Kau Buat Semuanya Sempurna


 

Penulis   :  Ateen Khalid  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Rinsya Chasiani
Bilangan Mukasurat : 1.23 MB (e-book)
Tarikh Terbitan : Dis 2021
ISBN : 978-967-28131-5-6
Rating : 

 
       
 
 
 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan untuk bedah siasat karya pertama penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Kisah Ana dan Dean ni biasa-biasa aje pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Walaupun kisah mereka ni agak pendek dan santai je, namun setiap baris ayat dan watak-watak dalam karya ini penuh dengan kata-kata yang boleh menaikkan semula semangat motivasi diri dan membangkitkan kita ketika jatuh atau kecewa dengan kehidupan. Ada pengajaran yang boleh kita ambil melalui kisah diorang ni.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye.  

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.


 
 
 
Sinopsis 

Kerana kasihnya, Ayana mahu membela Anim, si kakak dari cengkaman suami umpama biawak hidup, Nazim. Namun kerana silap percaturan, maruahnya hampir tergadai oleh abang ipar. Namun, yang lebih memeritkan, dia dituduh mahu merampas lelaki itu.

Menemui Nadean Firhad tanpa sengaja, Ayana disuntik rasa berani. Anehnya, lelaki yang dia tidak kenali, menyentuh hati Ayana, membuat Ayana berani untuk mengambil langkah demi berubah.

Dean, lelaki itu sangat melindungi ...

Adakah cinta yang Dean rasa?

Atau cuma kasihan yang menepuk jiwa?

Dan berjayakah Ayana membuka hati Dean yang menyimpan seribu rahsia?

" Jika awak tak melangkah, sampai bila-bila awak takkan boleh ubah." 

 

... lagu Fight - Rachel Platten ..

 



 ... lagu Gemilang - Ella ..

 

 



 

 

Kekasih Diya...



Penulis   :  akuorgbiasa  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  EFFJay Resources
Bilangan Mukasurat : 4.13 MB (e-book)
Tarikh Terbitan : 2021
ISBN : 978-967-17537-6-7
Rating : 

 
       
 
 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 4 penulis hebat ni selepas Syarat yang ke 3, My Not-So-Perfect Sweetheart dan Ceritera Cinta Express     

Kekasih Diya, kisah dua jiwa yang terikat dengan ikatan pernikahan yang manis dan indah. Namun, kemanisan dan keindahan hidup bersama itu semakin pudar dan hilang ditelan waktu. 

Walaupun kisah Diya ni agak pendek je, tapi berjaya menyedarkan aku tentang erti syukur dan menghargai pasangan kita. Kadang-kadang kita hampir terlupa kelebihan dan kebaikan pasangan kita hanya kerana beberapa perkara yang buat kita marah dan tidak berpuas hati dengan pasangan kita. Dalam kelakar kisah diorang ni ada sinisnya. Banyak mutiara ilmu rumahtangga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah santai diorang ni. Sebuah karya yang sangat sesuai untuk dibaca oleh pasangan yang ingin bernikah ataupun yang sudah pun bernikah.

Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui. 

  
 
Sinopsis 

Diya dan Ikhwan sudah mendirikan rumah tangga berbelas tahun lamanya. Direzekikan tiga orang anak-anak yang banyak karenahnya. Si isteri punya cita-cita tinggi dan mahu yang terbaik dalam setiap perkara. Si suami, sejenis we-go-with-the-flow punya manusia.

Tiba satu masa, Diya mula rasa bosan dan letih dengan sikap si suami. Ikhwan yang dulu dipuja sejak berumur remaja, bukan lagi lelaki yang dirasakan mampu membahagiakan dirinya. Diya perlukan kekasih baru.

Apa hubungan perkahwinan itu akan sentiasa indah sehingga ke akhir hayat?

Apa kata-kata manis itu berhukum wajib antara suami-isteri?

Apa si suami atau isteri itu perlu ada setiap kali diseru pasangan?

Apa definisi keluarga dan rumah tangga bahagia sebenarnya?

Mampukah Ikhwan terus bertahan menjadi kekasih Diya hingga ke akhir hayat?

 

 

 ... lagu Sandarkan Pada Kenangan - Jamal Abdillah & Siti Sarah ...

 


 


 

 

Saat Aku Berpaling


 

Penulis   :  Adry Tihani  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Kaseh Aries Publication
Bilangan Mukasurat : 2.00 MB (e-book)
Tarikh Terbitan : 2020
ISBN : 978-967-13888-8-4
Rating : 

 
       
 
 
 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan untuk bedah siasat karya pertama penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.
 
Satu lagi kisah anak yang tidak sah taraf atau anak luar nikah yang memang terjadi di luar sana. Tahukah kita anak tidak sah taraf ialah anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol. Anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak berkenaan. Oleh itu, mereka tidak boleh menerima harta pusaka, tidak boleh menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.

Kisah Nadhirah anak yang tidak sah taraf ini memang berjaya merobek perasaanku, menyentap tangkai hati ini dan buat aku 'cembeng' lagi. Sungguh berat ujian dan takdir yang terpaksa ditanggung sendirian oleh Nadhirah sebelum dan selepas kematian emak kandungnya sendiri. Kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Setelah diambil papanya tinggal bersama ibu tiri, abang-abang dan kakak tiri, hidupnya lebih terseksa, dikurung dan dihina. 

Kehadirannya tidak diterima dan tidak dipedulikan. Hanya setelah mengetahui rahsia sebenar lelaki yang di harap menjadi tempat menumpang kasih sebagai bapa dan pelindung, rupanya adalah orang telah menodai dan memusnahkan hidup ibu kandung sendiri. Perasaan sayang dan hormat Nadhirah kepada papanya terus lenyap dan berubah menjadi pendendam untuk menghancurkan keluarga tirinya.

Semoga kisah pilu Nadhirah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi pengajaran buat kita semua. Ucapan terima kasih dan tahniah kepada penulis karya hebat ini kerana telah berkongsi suatu kisah yang mampu menyedarkan dan buat pembaca muhasabah diri. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 T.E.R.B.A.I.K.

 
Sinopsis 

"Give me some money and i let her go." -Johan

"Kill her Johan. Do you really think that i would care?" -Natrah

Hidup Nadhirah umpama neraka. Sejak kecil menjadi hamba pada takdir yang nyata enggan menyebelahinya. Saat dunianya terasa gelap, muncul insan-insan baharu yang membawa seribu satu episod baru dalam hidupnya.

Keluarga Tan Sri Malik merupakan antara yang paling meninggalkan kesan dalam hidup Nadhirah. Ada yang menghadiahkan senyuman, Ada yang menghamburkan luka malah ada yang meranapkan harapan.

Segala yang terjadi berputar mengelilingi satu titik yang sama. Setelah begitu lama hidup tersiksa akhirnya rahsia yang merantai dirinya terbongkar jua. Nadhirah kecewa. Setelah berkali-kali terluka, dia tekad. Nadhirah mula berdendam. Setiap seorang yang pernah melukainya bakal membayar hutang mereka padanya.

Berjayakah Nadhirah dengan rancangannya? Bagaimana pula kisah cinta yang tersepit ditengah-tengah badai dendam ini antara Nadhirah dan Faliq? Berjayakah Faliq mendapatkan Nadhirah semula? Nantikan...

 

... lagu Flora Cinta - Min Malik ...

 

   

 ... lagu Belaian Jiwa - Carefree ...

 

 

 ... lagu Tiada Dirimu - Shiela Amzah ...