
Selesai sudah aku membaca karya pertama penulis hebat yang baru sahaja aku kenali ini. Apa yang dapat aku tulis di sini, karya syahdu ini memang buat aku terbuai-buai di awangan. Sejujurnya aku memang suka dengan watak Salina dan Taufik dalam karya ini walaupun kisah yang cuba diterjemahkan oleh penulis hebat ini adalah suatu kisah yang biasa-biasa aje iaitu kisah perkahwinan yang diatur oleh keluarga, perasaan benci pada awalnya berubah menjadi cinta yang mendalam tetapi kemudiannya kasih mereka diuji dan diganggu gugat oleh oleh ketiga. Namun kisah ini pada aku amat genuine dan straight to the point tiada simpang siur yang buat aku pening kepala nak fikir panjang. Penulis memang berjaya mengolah jalan cerita yang tersusun kemas dari awal hingga akhir muka surat dan ternyata karya ini memang menarik sekali dan aku rasa begitu klasik untuk dibaca dan mempunyai aura dan kelebihannya yang tersendiri. Patutlah ia telah pun berjaya dicetak sebanyak 18 kali sewaktu aku beli buku ini. Memang berjaya buat aku melekat baca buku ini dalam waktu yang paling singkat. Aku memang puas hati dan rasa sungguh berbaloi dapat beli dan baca karya penulis hebat ini. Suatu kisah yang menarik untuk diteladani.
Sinopsis
Bot milik peribadi Datuk Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut China Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Sulaiman dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina, anak Sulaiman.
Taufik tidak setuju dengan cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model serani terkenal tanahair. Manakala Salina pula memendam rasa terhadap teman sekolah bernama Zulkifli, anak ketua kampung.
Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa melupakan hasrat hati bersama dengan Zulkifli.
Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?
..lagu Dimana Dimana - Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shila Amzah adalah luahan rasa hati Salina & Taufik...