13 Jam A380




Penulis  :  Evelyn Rose
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Cinta
Penerbit :  Karya Seni
Bilangan Mukasurat :752
Tarikh Terbitan :  August 2013
ISBN : 978-967-0246-53-6
Rating : ★★






Ulasan :

The Wedding Breaker karya pertama penulis ini telah membuatkan aku jadi 'angau' dan terus jatuh cinta dengan karyanya dan atas sebab itu juga aku terus ingin membaca karya keduanya. Kini aku mengaku sejujurnya beliau telah menjadi penulis 'favourite' yang paling aku kagumi.  Walaupun penulis ini aku kategorikan sebagai masih muda dan 'hijau' lagi, tapi aku merasakan penulis ini memang berbakat besar dalam bidang penulisan dan layak diletakkan sebaris dengan penulis novel hebat yang lain. Kekangan masa dengan pelbagai tuntutan hidup menyebabkan buku yang sudah lama aku beli ini hanya dapat aku bacanya baru-baru ini. Seperti karya pertamanya, karya kedua ini juga masih mengekalkan konsep dakwah dan memang tidak mengecewakan. Di awal cerita aku memang terbuai-buai dengan watak Hana Sofea. Pepatah "Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari"  

Subhanallah...jalan ceritanya memang seperti kena batang hidungku sendiri dan seolah-olah memberi kesan yang nyata sekali. Allahu Akhbar perasaan hatiku sebak, pilu seperti dapat merasakan jeritan batin yang terpaksa ditanggung oleh Hana Sofea sehinggakan dari bab 51 hingga seterusnya aku mula merasakan debaran dan rasa hati Hana Sofea, tak tertanggung dan tak tertahan air mataku menitis di setiap baris ayat yang ku baca terutama sekali surat dari Fawwaz ..memang sungguh sebak dan meruntun jiwa ragaku.


Sinopsis


Cerita tentang Hana Sofea, yang memuja Haydar seorang jutawan muda yang menjadi gilaan wanita bertahun lamanya secara diam dengan memendam rasa. Takdir telah menemukan mereka semasa penerbangan ke London di dalam pesawat A380 bagai satu mimpi jadi kenyataan buat Hana.  

Selama 13 jam di awan biru, Hana tidak melepaskan peluang untuk bermesra bersama- sama dengan lelaki yang dipujanya itu. Selama 4 jam mereka tersilap langkah sebagai pasangan yang memadu kasih di awan biru tanpa mempedulikan hukum dan dosa dek kerana mengikutkan godaan nafsu semata-mata. Namun, kemesraan mereka terus hilang begitu sahaja setibanya mereka di destinasi London.  Selama 3 tahun pengajian PhD di bumi England, Hana menemui kebahagiaan bersama kenalan baru Fido, Nenek, Emmel dan Fawwaz. Impian Hana untuk membina ikatan bahagia bersama Emmel dan Fawwaz tidak mendapat persetujuan ayahnya selagi pengajiannya belum habis. Pulangnya Hana ke Malaysia dengan harapan untuk mendapat restu mengahwini Fawwaz. Tapi dalam masa yang sama, pelbagai halangan dan misi Haydar untuk memperisterikannya perlu ditempuhi oleh Hana dan tindakan Haydar itu seperti 'snake in the grass'.  Manusia hanya mampu merancang TAPI hanya Allah yang menentukan segalanya. 

Pendapat peribadi aku,  karya kedua ini lebih matang, lebih mantap, lebih jelas dan paling terbaik kupasan jalan ceritanya, pengisian yang penuh dengan nilai-nilai islam dan tak ternilai pengajarannya. Plot yang disusun sangat baik dan sangat mendebarkan dari awal hingga akhir cerita. Syukur kepada Allah swt kerana dengan izinNya aku telah diberi kesempatan dan peluang untuk menghayati mutiara indah yang cuba disampaikan oleh penulis bahawa setiap yang berlaku ke atas hambaNya itu terselit hikmah yang indah disebaliknya tanpa kita sedari . Ajal, maut, pertemuan, jodoh dan cerita hidup setiap manusia di atas muka bumi ini adalah rahsia dan Allah swt yang lakarkan. Oleh itu, terima dan redha dengan setiap ketentuanNya kerana sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi hambaNya malah setiap yang berlaku itu adalah hikmah yang terbaik untuk hambaNya.  Alhamdulillah banyak ilmu, pengajaran dan manfaat yang aku perolehi setelah membaca karya hebat ini dan sekaligus telah membuka mata hati dan mata akalku untuk insafi diri ini hambaMu yang lemah Ya Allah.

Syabas Evelyn Rose dan terima kasih yang tak terhingga kerana telah berjaya menghasilkan karya yang sungguh hebat dan membuatkan aku membaca buku ini bukan hanya dengan mata hatiku dan mata akalku sahaja malah seluruh pancainderaku, membaca buku ini dengan penuh deraian air mata yang bukan sahaja membuatku lebih menginsafi kekhilafan diri ini, malah membuatkan aku lebih ingin mendekatkan diri dengan penciptaku Ya Allah. Harapanku semoga penulis ini akan terus berdakwah melalui karya-karyanya yang dapat mengajak hamba-hambaNya ini menginsafi diri dan berjihad ke jalan Allah swt insya-Allah.


" Verily, in the remembrance of Allah do heart find peace " ~ (Ar-Ra'ad : 28)



.... inilah lagu Bawa Aku Pergi yang dinyanyikan oleh Haydar dalam Airbus 380 bersama Hana ...


 




kalau nak tau lebih lanjut pasal penulis ni boleh klik link ni yer...  Evelyn Rose





Kau Untukku





Penulis  :  Aisya Sofea
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Cinta
Penerbit :  Alaf21
Bilangan Mukasurat : 516
Tarikh Terbitan :  2001
ISBN : 983-124-061-8
Rating :






Sinopsis

Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.

Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka.



Ulasan

Buku ini aku telah beli pada Jualan Buku Karangkraf pada ahad yang lepas di Seksyen 15, Shah Alam. Sebenarnya ini buku lama yang telah aku cari tapi baru terjumpa masa di Karangkraf hari tu. Oleh kerana ada diskaun hingga 30% aku pun tidak lepaskan peluang beli aje buku ni.

Nama penulis Aisya Sofea ini memang sudah lama dikenali kalangan pembaca novel cinta dan romantis, tapi aku baru aje pertama kali membaca karya penulis hebat ini. Harap maklum lah ye masa zaman belajar dulu tak sempat nak baca novel cintan cintun ni, baca buku teks pun tak larat nak habiskan kalau bukan sebab nak ambil exams he he he. Pendapat aku kalau aku baca boleh buat aku nangis dan keluar air mata memang penulis ni hebat dan memang betul aku sebak dan nangis bila baca buku ni. Bertemakan cinta antara dua darjat yang lebih kurang sama seperti lambakan cerita novel di pasaran yang ada sekarang.

Gaya penulisan bahasanya 'santai' dan tak peningkan kepala aku nak fikir banyak-banyak. Dan aku dah boleh agak 'happy ending'. Secara keseluruhan jalan ceritanya menarik ada yang indah, ada yang romantis dan ada juga yang agak sedih dan teruja untuk baca hingga akhir muka surat. Qoute yang paling aku suka dan beri kesan di hati aku  "Rahsia di hati, tak siapa yang tahu" ye memang betul apa yang ada dalam hati ini tiada siapa yang tahu kecuali Allah. Jadi kalau ada yang nak tahu bagaimana cerita dalam buku ni dan adakah karya penulis ini menepati citarasa anda, cuba dapatkan buku karya penulis ni ye dan cuba buat penilaian sendiri. Pada aku karya penulis ni tidak kurang hebatnya juga dengan penulis yang lain, cuma yang ini aku kurang rasa 'sengatnya' dan agak kurang menepati citarasa aku...


kalau nak baca karya penulis ini boleh klik link... Aisya Sofea




Bicara Hati





Penulis  :  Damya Hanna
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Malay Fiction / Cinta
Penerbit :  Alaf21
Bilangan Mukasurat : 559
Tarikh Terbitan : 6 March 2003
ISBN : 983-124-111-8
Rating : 






Sinopsis

Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya yang ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintainya.

Seminggu mengenali Zahlia,Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya tinggi dan dia tidak mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.
 



Ulasan

Aku sempat beli buku ini pada Jualan Buku Karangkraf pada ahad yang lepas di Seksyen 15, Shah Alam. Sebenarnya ini buku lama yang telah aku cari tapi baru terjumpa masa di Karangkraf hari tu. Oleh kerana ada diskaun hingga 30% aku pun tidak lepaskan peluang beli aje buku ni.

Pertama kali baca karya penulis ini. Pendapat peribadi aku tema dan plot ceritanya hampir sama dengan kebanyakan novel terbaru di pasaran sekarang iaitu kahwin kontrak, cinta selepas nikah tapi sebab buku ni aku baru dapat baca tahun ni kan....gaya penulisannya 'santai' dan tak beratkan kepala nak fikir banyak-banyak dan 'happy ending'..secara keseluruhannya ceritanya agak menarik untuk dibaca walaupun aku dah boleh agak bagaimana kesudahan cerita ni. Tapi apa yang buat aku tertarik ialah bila pertemuan yang tidak disangka telah memberi satu impak yang paling besar pada Zahlia dan Tengku Syahran ini ... Cumanya buat aku terfikir sendiri pernah ke berlaku dalam hidup realiti ini ??? Kisah perkahwinan yang pada mulanya dibuat atas perjanjian dan syarat dua pihak, bermulalah episod rumah tangga yang hanya sandiwara pada mereka.


Masing-masing bermati-matian cuba untuk tidak jatuh cinta, kasih dan sayang. Namun, manusia hanya mampu merancang walau sehebat mana sekalipun rancangan manusia itu...tapi Allah yang menentukan segala-galanya. Tanpa disedari cinta, kasih dan sayang mula hadir dalam diri masing-masing. Aku paling suka bila Zahlia lumurkan susu pekat di tangan Tengku Syahran sebab nak hilangkan rasa panas dan lecur pada tangan Tengku Syahran. Gara-gara dia yang leka layan perasaan angau dan merenung Zahlia, kantoi kena tegur dengan adiknya yang kat situ. Perhubungan mereka diuji bila kontrak perjanjian perkahwinan mereka dicuri oleh Linda, anak kawan Mama Tengku Syahran yang pernah ingin dijodohkan dengannya. Setelah terbongkar rahsia perjanjian perkahwinan mereka, Zahlia telah dihalau keluar dari rumah oleh ibu mentuanya sendiri. Untuk menggelak Zahlia tinggalkannya, Tengku Syahran rela undur diri dan telah membawa diri ke suatu tempat yang tidak diketahui. Zahlia ditempatkan di rumah temannya Adli sehingga Zahlia hamil. Sedih jugaklah bahagian akhir-akhir cerita ni tapi kena baca dulu buku ni kalau nak tahu kesudahan cerita yang sebenar ya.






My Precious Iris




Penulis  :  Melur Jelita
Negara  : Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Malay Fiction / Cinta
Penerbit :  Karya Seni
Bilangan Mukasurat : 1001
Tarikh Terbitan : April 2013
ISBN : 978-967-0246-48-2
Rating : 
 

Ulasan

Alhamdulillah akhirnya aku berjaya habiskan baca buku ini . Pendapat peribadi aku karya sentuhan Melur Jelita yang terbaru kali ini memang yang paling terbaikkkk dan 'meletopsss' yang pernah aku baca. Membaca setiap baris ayat dari buku ini memang sungguh memilukan dan menyayat hati aku dan berjaya membuatkan aku menitiskan airmata tanpa henti. Penceritaan kali ini aku rasakan lebih padat, lebih berbisa dan terkesan hingga ke lubuk hatiku yang dalam. My Precious Iris (Mypi) adalah sambungan kisah dari "I Love U Stupid" (ILUS), kali ini aku rasakan pengisian yang cuba diketengahkan lebih kepada melayari bahtera ikatan perkahwinan yang penuh ranjau dan duri.  Memang mudah membina ikatan dua jiwa, tetapi melaksanakan amanah Allah itu tidak semudah yang disangkakan. Yang pastinya setiap rasa kasih dan cinta itu pasti akan diuji sama ada kita bersedia atau tidak. Cinta suci yang hadir antara Firman dan Iris sebenarnya adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah untuk mereka dan apa yang buatkan aku rasa sangat bahagia apabila akhirnya Firman dan Iris diijabkabulkan menjadi pasangan yang halal.

Dalam 40 episod pertama aku telah dibuaikan dengan saat-saat indah dan bahagia pasangan ini TAPI selepas itu bermulalah episod sedih yang tidak ku sangka dugaan demi dugaan yang tak dapat digambarkan berat ditanggung oleh pasangan ini membuatkan aku terkena tempias yang paling hebat sekali. Perasaan hatiku turut sebak dan pilu seperti di hiris merasakan keperitan dan kesengsaraan Iris sehinggakan dari episod 40 hingga seterusnya air mataku menitis laju di setiap baris ayat yang ku baca...menangis teresak-esak tak tertahan dan sebak rasa hatiku ini sehingga membuatku terfikir panjang jika aku berada di tempat Iris mampukah aku menempuh ujian yang sehebat dan seberat ini ??? 

Aku sungguh tersentuh dengan cinta murni dan ketulusan kasih Firman kepada Iris dalam mempertahankan mahligai yang dibina. Setiap insan bergelar isteri pastinya mendambakan suami seperti Firman ini. Padaku watak Firman ini cukup sempurna dari pelbagai sudut. Hanya kasih sayang yang berpaksikan iman yang kuat mampu menghadapi dan menangkis segala sudut dugaan yang datang.

Di sebalik kisah yang sungguh meruntun jiwa ini, aku cuba menghayati mutiara indah yang cuba disampaikan oleh penulis bahawa ajal, maut dan jodoh setiap makhluk yang ada di muka bumi ini semuanya telah ditentukan oleh Allah. Oleh itu kita seharusnya sentiasa berdoa, berusaha dan bertawakal kepadaNya. Berkasihlah dengan pasangan yang halal, menerima kekhilafan pasangan, bersabar, redha dan jangan pernah mengeluh dengan setiap ujian dan dugaan yang datang dan yakinlah pada Allah. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku pada kita itu pasti ada hikmah yang terindah di sebaliknya. 

Dalam karya ini juga penulis berjaya meletakkan unsur suspen yang menyebabkan aku terasa sungguh kehilangan Firman watak hero pujaan hatiku ini. Adalah tidak adil bagi penulis hebat pujaan hati ku ini, jika aku terus memberikan ulasan yang terlalu lengkap...cukuplah sekadar berkongsi sedikit rasa hatiku ini...untuk mengetahui bagaimana kesudahan cerita selanjutnya, adalah lebih baik jika membaca karya agung ini sendiri dan cuba hayati dan selami mesej dan mutiara indah yang tersirat di sebalik kisah kasih sayang yang syahdu ini.

Setinggi-tinggi perhargaanku dan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada kak Melur Jelita kerana telah berjaya menghasilkan karya yang sungguh hebat sehingga menggetarkan seluruh jiwa ragaku. Apa yang pasti kak Melur Jelita telah berhasil membuatkan aku membaca buku ini bukan hanya dengan mata hatiku dan mata akalku sahaja malah seluruh pancainderaku, membaca buku ini dengan penuh deraian air mata yang bukan sahaja buatku lebih bersyukur dan mensyukuri di atas nikmat dan apa yang aku ada disekelilingku, juga membuatkan aku lebih menginsafi kekhilafan diri ini. Namun setelah membaca karya ini aku tersenyum puas kerana rama-ramaku telah menggepak dengan kegembiraan dan menyelitkan sesuatu yang cukup indah dan mendamaikan.


 " Demi waktu, di bawah langit-Mu, aku akui nikmat-Mu "



Makluman

Innalillahi wa inna ilaihi raji'uun. Ya ALLAH ampunilah dosanya, berilah rahmatMU ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dirinya
Melur Jelita
Assalamualaikum
Makluman untuk semua.. Puan Hajah Norlaili Salleh (Melur Jelita) telah kembali menemui Allah SWT pada pukul 6.28pm tadi. Pada hari mulia dan bulan mulia ini, semoga beliau dapat diberkati Allah dan dapat bersama mereka yang beriman.
Terima kasih diatas segala doa yang dipanjatkan ke hadrat Illahi. Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan pada kita semua dan seluruh ahli keluarga beliau. Aamiin