Anak Cikgu Timah Masuk Kampung


 

Penulis   :  Najwa Rahman
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  : 
Rinsya Chasiani
Bilangan Mukasurat : EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : Jun 2020
ISBN : 978-967-1794-263
Rating :


Ulasan :

Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Kisah Elin dan PG ni kisah budak-budak baru nak belajar bercinta he he he. Dalam kelakar cerita ni ada jugak sinisnya. Cumanya, kisah diorang ni agak kurang beri kesan dan kepuasan pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa he he he.

Harap Cik Penulis akan terus menghasilkan karya yang lebih baik dan dapat memberi manfaat kepada pembaca di masa akan datang ye. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 

 

Sinopsis


PG (Hazwan), pernah jatuh hati namun dia dikecewakan. Pertemuan dengan Elin, anak Cikgu Timah yang baru masuk ke Kampung Alor Papan menimbulkan pergaduhan yang tak berkesudahan. Bagi PG, wanita itu berlagak, cerewet dan kurang ‘bermoral’.

Elin pening! Baru saja ke kampung dia terpaksa berdepan dengan si mulut laser. Muka saja kacak... tapi sikapnya menyakitkan hati dan perasaan!

"Hang berkenan dengan tok wan aku ka?"

Spontan Elin kalih memandang PG, "Excuse me?"

"Daklah! Hang dok renung tok wan aku lain macam ja."

"Ei, gila! I tengok tok wan you sebab I kesian tengok dia dok panjat tangga susah payah."

Dalam diam, Elin mula terusik dengan tingkah lelaki itu. Cuma resah Elin, adakah perasaannya bakal disambut?

Elin menjauhkan diri apabila dirinya dilukai. PG tak pernah sukakan dirinya! Namun hilangnya Elin membuat PG tersedar, hatinya sudah terisi dengan gadis itu.

Masihkah ada peluang kedua untuk PG? Dapatkah Elin memaafkan PG? Kalau benar Elin membenci, kenapa ada cemburu bila Zara mendekati PG?

 

 

 

Bukan Kemahuan Fikiran


 

Penulis   :  Dilla Ahmad
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  : 
Penerbitan Anaasa PLT
Bilangan Mukasurat : EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : Jun 2017
ISBN : 978-967-0870-410
Rating :


Ulasan :

Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Pendapat peribadi, kali ini aku memang puas hati baca kisah Ain dan Hadif ni hingga akhir cerita. Kenapa aku kata macam tuhhh ???

Walaupun kisah Ain dan Hadif nampak macam cliche je, kisah rumah tangga orang yang baru nak belajar bercinta lepas kena kahwin paksa tapi kisah diorang ni berjaya meninggalkan kesan mendalam dan mainkan emosi aku jugak. Orang kata bercinta lepas nikah ini lebih manis dan indah. Kita akan lebih kenal perangai si dia tu dengan sepenuhnya lepas nikah, senang kata kita akan nampak the true colour he he he. Betapa besarnya kuasa akad nikah, perasaan cinta dan sayang itu akan wujud dalam hati dengan tak di sangka-sangka. Namun, cinta yang paling agung hanyalah untuk Allah SWT.

Banyak mutiara ilmu rumahtangga dan pengajaran yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah santai romantik diorang ni. Penulis berjaya menyampaikan mesej yang patut kita renung dan teladani.

Tahniah Cik Penulis. Semga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 

 

Sinopsis

Benarlah jodoh itu di tangan Tuhan. Bukan di tangan manusia.

Nurul Ain telah ditunangkan dengan sepupunyaTengku Zarif. Tapi kemudian dinikahkan dengan Tengku Hadif bila abangnya Tengku Zarif tiba-tiba menghilangkan diri. Untuk menjaga nama baik Tok Abah dan Ayah Ku, Tengku Hadif yang punya masalah sendiri akur dengan permintaan keluarganya.


 

 

 

"Ain nak mintak abang tolong tanggalkan sepit kat belakang selendang Ain ni. Boleh tak? Kalau tak boleh tak apalah..." - Nurul Ain


"Aku tunggu kat luar. Aku bagi sepuluh minit untuk kau bersiap. Lambat, aku tinggalkan aje..." - Tengku Hadif

Dia bukan lelaki yang sukakan komitmen. Dia sendiri masih mencari siapa dirinya. Dengan kehadiran Ain semakin menambahkan masalah yang sedia ada.

"Aku tak pernah expect ada orang lain yang akan tinggal kat dalam rumah ni. Jadi aku harap kau tak harapkan apa-apa dari aku." - Tengku Hadif

 

 

"Ain tak apa-apalah, Abang Hadif. Di mana suami berada, di situ isteri kena ada. Ain akan jaga Abang Hadif baik-baik ya." - Nurul Ain

Walau kena tengking dan mendapat layanan dingin daripada Tengku Hadif, Ain langsung tak ambil hati. Dia lelaki tak sempurna. Tetapi dialah yang membuatkan hati dan perasaan Ain tertambat kuat.

Kalau dah duduk serumah dan memandang wajah ayu itu setiap hari takkan hati tak terusik. Walau cuba dinafikan hakikat itu, namun Tengku Hadif terus akur juga. Nurul Ain itu isterinya.

Harus dia jaga dan cuba melindungi dari mata-mata jahat dan niat manusia. Siapa dia nak mendustakan takdir?

 

... lagu Keabadian Cinta - Anuar Zain ...
 
 

 
... lagu Fallin' For You - Colbie Caillat ...
 
 






Isteri Tuan IHSAN


 

Penulis   :  Sara Kyoko
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  : 
Lovenovel Enterprise
Bilangan Mukasurat : EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : 2015
ISBN : 978-967-0907-04-8
Rating : 


Ulasan :

Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Maaf ye Cik Penulis. Kisah Seroja dan Tuan Ihsan a.k.a pakcik tua ni memang tak boleh masuk dalam hati aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Penuh semut manis bergula. Orang putih kata 'not my cup of tea' camtuh.

Aku boleh terima tema karya ni tentang cinta berbeza usia. Tapi ada banyak isu lain yang agak tidak sesuai di ketengahkan dalam cerita ni yang memang jelas bertentangan dengan nilai-nilai budaya masyarakat Melayu yang berteraskan kepada nilai agama Islam.

Harap Cik Penulis akan terus menghasilkan karya yang dapat memberi manfaat kepada pembaca di masa akan datang ye. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

“Semua penulis akan meninggal, hanya karyanyalah yang akan abadi sepanjang masa. Maka tulislah yang akan membahagiakan dirimu di akhirat nanti.” (Ali bin Abi Thalib)

   

Sinopsis

Cinta tak kenal siapa... Kalau cinta itu kenal siapa mangsanya, tidak mungkin diva sengal ini jatuh cinta dengan si pakcik tua!

Seroja Irdina, si gadis peminat K Pop. Hidupnya tampak mudah. Siang dia seorang pelajar universiti. Malam... dialah diva berkasut tumit tinggi 6 inci. Berbusana moden bak artis Hollywood dan bertas tangan berjenama. Bergaya dan dunianya penuh warna-warni. Namun, tidak siapa yang tahu perang di jiwanya.

Tuan Ihsan, si kaya-raya yang terlajak usia. Hidupnya bergelumang dengan kisah lama yang penuh duka. Duka itu akhirnya menjadi kepompong menyaluti diri, menghindar hati untuk jatuh cinta lagi. Dunianya hanya ada warna hitam dan putih. Putih untuk, YA. Hitam untuk, TIDAK. Harta dan kejayaan yang dimiliki, malangnya tidak mampu menafikan jiwanya.

Sekeping wasiat dan satu amanah menjadi titik pertemuan antara dua insan yang berbeza...
“Sentuh sikit pun nak marah... atau, you takut tergoda?” – Seroja Irdina
“Excuse me? You called that godaan? Don’t flatter yourself missy!” – Tuan Ihsan

Apabila dua dunia bertembung, mampukah si diva sengal semarakkan warna-warni cinta ke atas kanvas hitam dan putih hati si pak cik tua?

“You ingat I tak berani nak lawan cakap you, eh? Oh! You silap besar!” – Seroja Irdina
“We’ll see. You lawanlah cakap I. Kita tengok apa akan jadi. Mungkin you benar–benar nak tahu apa yang I boleh buat, kan?” – Tuan Ihsan

Mampukah satu persoalan mudah dijawab si pak cik tua kalau maruah seorang Seroja perlu dibela?

“Seroja, dengar sini. You lebih dari semua itu. You’re very special and dear to me, but...” – Tuan Ihsan
“Tapi? Tapi, apa? Jujur dengan I... You sayang I, tak? You cinta I, tak? You nak kahwin dengan I, tak?” - Seroja Irdina

Dan dapatkan Seroja Irdina mendakap jawatan idaman menjadi hak milik kekalnya?

 

 

KHAIR, Sweetness in you

  

 

Penulis   :  Rinsya Chasiani
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  : 
Rinsya Chasiani Publication
Bilangan Mukasurat : 411
Tarikh Terbitan : Julai 2020
ISBN : 978-967-17946-3-0
Rating :


Ulasan :

Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Ini kisah cinta monyet Khair Ikhsan pada Nuryana Iman aka Kak Yana kawan kakaknya Yuhanis masa kecil-kecil dulu.  Selepas 15 tahun Khair duduk di kota London bersama atuk dan neneknya, Khair bertemu semula dengan Kak Yana semasa pulang bercuti jumpa keluarga di tanahair. Kak Yana ni rupa-rupanya crush Khair masa umur dia 10 tahun dulu. Tapi Kak Yana tak sangka Khair ni masih ada hati dan perasaan sayang yang begitu mendalam pada Kak Yana. 

Walaupun Kak Yana mula rasa suka dan sayang pada Khair, tapi dia malu untuk mengakui perasaannya sendiri dan memang bertentangan dengan prinsip dirinya yang tidak mahu suami lebih muda darinya. Kak Yana cuba menolak dan bagi pelbagai alasan setelah Khair luahkan hasrat hati dan perasaannya. Tapi Khair tetap juga tak putus asa dan buat macam-macam untuk pikat dan ambil hati Kak Yana ni tau. Akhirnya Kak Yana pasrah dan terima jodoh dan takdir yang tertulis untuknya. Khair menjadi suaminya dan 5 tahun lebih muda daripadanya.

Kisah Kak Yana dan Khair ni pada aku memang bersemut manis bergula, tapi ada pengajaran yang boleh kita ambil melalui kisah santai diorang ni. Umur tidak boleh dijadikan sebagai ukuran, tanda perasaan dan perbandingan dalam mencari pasangan hidup. Tiada salahnya jika suami lebih muda daripada isteri, jika suami itu lebih matang dan boleh menjadi imam dan ketua keluarga yang bertanggung jawab dan terbaik buat seorang wanita yang bergelar isteri. 

Harap Cik Penulis akan terus menghasilkan karya yang dapat memberi manfaat buat pembaca ye. Semuga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye.  

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

   

Sinopsis


"Kehadapan Kak Yana, Khair dah lama suka Kak Yana. Khair tak nak Kak Yana bercinta dengan Bob. Khair nak jadi kekasih Kak Yana. Khair suka Kak Yana. Kak Yana selalu belanja keropok. Kak Yana baik. Kalau Khair pergi, Kak Yana cari Khair tak? Bila Khair pergi jauh-jauh, Kak Yana jangan lupa Khair. Nanti Khair cari Kak Yana sampai jumpa. Khair sayang Kak Yana! "


Aku tergelak besar. Khair Ikhsan. Adik kepada Yuhanis, kawan baikku sendiri. Budak tu 10 tahun. Muda dari aku dalam 4 ke 5 tahun. Tak padan dengan kecik, ada hati nak mengurat! Dalam hatiku, dia bukan siapa-siapa. Aku masih teringat tangisan Khair apabila dibawa oleh keluarganya berpindah keluar negara. Kini 15 tahun telah berlalu. Dia pulang. Dan aku masih menganggapnya sebagai bahan gurauan.

"Teringin aku nak ungkit masa kecil dia." Ujarku kepada Yuhanis.

 

  

 

 

 

"Ha, Khair... Ingat tak siapa ni? Ni lah Kak Yana." Yuhanis bertanya. Khair pandang aku sekilas. "Tak. Tak ingat."


 

 

Eh? Biar betul tak ingat? Tapi kalau tak ingat, kenapa di mana ada aku, dia muncul di situ?

"Yana... You jadi girlfriend I." Aku hampir tersedak mi goreng.


"Siapa?" soalku dengan suara yang hampir tenggelam, "You dan I."

 

 

 

Kata Yuhanis, Khair Ikhsan tidak main-main. Dia serius. Tapi padaku, kami berdua tidak sesuai. Kerana itu aku memilih untuk mendekati Fuad.

"Kalau Khair masih ada simpati, jangan ganggu hidup akak lagi. Perempuan kalau dah move on, tak perlu di try. Sebab takut timbul benci." - Aku

Tak pernah terlintas dalam fikiranku bercinta dengan adik kawan baik sendiri! Tapi, sudah tertulis jodohku dengannya. Berkali-kali aku mengelak dan menolak, dia masih berdegil untuk mengusik perasaanku.


"I faham kalau you tak sayangkan I sepertimana I sayangkan you. I percayakan you. Sebab yang mengikat kita bukan sekadar perasaan. Tapi tanggungjawab, kasih sayang dan juga hubungan halal." - Khair

 

... lagu Aku Cinta - Syamel ft Ernie Zakri ...
 
 

 
  ... lagu Especially For You  -  Kylie Minogue & Jason Donovon ...