Dia Tetap Sempurna

 


 

Penulis   :  Anjell  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 702
Tarikh Terbitan : Mei 2020
ISBN : 978-967-469-160-8
Rating : 

 
       
 
 

 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 2 penulis ini selepas Dheo's. Hatiku bagai ditarik-tarik untuk baca pula novel ni setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di goodreads dan rating yang agak tinggi. 

Kisah Dara dan Eskandar dalam novel ni aku kategorikan sebagai kisah orang kayangan, semuanya cukup pakej rupawan dan hartawan. Pada awal aku memang agak teruja dan tidak sabar nak baca kisah dalam novel ni, namun aku kechewa dan hampa sebab kisah cliche ni agak meleret-leret ragam romantik diorang ni hanya tumpu pada kisah percintaan dua watak utama ni je. Dari berlakon jadi kekasih olok-olok akhirnya betul-betul jatuh kasih. Tapi bila dah kahwin baru dapat tahu Eskandar rupanya pernah punyai kekasih gelap sama jantina. Kisah diorang ni tidak mencabar langsung dan tidak berjaya menyentuh hati dan perasaan aku ni yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa.

Musykil jugak aku bila fikir balik macamana boleh dapat rating tinggi ya. Harap Cik Penulis akan dapat menghasilkan karya yang lebih baik dan dapat memberi manfaat kepada pembaca di masa akan datang ya.

 
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui. 

  
 
Sinopsis 

Versi pertama pertemuan mereka. Bagi Dara Nailufar, tiada apa pun yang menarik tentang Eskandar Arasyah. Dengan rambut panjangnya. Dengan gaya selekehnya. Lelaki itu hanyalah seorang tukang kayu berlidah tajam yang menyelamatkannya daripada dikejar kucing. Ya, Dikejar kucing! 

Versi kedua pertemuan mereka. Wah, tukang kayu dah diskrub dan di-clorox! Yang muncul di depannya kini umpama putera raja turun dari kayangan. Kacak maut! Dan pesonanya bagaikan memukau semua yang memandang.
Dari sebuah perancangan yang tak disengajakan, mereka kini muncul sebagai pasangan kekasih jadian.

“After all, until the cruise ends, I’m all yours, sunshine.” – ESKANDAR ARASYAH

Ya… Sehingga pelayaran itu tamat! Momen yang terlakar sepanjang pelayaran kapal persiaran mewah itu sangat bermakna bagi Dara. Semakin dia kenal Eskandar, semakin dirasakan lelaki itu misteri. Lelaki itu bukan sekadar tukang kayu. Hakikatnya, Eskandar memang punya segala-galanya. Wanita mahukannya. Lelaki cemburukannya. Di mata kasar semua, hanya satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkannya: Sempurna. Namun, jauh dalam sudut hati Eskandar, hanya dia yang tahu. Dia tak sempurna. Dan ketidaksempurnaan itu buatkan ada benteng teguh yang memagari hatinya. No access.

“Aku tak sempurna, Dara.” – ESKANDAR ARASYAH
“Nobody is perfect.” – DARA NAILUFAR
“Aku tahu. Tapi untuk satu ketidaksempurnaan, tak semua orang mampu terima.” – ESKANDAR ARASYAH
“But you have everything.” – DARA NAILUFAR

Bagi Dara, tiada sesiapa yang sempurna di dunia ini. Apa pun ketidaksempurnaan Eskandar itu, baginya manusia itu tak perlu menghukum. Namun, bila tiba saatnya dia mengetahui kebenarannya, mampukah Dara berpegang pada kata-katanya itu?

 

 ... lagu Takdir Tercipta -  Hafiz & Adira ...

 






 

No comments:

Post a Comment