Kekasih Diya...



Penulis   :  akuorgbiasa  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  EFFJay Resources
Bilangan Mukasurat : 4.13 MB (e-book)
Tarikh Terbitan : 2021
ISBN : 978-967-17537-6-7
Rating : 

 
       
 
 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 4 penulis hebat ni selepas Syarat yang ke 3, My Not-So-Perfect Sweetheart dan Ceritera Cinta Express     

Kekasih Diya, kisah dua jiwa yang terikat dengan ikatan pernikahan yang manis dan indah. Namun, kemanisan dan keindahan hidup bersama itu semakin pudar dan hilang ditelan waktu. 

Walaupun kisah Diya ni agak pendek je, tapi berjaya menyedarkan aku tentang erti syukur dan menghargai pasangan kita. Kadang-kadang kita hampir terlupa kelebihan dan kebaikan pasangan kita hanya kerana beberapa perkara yang buat kita marah dan tidak berpuas hati dengan pasangan kita. Dalam kelakar kisah diorang ni ada sinisnya. Banyak mutiara ilmu rumahtangga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah santai diorang ni. Sebuah karya yang sangat sesuai untuk dibaca oleh pasangan yang ingin bernikah ataupun yang sudah pun bernikah.

Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui. 

  
 
Sinopsis 

Diya dan Ikhwan sudah mendirikan rumah tangga berbelas tahun lamanya. Direzekikan tiga orang anak-anak yang banyak karenahnya. Si isteri punya cita-cita tinggi dan mahu yang terbaik dalam setiap perkara. Si suami, sejenis we-go-with-the-flow punya manusia.

Tiba satu masa, Diya mula rasa bosan dan letih dengan sikap si suami. Ikhwan yang dulu dipuja sejak berumur remaja, bukan lagi lelaki yang dirasakan mampu membahagiakan dirinya. Diya perlukan kekasih baru.

Apa hubungan perkahwinan itu akan sentiasa indah sehingga ke akhir hayat?

Apa kata-kata manis itu berhukum wajib antara suami-isteri?

Apa si suami atau isteri itu perlu ada setiap kali diseru pasangan?

Apa definisi keluarga dan rumah tangga bahagia sebenarnya?

Mampukah Ikhwan terus bertahan menjadi kekasih Diya hingga ke akhir hayat?

 

 

 ... lagu Sandarkan Pada Kenangan - Jamal Abdillah & Siti Sarah ...