“ The more that you read, the more things you will know. The more that you learn, the more places you'll go.” ― Dr. Seuss
Madinah Munawwarah Kelebihan dan Sejarah
Penulis : Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Sejarah / History
Penerbit : Telaga Biru
Bilangan Mukasurat :
Tarikh Terbitan :
ISBN :
Rating : ★★★★★
Ulasan :
Subhanallah. Setinggi-tinggi penghargaanku dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penulis hebat ini kerana atas usahanya mengumpulkan semua maklumat yang amat bermakna untuk semua umat Islam terutamanya untuk mereka yang ingin menunaikan umrah atau haji. Banyak ilmu dan maklumat berguna yang aku perolehi setelah membacanya. Hanya Allah yang dapat membalas segala usaha penulis dan mereka yang terlibat dalam penerbitan buku ini. Highly Recommended Book. Diharap dengan membaca buku ini dapat membantu para pembaca budiman mengetahui dengan lebih terperinci tentang sejarah Madinah dan akan menyemarakkan lagi semangat dalam beribadah.
Makkah al-Mukarramah : Kelebihan & Sejarah
Penulis : Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Sejarah / History
Penerbit : Telaga Biru
Bilangan Mukasurat : 228
Tarikh Terbitan : 2008
ISBN : 978-967-5102-07-3
Rating : ★★★★★
Ulasan :
Subhanallah.
Setinggi-tinggi penghargaanku dan ucapan terima kasih yang
tidak terhingga kepada penulis hebat ini kerana atas usahanya mengumpulkan semua maklumat yang amat bermakna untuk semua umat Islam terutamanya untuk mereka yang ingin menunaikan umrah atau haji. Banyak
ilmu
dan maklumat berguna yang aku perolehi setelah membacanya. Hanya Allah yang dapat membalas segala usaha penulis dan mereka yang terlibat dalam penerbitan buku ini. Highly Recommended Book. Diharap dengan membaca buku ini dapat membantu para pembaca budiman mengetahui dengan lebih terperinci tentang sejarah Makkah dan akan menyemarakkan lagi semangat dalam beribadah.

Perang Salib
Penulis : Abdul Latip Talib
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Sejarah / History
Penerbit : PTS
Bilangan Mukasurat :
Tarikh Terbitan :
ISBN :
Rating : ★★★★★
Ulasan :
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar !!!
Banyak maklumat berguna yang dapat kupelajari setelah baca buku ini.Ya, sedarlah saudara-saudaraku sekalian, marilah kita semua bersatu dan berjihad dengan nama ALLAH.
Perang Arab Israel : Selagi Belum Kiamat
Penulis : Sabaruddin Hussein
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Sejarah / History
Penerbit : PTS
Bilangan Mukasurat :
Tarikh Terbitan :
ISBN :
Rating : ★★★★★
Ulasan :
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar !!!
Banyak maklumat berguna yang dapat kupelajari setelah baca buku ini. Kini baru kufahami mengapa terjadi semua ini. Harapanku semoga umat Islam di seluruh dunia dapat bersatu dan memeranginya. Wallahuallam.
Tanpamu Di sisi
Penulis : Rabihah Nur Ridhuan
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Buku Prima
Bilangan Mukasurat : 454
Tarikh Terbitan : 2010
ISBN : 978-967-5489-39-6
Rating : ★★★★★
Ulasan :
Pertama kali meneroka karya penulis yang baharu sahaja aku kenali ini, ternyata membaca setiap baris ayat dari karya ini memang membuatkan aku sebak dan pilu. Satu lagi kisah realiti kehidupan yang sungguh menyentuh hati dan perasaanku.
Memang benar cinta itu tidak memerlukan kita bertentang mata. Cukup hanya dengan kata-kata, hati wanita akan tersentuh jua. Begitulah episod cinta Zukhrina Syamimi dan Iqmal Danish bermula. Cinta yang bermula di alam cyber membuatkan Zukhrina yang masih menuntut di tahun akhir di Universiti Malaya terpaksa menanggung aib setelah mereka di tangkap khalwat dan terpaksa bernikah. Lebih menyedihkan lagi, Zukhrina telah dibenci dan dibuang jauh dari keluarganya dan Danish berubah menjadi seorang yang panas baran, merahsiakan pernikahan mereka dari pengetahuan keluarganya dan tidak memperdulikan hati dan perasaan Zukhrina sebagai isteri.
Malah di mata Danish, Zukhrina di anggap sebagai beban yang terpaksa ditanggungnya. Zukhrina hanya sempat menikmati alam rumah tangga buat beberapa bulan sahaja apabila Danish meninggalkannya tanpa khabar berita dan terpaksa keluar dari rumah sewa.

Namun setelah lima tahun dia berhempas pulas membina kehidupan baru dan membina kerjaya sebagai seorang guru di sekolah anak saudara Danish, tiba-tiba Danish muncul dalam hidupnya, memujuk rayu dan menagih cintanya semula. Perlukah dia mengalah pada lelaki yang pernah menabur duri dalam setiap langkahnya dahulu?
Untuk mengetahui bagaimana kesudahan kisah ini, cuba dapatkan karya ini. Hayati dan selami maksud yang tersirat di sebalik kisah kasih sayang yang sungguh syahdu ini.
Apa yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya-upaya menyelesaikan masalah itu. Sentiasa dekatkan diri dengan Allah dengan cara mempelajari ilmu agama dan al-Quran. Cintailah Allah yang paling utama, nescaya Allah akan menjaga cinta sesama manusia. Sebagai seorang insan biasa kita tidak lari dari melakukan kesilapan. Ini kerana manusia diciptakan sebagai makhluk yang sangat lemah. Kita hanya mampu menghadapi semua itu dengan baik apabila kita bertawakal kepada Allah. Percaya sepenuhnya kepada perlindungan-Nya. Maka kita akan memperolehi kekuatan untuk memperbetulkan kesilapan kita dan seterusnya membina kehidupan yang lebih gemilang. Sentiasa cuba memberi peluang kedua, memaafkan diri sendiri dan insan yang paling hampir dengan kita walau bagaimana benci dan hebatnya kita telah dilukai sebelum ini kerana sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah. Gunakanlah kesilapan lalu untuk membina kehidupan yang lebih gemilang di masa hadapan.
Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada penulis ini kerana telah berjaya menghasilkan karya yang sungguh terkesan dihati sehingga menggetarkan seluruh jiwa ragaku malah boleh dijadikan iktibar dan pengajaran buat para pembaca. Membaca buku ini dengan deraian air mata membuatkan aku lebih menginsafi diri ini yang terkadang tersasar jauh dari-Nya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani hamba-Nya. Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha.
Hayati mutiara indah yang ditulis di dalam karya hebat ini :-
Nabi Muhammad SAW bersabda,
Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara :
Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara :
Hidupmu sebelum matimu,
Sihatmu sebelum sakitmu,
Masa lapangmu sebelum masa sibukmu,
Mudamu sebelum tuamu
dan kayamu sebelum miskinmu
Ada pepatah mengatakan...
"...We can't direct the wind but we can adjust our sail..."
"...A failure is the opportunity to begin more pricely..."
Firman Allah SWT
"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan
ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu
Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya ~ (Surah Al-Baqarah : 216)"
"...Isteri bukan untuk dizalimi dan bukan juga untuk diperhambakan. Tanpa wanita, hati dan perasaan lelaki akan resah. Kerana adanya wanita, barulah lengkap hidup seorang lelaki. Lelaki perlukan wanita untuk dijadikan seorang isteri. Kerana adanya wanita, seorang lelaki dilahirkan oleh seseorang yang dipanggil ibu..."
"...setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah yang terlindung. Di sebalik keperitan yang ditanggung akan merapatkan lagi sesuatu hubungan ..."
...lagu Tanpa Bahasa - Afgan yang ku gambarkan luahan rasa hati Zukhrina ...
"...Isteri bukan untuk dizalimi dan bukan juga untuk diperhambakan. Tanpa wanita, hati dan perasaan lelaki akan resah. Kerana adanya wanita, barulah lengkap hidup seorang lelaki. Lelaki perlukan wanita untuk dijadikan seorang isteri. Kerana adanya wanita, seorang lelaki dilahirkan oleh seseorang yang dipanggil ibu..."
"...setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah yang terlindung. Di sebalik keperitan yang ditanggung akan merapatkan lagi sesuatu hubungan ..."
...lagu Tanpa Bahasa - Afgan yang ku gambarkan luahan rasa hati Zukhrina ...
...ini pula lagu Kemaafan Dendam Yang Terindah - Aishah yang ku gambarkan luahan rasa hati Danish dan Zukhrina ...
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ... Rabihah Nur Ridhuan
Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul
Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Love - Religous life - Islam
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 88
Tarikh Terbitan : May 2012
ISBN : 978-967-5102-40-0
Rating : ★★★★★
Ulasan :
Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin-NYA sekali lagi aku telah diberi kesempatan dan terpanggil untuk membaca dan menghayati karya kedua penulis hebat ini. Karya hebat ini mengisahkan tentang Qaniah, seorang gadis yang amat berhati-hati dalam memilih pasangan hidupnya. Qaniah mengambil Rasulullah SAW sebagai contoh suami terbaik dalam sebuah rumah tangga. Dengan keazaman dan kesungguhannya itu, Qaniah akhirnya telah berjaya dipertemukan dengan PEMILIK CINTANYA, Setelah ALLAH dan RASUL iaitu seorang suami yang sering mencontohi peribadi Rasulullah SAW dalam kehidupannya.
Subhanallah.
Setinggi-tinggi penghargaanku dan ucapan terima kasih yang
tidak terhingga kepada penulis hebat ini kerana telah berkongsi ilmu dan
berjaya menghasilkan bingkisan yang cukup lengkap dan sempurna tidak kira untuk gadis remaja, wanita, isteri, ibu, lelaki bujang, suami atau ayah. Banyak
ilmu dan maklumat berguna yang aku perolehi setelah membaca bingkisan cinta ini. Pendapat peribadi aku, karya ini antara bingkisan penulis yang memberi kesan yang amat mendalam dalam jiwa aku. Alhamdulillah, walaupun buku ini agak nipis tetapi penuh dengan panduan, nasihat dan kisah buat para isteri memuliakan suaminya. Juga sebagai penghargaan buat para suami yang membahagiakan isterinya. Highly Recommended Book. PERFECT - bagaimana menikmati cinta halal.
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
" Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertakwa. " ~ (Surah al-Furqan 25 :74 )
' Sesiapa saja yang menikahi wanita bukan kerana hal lain, kecuali agar pandangan matanya dapat dikekang, dan kemaluannya terpelihara atau untuk tujuan menyambung tali silaturahim, maka Allah akan memberkati pernikahannya dengan wanita itu dan wanita itu beroleh berkat pula kerana dipersunting olehnya '
"... Kita sekarang kekurangan Muslim sejati. Umat ini kelihatan ramai tapi sikit kekuatan. Umat ini nampak kaya tapi miskin jiwa. Umat ini nampak cerdik tapi bodoh mengikut telunjuk barat. Umat ini nampak bersatu tapi berpecah sesama sendiri, berdebat hal yang remeh-temeh..."
' Setiap ujian adalah tanda kasih sayang Allah yang tidak terhingga '
' Setiap kesusahan dunia akan berbayar kesenangan di akhirat '
Aku Yang Kau Tinggalkan
Penulis : Alina Haizar
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Kaki Novel
Bilangan Mukasurat : 759
Tarikh Terbitan : February 2011
ISBN : 978-967-5067-65-5
Rating : ★★★★★
AKU YANG KAU Tinggalkan ~ tajuk sinis yang begitu menarik-narik hatiku untuk menyelongkar karya penulis yang baharu sahaja aku kenali ini. Pertama kali 'membedah siasat' karya penulis ini setelah terlihat beberapa comments yang begitu mengujakan di perkongsian geng goodreads.
Sinopsis
Ikatan perkahwinan di antara Nia Atirah dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta. Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, Zaril pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.
Dalam tempoh menjaga Zaril, Nia mula jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Diam-diam dia mengharapkan agar perkahwinannya ini kekal seumur hidup. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik sahaja Zaril pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zaril dan membawa hati yang lara ke Turin untuk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.

Ulasan :
Secara peribadi, membaca setiap baris ayat dalam keseluruhan karya ini memang membuatkan aku sebak dan pilu seperti dihiris pedang yang tajam sehingga tidak mampu ku tahan air mata ini melimpah keluar. Penulis berjaya membuatkan aku berfikir panjang mampukah aku berkorban kasih seperti Nia mengorbankan perasaan sendiri, dihina dan membawa diri jauh demi seorang insan yang bergelar LELAKI dan SUAMI yang amat dikasihi dan mengharungi setiap ujian mendatang dengan sabar dan redha ? Aku rasa tidak ramai yang mampu dan tidak semudah itu...
Permulaan cerita di mulakan dengan kehidupan Nia di Turin, Italy membuatkan aku tertanya-tanya apakah sebenarnya yang telah berlaku kepada Nia. Penggunaan teknik flashback atau mengimbas kembali perjalanan cerita dalam karya ini bermula bagaimana Nia boleh berkahwin dengan Zaril sehinggalah bagaimana mereka boleh berpisah berjaya mengolah cerita dengan berkesan. Walaupun bahasa yang digunakan dalam karya ini nampak agak bersahaja namun ia berjaya menterjemahkan mesej melalui monolog pergolakan jiwa dalaman yang dialami oleh Zaril dan Nia. Malah teknik ini juga berjaya membuatkan aku dapat menjiwai tekanan perasaan yang dialami oleh dua watak utama ini. Penulis juga banyak menceritakan tentang Serravalle, Turin, Naples bandar-bandar di Italy yang sememangnya sinonim dengan fesyen dan barangan berjenama antarabangsa yang terkenal dan popular dan banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati yang diceritakan dalam karya ini. Membaca karya ini bukan sahaja buat aku rasa seolah-olah berada di Turin malah seperti aku telah berada di sana menikmati keindahannya. Ini membuatkan aku terasa berkobar-kobar dan teringin untuk pergi ke Italy ni satu masa nanti...insya-Allah.
Selain itu juga, penulis berjaya menimbulkan tekanan dan rasa sakit dihatiku, walaupun aku geram dan benci dengan apa yang Zaril lakukan pada Nia tapi dalam waktu yang sama ada juga perasaan kasihan padanya. Di sebalik kisah yang syahdu ini, penulis berjaya memperlihatkan dan membuka mindaku bahawa inilah yang akan terjadi sekiranya setiap pasangan suami isteri itu malu untuk berterus terang dan tidak meluahkan perasaan kasih, sayang dan segala rasa yang terpendam di hati masing-masing terhadap pasangannya. Perasaan ego dan hanya pentingkan diri sendiri bukan sahaja akan menimbulkan perasaan salah faham pada kedua-dua belah pihak dan akan saling menyalahkan bahkan ia juga akan memusnahkan kebahagiaan dalam sesuatu perhubungan dalam sekelip mata. Oleh itu sentiasa hargai, cuba fahami dan amalkan sikap berterus-terang apa yang kita rasa dengan pasangan kita dan sentiasa beralah dan saling maaf-memaafkan dalam rumahtangga tidak kira anda bergelar seorang suami atau pun isteri. Cintailah pasangan kita kerana ALLAH dan Cintainya Tanpa Syarat. Dengan ini, ia akan dapat mengelakkan daripada timbulnya perasaan prasangka terhadap pasangan. Kemaafan adalah dendam yang terindah. Highly Recommended Book kepada yang bergelar ISTERI atau SUAMI.
Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada penulis kerana telah berjaya menghasilkan karya yang hebat sehingga menggetarkan seluruh jiwa ragaku malah boleh dijadikan iktibar dan pengajaran buat para pembaca. Apa yang pasti penulis telah berhasil membuatkan aku membaca buku ini bukan hanya dengan mata hatiku dan mata akalku sahaja malah seluruh pancainderaku, membaca buku ini dengan deraian air mata yang bukan sahaja buatku lebih bersyukur dan mensyukuri di atas nikmat dan apa yang aku ada disekelilingku, malah membuatkan aku lebih menginsafi kekhilafan diri ini dan akan cuba memaafkan orang lain.
...inilah lagu Cinta Tanpa Syarat - Afgan yang ku gambarkan luahan rasa hati Zaril kepada Nia ...
...ini pula lagu Jauh - Afgan yang ku gambarkan luahan rasa hati Nia kepada Zaril ...
Subscribe to:
Posts (Atom)