Penulis : Noor Suraya & Imaen
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 695
Tarikh Terbitan : 2014
ISBN : 978-967-0757-01-8
Rating : ★★★★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya penulis favourite aku ni. Di dalam buku ni terkandung 44 antologi cerpen pelbagai penulis JS Adiwarna.
Datangnya tidak dapat ditunda, boleh berlaku di mana sahaja, pada bila-bila masa sahaja dan di mana jua. Orang yang bijak adalah mereka yang mendahulukan Tuhan dalam memilih cintanya. Semoga cinta yang kita pilih adalah cinta yang diredhai oleh Allah SWT.
Walaupun semua cerita dalam buku ini agak pendek je. Namun setiap cerita pasti meninggalkan suatu rasa dihati seolah-olah aku adalah watak dalam cerita itu dan berjaya menyentuh hati dan perasaanku.
Semoga kisah-kisah ini dapat dijadikan inspirasi, teladan dan memberi pengajaran kepada semua pembaca di luar sana.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
T.E.R.B.A.I.K.
Sinopsis
Cinta pertama itu
seumpama sebutir bintang suraya di langit.Kadang-kadang ia muncul dan
kadang-kadang ia bersembunyi di sebalik awan.
Berkata tentang
cinta pertama, hati terasa manis jadinya pabila kasih tersimpul bawa
bahagia. Namun benarkah cinta pertama itu, kisahnya pasti menempah jaya?
Ramai pula yang bertanya,
Cinta pertama itu indahnya seperti apa?
Cinta pertama itu untuk siapa?
Cinta pertama itu kekalnya sehingga bila?
Begini jawabnya,
Sungguhkah tuan membeli jerami?
Kalau sungguh mana diannya?
Sungguhkah tuan cintakan kami?
Kalau sungguh mana tandanya?
Antologi
Cerpen Adiwarna ini menghimpunkan kisah cinta dari 44 orang penulis.
Cerita yang manis dan penulisan jujur ini terpancar baik daripada mereka
yang pertama kali menulis mahupun mereka yang sudah sedia ada nama.
Ceritanya tentulah pelbagai, tetapi yang menyatukan mereka dalam naskah
ini ialah sebuah cerita untuk dikenang. Jadi usah peduli bagaimana
mulanya cinta pertama itu, yang penting bagaimana ia dinoktahkan.
Aduhai,
dengarlah mereka berbicara tentang kisahnya.Dan benarkah cinta pertama
itu hadir sekali seumur hidup, atau ia datang berkali-kali sepanjang
hayat? Carilah jawapannya dalam naskah ini ya..
Mungkinkah, kisah cinta pertama ini hampir sama dengan kisah anda?
Bacalah antologi yang memikat ini. ~ Noor Suraya