Cabaran Dakwah 25 Rasul


 



Penulis   :  Mohamed Sabir Jamaludin
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Da'wah (Islam) Prophets
Penerbit  :  Aras Mega (M) Sdn Bhd 

Bilangan Mukasurat : 367   
Tarikh Terbitan : 2018
ISBN : 978-967-2152-87-3   
Rating : 
★★




 
Ulasan :


الحَمْد لله dengan izinNYA dapat aku baca karya pertama penulis hebat ini.


Pendapat peribadi, buku ini boleh dibaca oleh semua golongan kerana gaya bahasa yang digunakan ringkas, padat dan mudah untuk difahami. Mengandungi kisah cabaran dakwah dan perjuangan yang telah dilalui oleh 25 rasul iaitu bermula dengan Nabi Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh, Ibrahim, Luth, Ismail, Ishak, Yaakub, Yusuf, Ayyub, Syu'aib, Musa, Harun, Dzulkifli, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa', Yunus, Zakaria, Yahya, Isa sehingga nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW seperti yang terdapat dalam al-Quran. 

Bacalah, banyak maklumat yang dapat kita ketahui tentang bagaimana susah payah para Rasul mengajak manusia ke jalan ALLAH dengan segala kepayahan dan kesabaran.  

Semoga segala isi buku ini dapat kita jadikan sebagai panduan dan ikhtibar untuk kita semua dalam menghadapi dunia dakwah yang semakin mencabar dewasa ini. Dan semoga penulis sentiasa dalam rahmat dan lindungan ALLAH swt. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.




 T.E.R.B.A.I.K.



 
Sinopsis
 

Buku CABARAN DAKWAH 25 RASUL ini ditulis sebagai satu pendekatan kepada masyarakat dalam menghayati kisah-kisah cabaran yang dilalui oleh 25 rasul yang wajib diketahui bermula dari kisah Nabi Adam sehinggalah nabi yang terakhir, Nabi Muhammad S.A.W.

Gaya penulisan yang ringkas dan padat membantu para pembaca untuk lebih mudah memahami setiap intipati yang cuba disampaikan oleh penulis.

Tambahan pula, penulis mengambil al-Quran sebagai sumber rujukan yang utama bagi mengelakkan percampuran kisah-kisah israilliyat yang melampau dalam kisah para rasul.



... Lagu 25 Rasul - Alif & Sofia ...