Penulis : Shima Rostam
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Penerbitan Anaasa PLT
Bilangan Mukasurat : 1.36 MB (e-book)
Tarikh Terbitan : 2018
ISBN : 978-967-0870-50-2
Rating : ★★★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya kedua penulis yang baru kukenali ini selepas Berikan Aku Peluang Mencintaimu.
Ini kisah Amina Nabila pelajar UPM, setelah putus cinta dengan boyfriend dan ingin buktikan pada diri sendiri sehingga sanggup ke kelab malam mengikut rakan sebiliknya. Ami bertemu dengan Amru Hafiz dan telah diperangkap dengan agenda jahat Aali rakan Amru sendiri. Aku rasa zaman sekarang ni memang agak susah nak cari lelaki yang sanggup bertanggung jawab seperti watak Amru dalam cerita ini. Macam-macam yang
aku rasa sewaktu baca kisah ini. Ada sedih, gembira, kasihan, geram dan macam-macam lagi. Wahai adik-adik di luar sana hati-hati memilih kawan ya. Fikir sedalam-dalamnya setiap tindakan yang kita ambil. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.
Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi pengajaran kepada adik-adik yang masih lagi belajar di menara gading di luar sana.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Sinopsis
Kerana kecewa, Ami mengikut kata hati. Hanya sekali. Dan kerana sekali itu mengubah hidupnya.
“Buat apa kat sini? Ini bukan tempat awak boleh suka-suka datang.“ –Amru
“Saya suka datang. Kenapa? Tak boleh?”-Ami
Ami
dalam diam diperhatikan. Bagaikan ada magnet yang menarik mata Amru
terus memandangnya. Kesimpulannya, Ami tak sesuai berada di dalam kelab
malam ini. Tapi kenapa dia di sini? Kerana kecewa sepertinya juga ke?
Tanpa disedari rupanya mereka juga diperhati. Senyuman penuh makna Aali menggentarkan hati Kirana. Ada misi untuk Amru dan Ami.
“She’s a virgin…” – Amru
“I know… Memang dia gadis baik,” – Aali.
Dikhianati oleh sahabat baiknya sendiri, Ami tekad untuk menempuhinya sendiri. Benci mula mencengkam hati.
“Saya minta maaf. Saya akan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku.”- Amru
“Tak payah! Ada saya minta awak bertanggungjawab?”- Ami
Namun
dia bukanlah lelaki yang mudah berputus asa. Ami sudah menjadi
tanggungjawabnya. Dia akan lakukan apa sahaja untuk memikat hati gadis
itu agar menerimanya. Dan semakin hari gadis itu mendapat tempat
istimewa di hatinya.
Apakah yang berlaku pada malam itu?
Berjayakah Amru melembutkan hati Ami? Kerana hati yang disakiti ini
tidak bisa pulih kembali.
... lagu Kita Insan Biasa - Jay Jay & Dayangku Intan ...
... lagu Tetap Menantimu - Nomad ...