Penulis : Ku Seman Ku Hussain
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Essays
Penerbit : Putih Rona Dagang
Bilangan Mukasurat : 378
Tarikh Terbitan : Jan 2023
ISBN : 978-929-97400-0-1
Rating :
Ulasan :
Maaf, ketika ini aku sedang 'membedah siasat' karya hebat ini. Tunggu ulasan aku nanti ye!
Sinopsis
Kata yang mengalir dari benturan sosial yang berlaku di sekeliling. Kata adalah perca-peca reaksi daripada sekian banyak kejadian atau peristiwa yang singgah pada deria rasa dan fikir kewartawanan saya. Kata yang mewakili alam fikir saya terhadap semua yang berlaku di sekitar kehidupan saya - sama ada dalam lingkungan negara dan juga di luar garis diplomatik.
Saya perlu berkata-kata dengan aksara kerana bukan seorang orator yang mampu meledak suara. Dari minda mengalirkan kata dalam aksara. Dunia kewartawanan saya memungkin saya terus berkata-kata - terus berfikir tentang sesuatu yang berlaku. Maka terus menyibukkan diri dengan mengambil tahu, berfikir kemudian memberikan reaksi daripada peristiwa yang berlaku.
Oleh hal yang demikian, walaupun sudah lebih lima tahun meninggalkan kerusi pemimpin editorial akhbar arus perdana, saya tidak pernah bersara daripada kewartawanan. Memang benar wartawan adalah satu jawatan. Tetapi masa yang sama wartawan juga adalah merujuk mereka yang terus berkata-kata dalam lingkungan disiplin kewartawanannya.