Unforgettable Love


 

Penulis   :  Mastura Abdullah   
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Alaf 21
Bilangan Mukasurat : 423
Tarikh Terbitan : 2023  
ISBN :  978-967-2858-01-0 
Rating : 
 
       
 
 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, pertama kali membedah siasat karya penulis ini.

Pendapat peribadi, kisah Hud ni berjaya menjentik pelbagai rasa dihati. Ada pengajaran yang boleh kita ambil melalui kisah ini. Kerana dendam seseorang,  Hud kehilangan seluruh keluarganya dalam sekelip mata dan jadi tanda tanya siapakah punya angkara terjadinya kehancuran ini. Dalam pencarian Hud selongkar misteri tragedi keluarganya, macam-macam yang berlaku hingga hampir meragut nyawanya dan orang yang paling dekat dengannya.

Bolehlah layan juga kisah Hud ni...

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.


 
 
Sinopsis 

  
Kematian seluruh ahli keluarganya dalam sebuah nahas udara telah mengubah kehidupan Hud yang ceria pada asalnya kepada seorang yang pendiam dan suka menyendiri. Peristiwa itu telah memberi tekanan besar kepada dirinya sehingga terpaksa mengambil ubat depresi setiap hari.

Tujuh tahun berlalu, Hud belum dapat melupakan peristiwa pahit itu. Dia yakin ianya telah dirancang seseorang, lebih-lebih lagi dirinya kerap diekori. Hud nekad membalas dendam. Malam itu, dia mengejar kereta yang sering mengekorinya, namun malang menimpa diri. Kereta yang dipandunya melanggar seorang wanita.

Teka-teki tidak terjawab, sebaliknya Hud terpaksa menggalas beban di bahunya apabila wanita itu hilang keupayaan untuk berjalan dan tidak mampu bercakap. Usaha menjejak pembunuh keluarganya tertunda, malah tumpuannya beralih kepada Zahra, si gadis yang telah dilanggarnya. Hati yang disangkakan dingin dan beku, rupa-rupanya masih memiliki rasa simpati.

Berbekalkan simpati, Hud nekad mengembalikan hidup Zahra yang dulu sebelum meneruskan misi hidupnya. Dia membawa Zahra ke Maryland dengan tujuan untuk memulihkan suara wanita itu, namun pesawat ringan yang mereka naiki telah disabotaj. Juruterbang hilang dari kokpit menyebabkan Hud terpaksa menggunakan skill simulasi pesawat yang pernah dipelajari dulu dan melencongkan pesawat tersebut ke Riyadh.

Sahabat di Riyadh yang sudah lama terputus hubungan, dihubungi kembali. Dalam tempoh kurang tiga jam, Aliy terpaksa menyediakan landasan untuk membolehkan pesawat persendirian yang diterbangkan Hud mendarat. Zahra dibawa ke Hospital Universiti Raja Azeez untuk dirawat. Hud pula meneruskan perjalanan ke Moscow bagi mengelakkan dia ditangkap polis akibat huru-hara yang tercetus selepas pesawat yang dipandunya mendarat di Lebuhraya Riyadh-Makkah.

Di Moscow, Hud tinggal bersama Abram yang merupakan teman lama ketika mereka sama-sama menuntut di University College London dulu. Kepakaran Abram dalam bidang elektrik dan elektronik turut menjadi sebab mengapa Hud memilih Moscow untuk menyembunyikan diri. Dia mahu nampak mati supaya dapat mengumpan musuhnya keluar dari persembunyian.

Umpan Hud mengena. Akhirnya, Hud mengambil keputusan nekad untuk kembali ke Malaysia dan berdepan dengan orang yang diyakini menjadi dalang dalam semua kejadian buruk yang menimpa keluarganya sebelum ini. Sekembalinya Hud ke Malaysia, dia mencari Zahra terlebih dahulu kerana dia pernah berjanji untuk mencari Zahra jika ditakdirkan usianya masih panjang.

Hud tidak sedar, sikapnya yang bertanggungjawab dan prihatin telah menukar rasa benci kepada cinta di hati Zahra. Namun, Zahra sedar yang Hud tidak mencari cintanya. Dia tahu apa yang dicari lelaki itu adalah pembunuh keluarganya. Hanya doa yang dititip supaya rasa benci hilang dari hati lelaki itu.

 

 ... lagu Akhirnya - Camelia feat Innuendo ...

 



 

 

Aku Tetap Setia


 

Penulis   :  Ameera Ameer    
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penerbitan Anaasa PLT
Bilangan Mukasurat :
EPUB (ebook)
Tarikh Terbitan : Jan 2016  
Rating : 

 
       
 
 

 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 4 penulis hebat ini selepas Tanya Dia Tentang Cinta, Kerana Satu Janji dan Ku Pilih Untuk Setia.  

Ini adalah sambungan dari Ku Pilih Untuk Setia. Kisah kali ni agak meleret sikit dengan ragam terlebih romantis Dania dan Ku Ariff dan juga ragam tiga anak diorang. Ada juga timbul pasal cemburu bila masing-masing digoda pihak ketiga. Tapi paling sedih bila anak sulung diorang Tengku Airiel cedera dipukul rakan sekolah dan masuk hospital tak sedar diri. Paling tak sangka, bila Tengku Airiel luah hasrat nak kahwin padahal masih baru lagi sambung belajar di Jepun ha ha ha tak ke haru mama dan papa dia... 

Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni.  Semoga kisah ini dapat dijadikan teladan dan memberi manfaat buat semua pembaca di luar sana.

Wallahu a’lamوالله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.


 
 
Sinopsis 

  
“Kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan guruh dan kilat. Kita bersedih dan tertanya ke mana menghilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi”.

Begitulah kisah Ku Ariff dan Dania. Ujian yang telah Allah hadirkan semakin mematangkan mereka dalam melayari bahtera rumahtangga malah telah menguatkan lagi cinta mereka. Malah kebahagiaan itu menjadi lebih indah lagi apabila diserikan pula dengan kehadiran tiga cahaya mata yang sering kali mencuit hati walau kadang kala agak memeningkan kepala.

“Baby ni sibuk aje!” – Ku Aidil
“Elehh…baby cakap yang betullah tu. Baby nampak abang main games tembak-tembak dekat computer.” – Ku Amna
“Dengki, bukannya abang susahkan baby pun.” – Ku Aidil
“Baby bagitau papa abang ejek-ejek baby macam tu. Biar papa gunting lidah abang. Biar abang tak ada lidah lagi. Biar abang dah tak boleh cakap lagi lepas tu. Ha, padan muka.” – Ku Amna

Sekuat mana pun cinta tetap akan ada rasa cemburu dan curiga. Kemunculan Qhaiser secara tiba-tiba di dalam kehidupan mereka membuatkan Ku Ariff mula menyimpan rasa. Apatah lagi apabila mengetahui status lelaki itu yang sudah pun bergelar duda beranak dua.

“Lepas ni jangan jumpa dia lagi. Abang tak nak nanti abang pulak yang jadi single daddy!” – Ku Ariff
“Cemburulah tu!”- Dania
“Tak cemburu tapi jealous!” – Ku Ariff
“Abang, I love you tau..”- Dania

Bagi Dania, biarlah datang walau seribu lelaki seperti Qhaiser sekalipun namun Ku Ariff tetap lelaki yang bertakhta di hati. Dan, dia akan tetap setia sehinggalah nyawa dibawa pergi. Namun, siapalah mereka untuk menidakkan kekuasaan Ilahi. Ketika sedang enak diulit bahagia yang disirami dengan gelak tawa, mereka sekali lagi diuji dengan sesuatu yang lebih menyakitkan lagi memeritkan. Mampukah Ku Ariff dan Dania bertahan? Atau reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya?

 

... lagu Pencuri Hati - Ayda Jebat ...


 

 ... lagu Thinking Out Loud - Ed Sheeran ...

 


 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...