Dia Anak Jeneral





Penulis   :  Hezzy Azra   
Negara   :  Malaysia      
Bahasa   :  Melayu      
Genre     :  Malay Fiction  
Penerbit  :  Buku Karangkraf Sdn Bhd    
Bilangan Mukasurat : 580  
Tarikh Terbitan : 10 July 2015  
ISBN :    978-967-860-589-2  
Rating :






 
Ulasan : 

Ini adalah buku keenam yang telah kubaca selepas Semerah Red Velvet, Aku Pilih Dia, Sah, Aku Cinta Kamu, Melodi Kasih, Kenangan Terindah.

Nak tahu kenapa aku suka baca buku penulis sweet ni ??? Sebab semua karyanya bukan saja penuh dengan bunga-bunga CHINTA je tapi penuh bisa dan ada getarnya juga he he he memang puas hati tahap O.V.E.R.L.O.A.D macam air yang melempah-lempah dan setiap satu karyanya pasti punyai nilai keindahan yang tersendiri. Betul, kalau tak percaya kena baca sendiri tau...

Aku tak nak comment panjang, cukup kalau aku katakan ini cerita pasal bapa mertua tak suka menantu lelaki, memang mengundang pelbagai rasa dihati, terutama bahagian akhir cerita ni agak sedih dan sebak memang boleh buat aku nangis tu. Kisah cinta Syirin dan Zakhif ni memang buat haru jiwa raga, tak sangka-sangka. Jeneral Hambali ni memang bikin hati Zakhif haru biru je tau...tapi salute dgn sifat penyabar dan tidak berdendam Zakhif.  Macam ni baru betul boleh buat menantu...memang T.E.R.B.A.I.K !!!  Bukan macam sekarang ni ramai menantu jadi hantuuu he he he. Orang dolu dolu kata bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian. Agaknya semua tentera perangai macam Leftenan Jeneral Hambali ni ke ??? Boleh tukar tajuk tak jadi Dia, Bapa Mertuaku baru kena macam Ibu Mertuaku cerita P Ramle tu he he he. 

Tahniah Hezzy, anda memang berjaya mengusik hati dan jiwaku ini, bijak mengolah, mengatur perjalanan setiap watak dan dikembangkan dengan begitu sempurna sekali. Apa yang pasti, kisah ini mampu beri kesan dihati dan bukan saja buat aku tersenyum puas dengan akhiran ceritanya yang sweet and lovely ending ni yeaaa tapi apa yang lebih penting, terselit dengan pengajaran untuk dijadikan pedoman buat pembaca di luar sana. 

 


Sinopsis


KALAU sudah nama berbintikan Hambali, semuanya akan diatur…termasuklah mencari calon suami. Bila Leftenan Jeneral kata hitam, maka hitamlah warnanya. Walaupun ketika itu, pelangi sudah jadi 14 warna, Syirin harus akur.


Kehadiran Zakhif, telah menggoyahkan hati Nur Syirin. Kali pertama bertentang mata, dia dan Zakhif saling terpesona. Saat bertegur sapa, hati dibaluti bahagia. Bila tidak bertemu, ada rindu yang menderu.
Tetapi Zakhif sedar siapa dia.  



 


Bagaimana kuatnya cinta terhadap Syirin, hebat juga risiko yang menanti. Lalu Zakhif cuba menjauh. Namun, Syirin semakin mendekat dengan satu tekad.




“Kalau awak datang ke rumah berjumpa ayah dan mak saya…saya terima pinangan awak.”






 

Zakhif mula pening! Mampukah dia menghantar rombongan? Yang ingin dipinang itu srikandi Leftenan Jeneral Hambali. Pikat bapa mertua lebih mencabar daripada memikat anaknya! Argh…ini kisah cinta yang mudah tetapi bertukar payah. DIA ANAK JENERAL menjadi epik cinta yang indah.



 ... Jangan Bersedih Lagi - Anuar Zain ...



 ... Cinta Di Akhir Garisan - Nora, Ning Baizura, Ziana Zain & Dessy Fitri ...




Jujurlah Nikahi Aku





Penulis   :  Umie Nadzimah 
Negara   :  Malaysia      
Bahasa   :  Melayu    
Genre     :  Malay Fiction    
Penerbit  :  Penerbitan Karya Seni 
Bilangan Mukasurat :   672
Tarikh Terbitan :   2014
ISBN :    978-967-024-678-9  
Rating :   




 


Ulasan : 

Ini karya kedua yang kubaca selepas Dia...Isteri Luar Biasa.

Pendapat peribadi, cerita ini memang berbeza dengan buku pertama sebab cerita ini agak sedih dan panjang sikit jalan ceritanya. Memang mencabar kesabaran aku nak habiskan baca buku ni tak sabar nak tahu apa kesudahan kepada watak Nurin, Zurin, Alan dan Zanif. Penulis memang bijak mengolah plot dan perjalanan cerita setiap watak yang ada dalam cerita ni sehinggakan aku jadi sakit hati 'kaw kaw' betul dengan watak Pn Azah (emak Zurin), Zurin (adik Nurin) dan Zanif (bos dan suami Nurin). Perasaan menyampah, geram dan benci pada tiga watak jahat ni memang meluap-luap dalam hati aku ni. Tetapi, watak Alan di akhir cerita ni aku macam dah boleh agak...aku tak rasa suspen sebab andaian aku memang benar belaka...he he he. Cuma aku rasa lambat sangat Nurin ni nak kecapi bahagia bersama Qayyum. 

Terima kasih Umie Nadzimah, cerita anda berjaya mengundang pelbagai rasa dihati dan buat aku jadi tak puas hati dan tidak mungkin aku akan ulang baca kisah ni lagi. Apa yang buat aku geram tu bukannya pada watak Nurin yang pada amatan aku bukanlah seorang yang cacat, cuma jari terkurang terlebih jer. Tetapi yang buat aku benci tahap melampau ni sebab watak emak dan adik Nurin...memang jahat gilerrr bikin darahku mendidih jer. 

Sebuah kisah kehidupan yang mampu menyentuh jiwa dan raga. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai pengajaran dan pedoman buat pembaca di luar sana.




Sinopsis 
 




NURIN ASYFA ditakdirkan sebagai gadis ‘istimewa’. Dilahirkan dengan sedikit kekurangan iaitu ada 4 jari kanan dan 6 jari kiri. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikannya? Lelaki yang akan berkongsi hati dan hidup bersama?


“Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi...”

 

Itu kata ALAN WONG. Nurin tahu Alan yang berhati mulia akan menjaga diri dia sebaik-baiknya. Tetapi hanya sebagai seorang adik. Jika kerana cinta, tentu Alan akan usaha mencari Tuhan. Tidak sekufu pegangan, bermakna mereka tidak akan bersatu.



AHMAD ZANIF... Bos strawberi, lelaki bajet sempurna serba-serbi. Memanglah Nurin jatuh cinta sangat kepadanya. Namun bagaimana pula penerimaan Zanif yang menitikberatkan kesempurnaan selama ini?

“Errr... Encik tahu rumah saya?” - Nurin

“Ha... Itu tandanya apa?”- Zanif

Ikhlaskah si strawberi ini menerima Nurin Asyfa seadanya? Sepadankah mereka? Berbalaskah cinta kasihnya? Walaupun dicuba untuk menjadi kuat dan tabah... ada masanya Nurin lelah untuk terus mengharap ketulusan hati si lelaki.





 

Tiba-tiba muncul SI QAYYUM, pemuda yang tidak dikenali dan pemuda yang ingin menikahinya dengan rela hati. Demi Tuhan... Qayyum ikhlas dengan niat untuk menjaga dan melindungi si malang Nurin hingga hembusan nafas terakhir.

 

“Kena baca tiga puluh juzuk al-Quran sebagai mas kahwin...” Syarat Nurin.

 

“Apa-apa saja saya sanggup.” - Qayyum.

 





Milik siapakah ‘Cinta Terakhir’ Nurin Asyfa? Si Alan yang terlalu menyayanginya atau Zanif yang akhirnya mengaku cintakan dia? Ataupun Qayyum yang tidak pernah tahu isi hatinya namun sanggup berkorban apa saja?


 ... Pencuri - Mark Adam ...



 ... Cinta Pertama dan Terakhir - Sherina ...



Seindah Takdir Cinta





Penulis   :  Kamsiah Abu 
Negara   :  Malaysia      
Bahasa   :  Melayu      
Genre     :  Malay Fiction    
Penerbit  :  Buku Prima  
Bilangan Mukasurat :  656  
Tarikh Terbitan :  30 April 2013  
ISBN :   978-967-0535-16-6   
Rating :   




 

Ulasan : 

Pertama kali membedah siasat karya penulis ini.   

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku baca buku penulis ni setelah agak lama mencari. Aku tak nak comment panjang lebar, cukup kalau aku katakan cerita ni agak panjang dan memang mencabar kesabaranku nak habiskan baca buku ni. Namun penulis bijak mengolah perjalanan dan plot cerita setiap watak yang ada dalam cerita ni dan buatkan aku begitu teruja sekali nak tau bagaimana kesudahan kepada watak utama Shahriman, Adrian dan Mia dalam cerita ini. Di akhir cerita ni baru agak sedih memang membuatkan aku sebak sehingga tidak mampu ku tahan air mata ini melimpah keluar.
 

Syabas Penulis ! Aku rasa kisah ini juga memang sesuai sekali dijadikan sebagai pengajaran dan motivasi kepada pembaca dalam mencari keredhaan ALLAH dan untuk membina kehidupan yang bahagia di dunia dan juga di akhirat. Bacalah dan kutip tauladan dan iktibar daripada secebis kisah CINTA SYAHDU HEBAT ini. Sememangnya banyak yang dapat dipelajari dari kisah hebat ini. Setiap takdir yang berlaku itu ada nikmat dan hikmah yang mungkin tidak kita ketahui. Jangan sesekali kita mempersoalkannya dan terima segala ujian mendatang itu dengan redha dan sabar. Insya Allah kita pasti beroleh ketenangan yang dicari. ALLAH itu tidak akan menzalimi hambaNYA.   



Highly Recommended Book 


Sinopsis 

MIA KARMILA, seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya.Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.






Adrian, lelaki macho, bergaya dan kaya-raya, terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya.



 


Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya. Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shahriman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya.

 




Siapakah Shahriman sebenarnya? Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shahriman juga sentiasa ada bersama mereka? Dapatkah Mia Karmila ataupun Shahriman memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka?



 ... Demi Cinta - Ezad Lazim ...



... Takdir Cinta - Fauziah Latiff ...




... Sedetik Lebih - Anuar Zain ...