Pemusnah Hati


 

 

Penulis   :  Siti Khadijah
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Siti Khadijah 

Bilangan Mukasurat : 2.34 MB (ebook)
Tarikh Terbitan : Apr 2022
Rating :

 

 

 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 2 penulis ini selepas Rindu Dalam Rahsia. Tertarik untuk cari dan baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan.

Kisah Aisy dan Umar aka Qartal ni memang mencabar kesabaranku nak tahu kesudahan kisah Aisy yang kena culik dengan samseng ni dan teruja nak tahu siapa Qartal ni yang sebenarnya.

Tak sangka aku si penculik Qartal yang ala-ala brutal dan macam ais beku ni ada hati dan perasaan dan cair jugak akhirnya boleh bertukar jadi mat jiwang tuh.

Kisah diorang ni biasa-biasa aje pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Tapi berjaya jugak menarik aku untuk layan hingga ke akhir muka surat. 

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca di luar sana ya.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 

Sinopsis

 


"Ada ke dalam dunia ni orang yang kena culik, boleh jatuh suka pada penculik? Mengarut, kan? Aku dah mula sukakan kau, Qartal." -AISY RAISYA.

"Jangan pernah berharap yang aku ni baik. Kau tak kenal siapa aku yang sebenarnya. Nanti kau akan menyesal! Kita berdua tak boleh jadi kawan ataupun musuh. Lepas keluar dari hutan ni, kau ikut haluan kau dan aku, ikut haluan aku. Anggap saja kita tak pernah berjumpa!" - QARTAL.

"Kalau awak perlukan teman untuk ketawa, saya ada. Kalau awak perlukan telinga untuk ceritakan masalah, saya ada. Kalau awak perlukan orang untuk hilangkan kesedihan awak, saya ada! Tak perlulah awak cari orang lain!" - UMAR FARUQ.

 

 

... lagu Sembunyi - Misha Omar ft Andy Flop Poppy ...

 




 

 


Antologi Cerpen Yang Manis Rumah Cinta


 

 

Penyunting   :  Noor Suraya   
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  : 
Manes Wordworks
Bilangan Mukasurat : 408
Tarikh Terbitan : Apr 2023  
ISBN :  978-629-97848-3-8
Rating :

 

 

 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 15 penulis dan penyunting hebat ini.

Ya aku setuju dengan Cikgu Suraya, Rumah Cinta ini adalah himpunan cerita yang manis-manis dan menyentuh hati; serta tempat cerita-cerita duka berlabuh.

Setiap cerita pasti meninggalkan suatu rasa dihatiku ini, seolah-olah aku adalah watak dalam cerita itu dan berjaya menyentuh hati dan perasaanku.

Semoga kisah-kisah ini dapat dijadikan inspirasi, teladan dan pengajaran kepada semua pembaca di luar sana ya.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

Sinopsis

 


30 Penulis, 30 Cerita.

Rumah Cinta - sebuah ikatan kerjasama antara dua buah rumah penerbitan : Jemari Seni Publishing dengan Manes Wordworks. Koleksi cerpen yang terpilih dalam antologi ini ialah hasil saringan antaa penulis-penulis JS (Jemari Seni dan Adiwarna), alumni  Antologi cerpen Adiwarna (ACA) serta Antoogi Cerpen Fiksyen & Fantasi Adiwarna (ASFA) dan tentunya penulis-penulis Manes Workworks.

Selamat membaca dengan kasih sayang.


1. 30 Hari dengan Dia ~ Yumi Hyra

2. Ada Apa dengan Kita ~ Misa Faizal

3. Aisyah dan Muhammad ~ Ruby Hazri

4. Baitul Amna ~ Ijazati Habib 💝

5. Bukan Laila Majnun ~ Ika Madera 💝

6. Cinta Lama ~ Fairuz Zainal

7. Cucu-cucu Tok We Ahmad ~ Mimrayamim

8. Dini dan Diari ~ Ika4May

9. Doktor Romantik, Wan Shauqeen ~ BidayatulH

10. Gadis Tanpa Rumah ~ Siti Kamilah

11. Hikayat Hati Arjuna ~ Awra Jauhara

12. Ibu Yang Berdoa ~ Kamalia

13. Ikhlas Dan Cinta ~ Broleecomel

14. Kamu yang Manis! ~ Akyelrahim

15. Ku-Pi-Ha-Na ~ Shirod Shukri 💝

16. Memetik Rindu di Pantai Iztuzu ~ Aishah Madadiy

17. Menanti di Rumah Kesyukuran ~ Rhea

18. Pada Suatu Malam ~ Zinnita

19. Pertanyaan yang Melompat dari Kepala ~ AttOkz Dikulgai

20. Rumah Hujung Lorong ~ Nurfizkkmi

21. Ruang Nyaman ~ Asunnaraa 💝

22. Rumah, Rumah ~ Ainulfarihah

23. Sebiru Langit Kita ~ Ain Sabrina 💝

24. Semanis Espreso ~ Syasyaja 💝

25. Surat-surat Untuk Juita ~ Pingu Toha

26. Tamadun Cinta ~ Nashmin

27. Teluki Ungu ~ Hiznawa 💝

28. TeSa Haus ~ Deia 💝

29. Testimonial untuk Nina ~ Safirah Salim 💝

30. Zulfa! Oh, Zulfa! ~ Xenia Zidane 💝



... lagu Cinta - Misha Omar & Jaclyn Victor ...

 


 

 
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...