Rindu Dalam Rahsia


 

Penulis   :  Siti Khadijah  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  SK Novelis
Bilangan Mukasurat : 1.85 mb (epub)
Tarikh Terbitan : 2012  
ISBN : 978-967-17291-0-6 
Rating : ★★





 
 
Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan untuk bedah siasat karya pertama penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Kisah Marha dan Amzar nampak macam cliche je, biasa-biasa aje pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Ini kisah bos dan setiausaha yang kena kahwin terpaksa sebab kena tangkap khalwat.

Cerita ini adalah remake daripada novel pertama penulis, Rindu Dalam Sepi.

Walaupun kisah diorang ni sering gaduh je dan padat dengan mainan emosi dan perasaan, tapi ada jugak mutiara ilmu rumahtangga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah romantis diorang ni.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui. 

 

Sinopsis

AMZAR MUKHRIZ. Seorang lelaki yang punya segalanya kecuali rasa cinta dalam hati. Baginya, ungkapan cinta itu sukar untuk diluahkan meskipun dia sudah memiliki teman istimewa secantik RATNA. Keegoan Amzar tercabar semenjak kemunculan seorang gadis yang berani melawannya. Bermula dari seorang pekerja, status itu tiba-tiba berubah gara-gara kejadian malam itu! 

“Aku setuju dengan pernikahan ni semata-mata kerana mama dan papa juga kerana maruah keluarga aku sendiri. Bukan disebabkan kau. Ingat, kalau ada sesiapa yang tahu tentang pernikahan ni, tahulah nasib kau!” - AMZAR MUKHRIZ.

AINUR MARHA. Apabila menyebut tentang cinta, telah lama dia berputus asa apabila kesetiaannya dirobek oleh tunang tersayang. Selepas keretakan hubungan itu, Marha nekad, tiada lagi cinta untuk mana-mana lelaki. Tetapi takdir berlaku sebaliknya. Tanpa mengetahui kesalahannya sendiri, dia harus menerima kebencian Amzar Mukhriz. Namun, dia bertekad. Hubungan yang sia-sia ini harus ditamatkan! 

“Tuan kena lepaskan saya kalau tuan tak nak dosa tuan bertambah. Tuan tak tahu betapa jahatnya saya. Tuan pernah cakap saya ni perempuan murah kan? Saya akan tunjukkan macam mana murahnya saya sampai tuan serik nak simpan isteri macam saya.”- AINUR MARHA. 

Tapi ikrar Amzar akhirnya memakan diri sendiri. Ketika hatinya mula mengenal erti cinta, Marha tekad dengan keputusannya. Kehadiran Naqib dan Rafiq menambahkan resah di hati Amzar. Mampukah hubungan yang terbina tanpa sengaja itu bertahan lama? Mungkinkah hubungan yang bermula kerana satu kesilapan akan terus bertahan? 

“Hentikanlah angan-angan kau untuk hidup bahagia. Aku takkan benarkan kau hidup bahagia dengan aku apatah lagi orang lain.” - AMZAR MUKHRIZ.

 

Cinta Dorayaki

 

Penulis   :  Izza Aripin    
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Karangkraf Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 585
Tarikh Terbitan : 2013  
ISBN :  978-983-124-877-5 
Rating :     
       
 
 

 

 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 2 penulis ni selepas  Segalanya Cinta. Sebenarnya aku memang sudah lama mencari buku ni, baru sekarang aku jumpa dan terus beli he he he.

Kisah Durrah dan Zharif ini biasa-biasa aje pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Durrah yang selalu ditinggalkan oleh suaminya seorang agen perisik yang penuh dengan tanda tanya dan aksi. Dari awal aku jadi tertanya-tanya apa kerja si Zharif ni selalu hilang jer...bila sampai ke beberapa bab yang terakhir barulah aku faham keseluruhan ceritanya alahaiii...

Semoga Cik Penulis akan terus menghasilkan karya yang dapat memberi manfaat kepada pembaca di masa akan datang ye. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 
 
 
Sinopsis   
  
“Alamak! Buku nota keramat aku tertinggal atas meja!”
“Jangan jadi gila, Durrah. Dah lewat ni. Tak hilangnya buku nota tu.”
“Tak boleh... penting. Itu nyawa aku!”

Malangnya buku nota keramat Durrah terlepas ke tangan Zharif sekali gus membuka ruang kepada lelaki itu untuk mendekati Durrah. Walau pelbagai halangan dicipta oleh Durrah, Zharif tetap tidak mengalah hingga akhirnya berjaya memiliki gadis itu. Hati Durrah bagai dilambung dan dilapah apabila Zharif sering saja menghilangkan diri. Berhari-hari sampai berbulan-bulan. Sibuk sangatkah menguruskan bisnes sampai tiada masa untuk isteri?

Emil pula tak segan silu menagih kasih Durrah walaupun wanita itu isteri sepupunya sendiri. Namun dialah tempat Durrah bergantung harap ketika Zharif hilang tanpa khabar berita. Antara Zharif dengan Emil, ada apa sebenarnya? Zharif tak marah Emil sukakan Durrah. Emil pula terang-terangan mengugut mahu merampas Durrah daripada Zharif. Durrah di tengah-tengah, tak tahu nak menangkan siapa.

Antara Lanun dengan Gajah, `Dorayaki’ nak pilih siapa?

 

 

 

My Not-So-Perfect Sweetheart

 

 

Penulis   :  akuorgbiasa  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  EffJay Resources
Bilangan Mukasurat : 4.11 mb (epub)
Tarikh Terbitan : 2021  
ISBN : 978-967-17537-4-3 
Rating :
★★





 
 
Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 2 penulis hebat ni selepas  Ceritera Cinta Express. Ini adalah sambungan kisah Ain dan Apit selepas mereka bernikah.

Kisah Ain dan Apit nampak macam cliche je, kisah rumah tangga orang yang baru nak belajar bercinta lepas kahwin dan terdera perasaan duduk serumah dengan mertua kerana bukan menantu pilihan mak mertua untuk anak lelaki tunggal kesayangannya. Inilah asam garam dan antara dugaan hidup serumah dengan mertua ye he he.

Walaupun kisah diorang ni agak pendek dan santai je, tapi berjaya mainkan emosi aku jugak. Dalam kelakar kisah diorang ni ada sinisnya. Banyak mutiara ilmu rumahtangga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah santai diorang ni. Sebuah karya yang sangat sempurna dan sesuai untuk dibaca oleh semua golongan.

Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui. 

 


 

Sinopsis

Dah menjadi lumrah alam, takkan ada rumah tangga yang sempurna dan dapat lari daripada dilanda badai.

Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Rumah tangga Apit dan Ain yang masih setahun jagung berantakan dek salah faham dan campur tangan pihak ketiga. Tak semena-mena, ceritera cinta ekspres yang membawa mereka ke ikatan pernikahan suci dipersoalkan.

“She’s not the perfect fit for you. Inilah akibatnya bila bercampur dengan orang tak sekufu!”-Pihak ketiga

“The only solution for this is kita bercerai. Anggap je jodoh kita tak panjang. Agaknya sebab permulaan cerita kita pun terlalu ekspres.”-Ain

“She is not the perfect one for me, but she’s the best for me..”-Apit

 

 

*sambungan kisah "Ceritera Cinta Ekspres"

 

 

 ... lagu Takdir Tercipta - Hafiz &  Adira ...