Anugerah Teragung Dari Tuhan

 

Penulis   :  Ainul Farihah/Nur Afirah
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  AQADA International
Bilangan Mukasurat : 392
Tarikh Terbitan : April 2017
Rating :
★★
 
 
 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izin-NYA, aku berjaya habis baca buku ni walaupun terlalu agak lama buku ni tersadai atas meja. Ini adalah buku keempat selepas Vehaen : Satu Cerita, Vehaen II : Rifat dan Lilin.

Kisah tentang perubahan atau penghijrahan seorang budak sekolah menengah bernama Amrullah Khairi ini memang penuh pengajaran berguna buat adik-adik yang masih bersekolah. Para ibu bapa juga patut baca buku ni tau sebab banyak perkara yang boleh dipelajari dan dijadikan sebagai teladan. Kadang-kadang ibu bapa juga terlepas pandang akan isu seperti ni. Penulis berjaya menarik aku ke dalam dasar cerita dan menjiwai watak utama dalam cerita ni. Memang seronok dan teruja sekali membaca karya ini dari awal hingga akhir muka surat. Banyak mutiara ilmu berguna yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah ini.

Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan teladan buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
 

   '...dan ku tahu tiap yang terbaik untukku tak semuanya yang ku mahu ...' 


T.E.R.B.A.I.K.



Sinopsis

Anugerah Teragung Dari Tuhan mengisahkan tentang Amrullah Khairi yang merupakan seorang pelajar tingkatan empat berhadapan dengan sifat rebelnya.

Gara-gara terkilan dengan rakan baik sendiri, Imran, yang juga merupakan taiko ganster namun telah berhijrah, pergaduhan dahsyat tercetus antara mereka sehingga kedua-duanya tidak dibenarkan menyambung pelajaran di sekolah tersebut pada tahun berikutnya (tingkatan 4). Kesannya, Imran ke juvana buat masa yang singkat, manakala Amrullah Khairi patah riuk tulangnya akibat pergaduhan tersebut.

Amrullah Khairi berontak habis-habisan bila ayah masukkannya ke sebuah sekolah agama dekat dengan kampung. Satu, sebab dia ada konflik dalaman dengan ayah sejak keluarganya semua tinggal di UK. Kedua, sebab sekolah tu sekolah agama yang aneh.

Semua tu buat dia rasa macam parasit dalam kalangan himpunan "malaikat" dalam sekolah tersebut. Dia jadi lega bila bertemu Anas Fattah and the gang, sekepala jadi budak nakal dalam sekolah. Digeruni dan established. Pun begitu, dia mulai rasa hatinya ada ruang kosong walaupun rasa macam gengnya itu memberi suasana lama macam di sekolah dulu.

Jiwa Amrullah Khairi jadi kacau, antara memilih untuk berada dalam kelompok kehidupan lamanya atau mulai terima kehidupan baru yang lebih baik. Sehinggalah Anas Fattah and the gang digantung sekolah, barulah rakan-rakan lain termasuk naqib usrah Amrullah Khairi ada kesempatan untuk mendekatinya.

Qa'id pula merupakan seorang pelajar yang tidak putus asa untuk mendekati Amrullah Khairi. Di mata Qaid, Amrullah itu ibarat logam, logam yang pernah disebut dalam hadis nabi. Berkat usaha Qaid dan rakan-rakan, Amrullah Khairi sedikit sebanyak berjaya menyesuaikan diri dengan kehidupan di sekolah baru itu. Hati yang kosong sikit-sikit mulai terasa diisi dengan... bahagia.

Sehinggalah Anas Fattah and the gang kembali ke sekolah, Amrullah Khairi dikhuatiri terperangkap dalam dilema untuk memilih kehidupan jahiliahnya atau hijrahnya. Kerana teringatkan Imran, Amrullah Khairi tahu sakitnya terkilan ditinggalkan terpinga-pinga dalam jahiliah.

ATDT menyaksikan kesungguhan Amrullah Khairi menempuh detik-detik hijrah yang tidak mudah dan kesungguhan Qaid meyakini setiap pendosa perlu diberi peluang yang sama. 
 

ATDT adalah tentang aunugerah teragung dari Tuhan buat manusia; anugerah hati, ketenangan, iman, hidayah & hijrah, dakwah & tarbiyah, persahabatan & kekeluargaan, serta taaruf yang takkan pernah ada penghujung.

Juga naskhah ini mempamerkan bahawa setiap manusia itu ada cara berbeza untuk disentuh hatinya.

"Sistem adalah sistem (rigid). Tapi yang menggerakkan sistem itu manusia, dan manusia itu ada hati"

 

... Lagu Segalanya MilikMU - Mestica ...

 Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan


Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan


Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu


Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
 

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan 

 

... Lagu Selamat Berjuang - Brothers ...

 




 

 

 

Kontra Yang Menyatukan


 

 

Penulis   :  Maya Iris  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penulisan2u
Bilangan Mukasurat :  545
Tarikh Terbitan : April 2019  
ISBN :   978-967-2102-84-7
Rating : 
★★
       
 
 

 

Ulasan :
 

  الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 7 penulis favourite aku ni selepas Mahar Cinta Cinderella, Konspirasi Suami, Kuseru Namamu Kekasih, Fugitif, Curahan Cinta Niagara
dan Plasma.

Sebenarnya aku beli buku ni secara terus dari penulis tau. Tertarik selepas baca sinopsis di belakang novel. Kisah dua bangsa dan dua fahaman yang berbeza, Islam dan Yahudi. 

Pepatah orang putih ada mengatakan 'Don't judge a book by its cover' memang kena dengan jalan cerita ni. Selepas baca kisah Darrel ni baru aku faham bangsa Yahudi ni bukan semuanya jahat seperti yang kita dengar dan lihat di kaca televisyen tu. Judaism ialah agama asal yang dianuti oleh orang Yahudi. Zionis ialah fahaman politik. Israel ialah negara haram yang ditubuhkan oleh Zionis untuk orang Yahudi.

Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah ini. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan teladan buat semua pembaca diluar sana. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.  

 
Sinopsis   
  

Puting beliung yang melanda Nebraska bukan sahaja telah memusnahkan ladang Darrel Hayes, tetapi telah membuatkan hidup Azalea Huda tunggang-langgang. Di celah deretan tanaman ladang yang dapat diselamatkan itu, Azalea berkenalan dengan Darrel, si peladang gagah. Namun, di antara Darrel dan Azalea, tiada langsung persamaan.

Azalea seorang Melayu Islam.
Darrel seorang Yahudi beragama Judaism.
Azalea tidak pernah bercinta.
Darrel seorang kasanova.
Azalea tidak suka mengambil hak orang lain.
Darrel pula menjadikan mencuri sebagai pekerjaan keduanya.

Manisnya mulut si peladang bermain kata membuatkan Azalea sanggup mengenepikan sisi gelap si pencuri licik. Dia tahu perbezaan mereka yang terlalu ketara akan menjadi penghalang, namun yang kontra itulah menjadi tarikan.

“Kau tahu tak, Azalea ialah sejenis bunga yang beracun? Madu dari bunga Azalea dipanggil ‘mad honey’. Aku nak panggil kau apa ni? ‘Honey’, boleh?” - Darrel Hayes

“Kawan-kawan panggil Leia. Macam Princess Leia dalam Star Wars.” - Azalea Huda.

Ketika hubungan mereka semakin mesra, Darrel menerima tugasan mencuri satu artifak dari muzium di Istanbul. Artifak itu dipercayai mampu menguatkan lagi kepercayaan Darrel terhadap agama nenek moyangnya. Leia pulang ke Malaysia dengan harapan yang berkecai kerana gagal menghalang Darrel. Mereka terpisah dan Darrel hilang dari radar.

Kemunculan Darrel kali kedua seperti puting beliung yang membolak-balikkan perasaan Leia. Darrel mahu Leia kembali kepadanya. Tapi Leia sudah memakai cincin pertunangan Amin Zafri. Namun bagi Darrel, tidak ada bezanya mencuri barang muzium dengan mencuri hati seorang wanita dari tunangannya.

“Eh! Kau ni siapa? Tiba-tiba datang nak rampas tunang orang.” - Amin Zafri

“Kalau orang ketiga itu perempuan, kita gelar dia perampas. Tapi kalau orang ketiga itu lelaki, kita kata dia seorang pencuri profesional.” - Darrel Hayes

Semudah itukah Zafri melepaskan Leia, setelah lima tahun dia cuba memiliki gadis itu?

Benarkah mencuri secebis hati milik gadis yang sudah ada tuannya lebih mudah dari mencuri artifak dari muzium?

Apa yang terkandung di dalam artifak itu, sehinggakan Darrel sanggup mengenepikan Leia?

Di sebalik semua kontra yang wujud di antara mereka, bolehkah Darrel dan Leia akhirnya bersatu?

 

... lagu You're My Everything - Santa Esmeralda ...
 
 

 
 
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...