Seteguh Fayqa




Penulis   :   Hanina Abdullah
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penulisan2u
Bilangan Mukasurat : 776
Tarikh Terbitan : August 2014
ISBN  :  978-967-0567-35-8
Rating  : ★★






Seteguh Fayqa adalah karya kedua penulis ini yang baru aku 'bedah siasat' dan kalau nak tahu buku ini aku beli terus dari penulis ni via fb Hanina.


Sinopsis  

Kisah pertemuan singkat Fayqa Lara Lyana Abdul Rahim (Fayqa) dengan Muhammad Dzariff Dzulqarnain (Dzariff) di hospital sewaktu kawan baik sekuliahnya Dzahim terlibat dalam pergaduhan telah menyebabkan Fayqa terpaksa tinggal bersama keluarga Dzariff untuk sementara waktu. Duduk sebumbung bersama keluarga Dzahim menyebabkan Fayqa sering berhadapan dengan Dzariff abang sulung kepada Dzahim yang sentiasa buruk sangka padanya dan sentiasa mencari kesalahannya setiap kali bertentang mata. Ada sahaja arahan dan karenah Dzariff yang membuatkan Fayqa hampir hilang sabar sehinggakan Fayqa menggelarnya 'Jeneral Sengal'. Perkenalan yang singkat ini tanpa disedari telah membuahkan suatu perasaan kasih dan sayang di dalam hati Dzariff dan terus mengambil keputusan melamar Fayqa.


Usia perkenalan yang singkat selama beberapa bulan dan seterusnya melangsungkan perkahwinan telah mewujudkan banyak cabaran dalam perhubungan setelah mereka berkahwin. Kebahagiaan yang baru dirasai oleh Fayqa yang masih muda, naif dan perbezaan usia yang jauh sering dikejutkan dengan kehadiran dan gangguan dari Musyrifah rakan kongsi perniagaan Dzariff sehingga membuatkan Nina menjeruk hati dan merasa terpinggir. Nina merasakan Dzariff tidak memperdulikannya, sering lupa pada janji dan terlalu sibuk dengan urusan perniagaannya dan banyak menghabiskan masa bersama Musy tidak kira di pejabat mahu pun di rumah. 

Walau bagaimanapun, Nina tetap cuba mempertahankan rumahtangga yang baru dibina itu dan cuba belajar untuk bersabar dan tidak buruk sangka dan cuba menjadi isteri yang terbaik buat Dzariff walaupun sering diingatkan oleh kakak-kakak iparnya tentang Musy yang seakan cuba mengganggu gugat rumahtangga mereka. Selepas kejadian Fayqa diculik, kesetiaan dan keikhlasan cinta Dzariff mula dipertikai. Fayqa mula merasakan Musy sedang cuba untuk merampas Dzariff darinya dan seringkali panggilannya dimatikan oleh seseorang di pejabat Dzariff.  Bermulanya konflik dalam rumahtangga mereka apabila Musy meluahkan perasaannya pada Fayqa dan ingin berkongsi kasih Dzariff.  Adakah Dzariff setuju ? Adakah Dzariff berjaya mendapatkan kepercayaan dan memujuk Fayqa semula? Dan berjayakah mereka mempertahankan mahligai cinta yang baru dibina itu ? Kalau nak tahu bagaimanakah kesudahan cerita ini cuba dapatkan buku ini ye...sedih dan sebak jugaklah...


Ulasan :

Secara peribadi, aku rasa jalan cerita dalam buku ini lebih kurang sama dengan cerita Arluna kisah rumah tangga yang diganggu oleh orang ketiga. Sebabnya aku sudah baca karya Rin tu terlebih dahulu...Jadi aku seakan dapat buat andaian sendiri apa kesudahan cerita ni. Sebelum baca karya ini aku mengharapkan jalan cerita karya ini lebih 'ummpphh' dari karyanya yang pertama aku baca iaitu 'Projek Memikat Suami' tetapi aku memang agak terkilan kerana tidak seperti yang aku harapkan...biasalah kan cerita melayu ni kan klise. Gaya penulisan bahasanya memang menghiburkan dan mudah difahami.  Watak-watak utama dalam karya ini berjaya mencuit hati aku terutamanya watak Fayqa dan Dzariff. Penulis berjaya menghidupkan watak-watak penting dalam cerita ini secara keseluruhannya melalui pengolahan dan perjalanan cerita yang menarik dan ada sedikit unsur 'suspen'. Ini berjaya membuatkan aku tertanya-tanya dan tidak sabar-sabar untuk mengetahui akhiran cerita ini.  

Selain itu, penulis juga berjaya memeriahkan suasana cerita ini melalui dialog 'sempoi' dan aksi nakal dan bersahaja yang memang boleh menaikkan bulu roma aku aje. Aku rasa buku ini hanya sesuai dibaca dan dihayati oleh golongan yang telah pun bergelar ISTERI sahaja. Pengisian yang cuba diketengahkan oleh penulis lebih kepada pergolakan perasaan pasangan yang baru sahaja melayari bahtera ikatan perkahwinan. 

Terima kasih kepada penulis kerana berkongsi karya yang bukan sahaja memberi maklumat dan pengajaran serta mengajak pembaca untuk sama-sama merenung, menerima dan yakin jodoh yang telah ditentukan oleh Allah untuk kita adalah yang terbaik, terindah dan saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain. Sentiasa memaafkan suami atau isteri kita kerana masing-masing ada kelemahan dan kekurangan. Berusaha baiki kelemahan diri dan bantu pasangan kita untuk berbuat yang sama. Sentiasa TEGUH hadapi dugaan dengan pasangan kita, pertahankan hak kita, jangan mudah mengalah dan menyerah kalah walau apa sekalipun badai yang melanda. Sentiasa berbincang dari hati ke hati dengan pasangan kita, cari jalan yang terbaik dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan mahligai yang baru dibina demi mencapai matlamat keluarga bahagia. Semoga kita dipermudahkan melayarkan bahtera rumah tangga ini hingga ke syurga-Nya, insya-Allah.



...inilah lagu Love - Nat King Cole yang dinyanyikan oleh Fayqa...

 
 
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye... 
hanina abdullah




Madinah Munawwarah Kelebihan dan Sejarah




Penulis   :  Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Sejarah / History
Penerbit  :  Telaga Biru
Bilangan Mukasurat :
Tarikh Terbitan :
ISBN  : 
Rating  : ★★★★★







Ulasan :


Subhanallah. Setinggi-tinggi penghargaanku dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penulis hebat ini kerana atas usahanya mengumpulkan semua maklumat yang amat bermakna untuk semua umat Islam terutamanya untuk mereka yang ingin menunaikan umrah atau haji. Banyak ilmu dan maklumat berguna yang aku perolehi setelah membacanya. Hanya Allah yang dapat membalas segala usaha penulis dan mereka yang terlibat dalam penerbitan buku ini. Highly Recommended Book.  Diharap dengan membaca buku ini dapat membantu para pembaca budiman mengetahui dengan lebih terperinci tentang sejarah Madinah dan akan menyemarakkan lagi semangat dalam beribadah.




























Makkah al-Mukarramah : Kelebihan & Sejarah




Penulis   :  Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Sejarah / History
Penerbit  :  Telaga Biru
Bilangan Mukasurat : 228
Tarikh Terbitan : 2008
ISBN  :  978-967-5102-07-3
Rating  : ★★★★★






Ulasan :

Subhanallah. Setinggi-tinggi penghargaanku dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penulis hebat ini kerana atas usahanya mengumpulkan semua maklumat yang amat bermakna untuk semua umat Islam terutamanya untuk mereka yang ingin menunaikan umrah atau haji. Banyak ilmu dan maklumat berguna yang aku perolehi setelah membacanya. Hanya Allah yang dapat membalas segala usaha penulis dan mereka yang terlibat dalam penerbitan buku ini. Highly Recommended Book.  Diharap dengan membaca buku ini dapat membantu para pembaca budiman mengetahui dengan lebih terperinci tentang sejarah Makkah dan akan menyemarakkan lagi semangat dalam beribadah.








































Perang Salib




Penulis   :  Abdul Latip Talib
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Sejarah / History
Penerbit  :  PTS
Bilangan Mukasurat :
Tarikh Terbitan :
ISBN  :
Rating  :






Ulasan :


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar !!!
Banyak maklumat berguna yang dapat kupelajari setelah baca buku ini.Ya, sedarlah saudara-saudaraku sekalian, marilah kita semua bersatu dan berjihad dengan nama ALLAH.







Perang Arab Israel : Selagi Belum Kiamat




Penulis   :  Sabaruddin Hussein
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Sejarah / History
Penerbit  :  PTS
Bilangan Mukasurat :
Tarikh Terbitan :
ISBN  :
Rating  :






Ulasan :


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar !!!
Banyak maklumat berguna yang dapat kupelajari setelah baca buku ini. Kini baru kufahami mengapa terjadi semua ini. Harapanku semoga umat Islam di seluruh dunia dapat bersatu dan memeranginya. Wallahuallam.




Tanpamu Di sisi





Penulis   :  Rabihah Nur Ridhuan
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Buku Prima
Bilangan Mukasurat : 454
Tarikh Terbitan : 2010
ISBN  :  978-967-5489-39-6
Rating  : ★★





Ulasan :

Pertama kali meneroka karya penulis yang baharu sahaja aku kenali ini, ternyata membaca setiap baris ayat dari karya ini memang membuatkan aku sebak dan pilu. Satu lagi kisah realiti kehidupan yang sungguh menyentuh hati dan perasaanku.



Memang benar cinta itu tidak memerlukan kita bertentang mata. Cukup hanya dengan kata-kata, hati wanita akan tersentuh jua. Begitulah episod cinta Zukhrina Syamimi dan Iqmal Danish bermula. Cinta yang bermula di alam cyber membuatkan Zukhrina yang masih menuntut di tahun akhir di Universiti Malaya terpaksa menanggung aib setelah mereka di tangkap khalwat dan terpaksa bernikah. Lebih menyedihkan lagi, Zukhrina telah dibenci dan dibuang jauh dari keluarganya dan Danish berubah menjadi seorang yang panas baran, merahsiakan pernikahan mereka dari pengetahuan keluarganya dan tidak memperdulikan hati dan perasaan Zukhrina sebagai isteri. 


Malah di mata Danish, Zukhrina di anggap sebagai beban yang terpaksa ditanggungnya. Zukhrina hanya sempat menikmati alam rumah tangga buat beberapa bulan sahaja apabila Danish meninggalkannya tanpa khabar berita dan terpaksa keluar dari rumah sewa.

Zukhrina hampir hilang pedoman dek terkapai-kapai sendirian setelah ditinggalkan suami dan keluarga. Namun, Zukhrina telah berjaya diselamatkan oleh Kak Nani dan Zue teman baiknya. Dalam kepayahan, Zukhrina cuba bangkit demi sebuah harga diri dan membina kehidupan baru. Dia tidak mahu terus mengalah pada putaran takdir yang tidak pernah berpihak padanya. 

Namun setelah lima tahun dia berhempas pulas membina kehidupan baru dan membina kerjaya sebagai seorang guru di sekolah anak saudara Danish, tiba-tiba Danish muncul dalam hidupnya, memujuk rayu dan menagih cintanya semula. Perlukah dia mengalah pada lelaki yang pernah menabur duri dalam setiap langkahnya dahulu?  
Untuk mengetahui bagaimana kesudahan kisah ini, cuba dapatkan karya ini. Hayati dan selami maksud yang tersirat di sebalik kisah kasih sayang yang sungguh syahdu ini. 

Di sebalik kisah yang sungguh meruntun jiwa ini, aku cuba menghayati mutiara indah yang cuba disampaikan oleh penulis bahawa dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha Luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik. Mana mungkin kita dapat mengelak daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. 

Apa yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya-upaya menyelesaikan masalah itu. Sentiasa dekatkan diri dengan Allah dengan cara mempelajari ilmu agama dan al-Quran. Cintailah Allah yang paling utama, nescaya Allah akan menjaga cinta sesama manusia. Sebagai seorang insan biasa kita tidak lari dari melakukan kesilapan. Ini kerana manusia diciptakan sebagai makhluk yang sangat lemah. Kita hanya mampu menghadapi semua itu dengan baik apabila kita bertawakal kepada Allah. Percaya sepenuhnya kepada perlindungan-Nya. Maka kita akan memperolehi kekuatan untuk memperbetulkan kesilapan kita dan seterusnya membina kehidupan yang lebih gemilang. Sentiasa cuba memberi peluang kedua, memaafkan diri sendiri dan insan yang paling hampir dengan kita walau bagaimana benci dan hebatnya kita telah dilukai sebelum ini kerana sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah. Gunakanlah kesilapan lalu untuk membina kehidupan yang lebih gemilang di masa hadapan.

Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada penulis ini kerana telah berjaya menghasilkan karya yang sungguh terkesan dihati sehingga menggetarkan seluruh jiwa ragaku malah boleh dijadikan iktibar dan pengajaran buat para pembaca. Membaca buku ini dengan deraian air mata membuatkan aku lebih menginsafi diri ini yang terkadang tersasar jauh dari-Nya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani hamba-Nya. Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha.



 Hayati mutiara indah yang ditulis di dalam karya hebat ini :-

Nabi Muhammad SAW bersabda,
Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara :
Hidupmu sebelum matimu, 
Sihatmu sebelum sakitmu, 
Masa lapangmu sebelum masa sibukmu,
Mudamu sebelum tuamu
dan kayamu sebelum miskinmu

Ada pepatah mengatakan...
"...We can't direct the wind but we can adjust our sail..."

"...A failure is the opportunity to begin more pricely..."

Firman Allah SWT
"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan 
ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu
Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya ~ (Surah Al-Baqarah : 216)" 

"...Isteri bukan untuk dizalimi dan bukan juga untuk diperhambakan. Tanpa wanita, hati dan perasaan lelaki akan resah. Kerana adanya wanita, barulah lengkap hidup seorang lelaki. Lelaki perlukan wanita untuk dijadikan seorang isteri. Kerana adanya wanita, seorang lelaki dilahirkan oleh seseorang yang dipanggil ibu..."  

  "...setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah yang terlindung. Di sebalik keperitan yang ditanggung akan merapatkan lagi sesuatu hubungan ..."



...lagu Tanpa Bahasa - Afgan yang ku gambarkan luahan rasa hati Zukhrina ... 





...ini pula lagu Kemaafan Dendam Yang Terindah - Aishah yang ku gambarkan luahan rasa hati Danish dan Zukhrina ... 


 


kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ... Rabihah Nur Ridhuan  





Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul





Penulis  :  Fatimah Syarha Mohd Noordin
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    : Love - Religous life - Islam
Penerbit :  Telaga Biru Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 88
Tarikh Terbitan : May 2012
ISBN : 978-967-5102-40-0
Rating : ★★






Ulasan :

Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin-NYA sekali lagi aku telah diberi kesempatan dan terpanggil untuk membaca dan menghayati karya kedua penulis hebat ini. Karya hebat ini mengisahkan tentang Qaniah, seorang gadis yang amat berhati-hati dalam memilih pasangan hidupnya. Qaniah mengambil Rasulullah SAW sebagai contoh suami terbaik dalam sebuah rumah tangga. Dengan keazaman dan kesungguhannya itu, Qaniah akhirnya telah berjaya dipertemukan dengan PEMILIK CINTANYA, Setelah ALLAH dan RASUL iaitu seorang suami yang sering mencontohi peribadi Rasulullah SAW dalam kehidupannya.




Subhanallah. Setinggi-tinggi penghargaanku dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penulis hebat ini kerana telah berkongsi ilmu dan berjaya menghasilkan bingkisan yang cukup lengkap dan sempurna tidak kira untuk gadis remaja, wanita, isteri, ibu, lelaki bujang, suami atau ayah. Banyak ilmu dan maklumat berguna yang aku perolehi setelah membaca bingkisan cinta ini. Pendapat peribadi aku, karya ini antara bingkisan penulis yang memberi kesan yang amat mendalam dalam jiwa aku. Alhamdulillah, walaupun buku ini agak nipis tetapi penuh dengan panduan, nasihat dan kisah buat para isteri memuliakan suaminya. Juga sebagai penghargaan buat para suami yang membahagiakan isterinya.  Highly Recommended Book. PERFECT - bagaimana menikmati cinta halal.


Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

" Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertakwa. " ~ (Surah al-Furqan 25 :74 ) 

' Sesiapa saja yang menikahi wanita bukan kerana hal lain, kecuali agar pandangan matanya dapat dikekang, dan kemaluannya terpelihara atau untuk tujuan menyambung tali silaturahim, maka Allah akan memberkati pernikahannya dengan wanita itu dan wanita itu beroleh berkat pula kerana dipersunting olehnya '

"... Kita sekarang kekurangan Muslim sejati. Umat ini kelihatan ramai tapi sikit kekuatan. Umat ini nampak kaya tapi miskin jiwa. Umat ini nampak cerdik tapi bodoh mengikut telunjuk barat. Umat ini nampak bersatu tapi berpecah sesama sendiri, berdebat hal yang remeh-temeh..."

' Setiap ujian adalah tanda kasih sayang Allah yang tidak terhingga '

' Setiap kesusahan dunia akan berbayar kesenangan di akhirat '


kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  
Fatimah Syarha