Urusan Cinta Belum Selesai





Penulis   :  Imaen      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Adiwarna
Bilangan Mukasurat : 357
Tarikh Terbitan : 2012  
ISBN :  978-967-3221-38-7 
Rating :   
       
 


 



Ulasan :
 
Maaf, ketika ini aku sedang 'membedah siasat' karya hebat ini. Tunggu ulasan aku nanti ye! 
 
 
Sinopsis   
 

Sudah lima hari Cinta ke Tanah Suci.

Dan Rauf (konon-kononnya) sudah berikrar tak mahu peduli lagi pada Cinta. Sebut nama Cinta pun dia tak mahu lagi. Apatah lagi mahu merasa Cinta itu juita hatinya. Lima hari ke, 50 hari ke, 500 hari ke, 5 000 hari ke, 50 000 hari ke, bukan ada kena-mengena dengan aku pun.


Betul ke begitu, Rauf... betul ke tak mahu peduli?

TAK... memang tak begitu. Dia memang rindu pada Cinta. Amat rindu. Sebelum ini, kalau dia rindu pada Cinta, dia akan buka Google Map. Kemudian taip alamat Cinta. Tak dapat tengok Cinta dapat tengok bumbung rumah Cinta samar-samar dalam Google Map pun cukuplah. Tapi kini dia tak berbuat begitu lagi. Dia lawan perasaannya itu. Lawan sungguh-sungguh macam HAMAS lawan Israel. Lawan sampai menang atau mati!


Payah sungguh melepaskan diri daripada Cinta!
Sebab...???

Rauf ini mencari makan seputar novel Melayu. Sedang perkataan ‘cinta’ mungkin antara perkataan yang paling banyak ada dalam banyak novel Melayu di Malaysia selepas perkataan ‘aku’, ‘kau’, ‘mu’, ‘pandang’, ‘renung’, ‘tenung’, ‘kata’, ‘tanya’ dan ‘senyum’.

Dan setiap kali dia menemui perkataan
‘cinta’ dia akan teringat pada Cinta.

Tak patut sungguh bapa Cinta dulu namakan anaknya Cinta. Hanya menyusahkan orang yang mencintai anaknya tapi cinta tak berbalas saja!

***

Imaen, lahir di Kuala Krai, pada akhir Disember, kira-kira 45 tahun dulu. Dia berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan Diploma Pendidikan Pengajian Melayu dari Institut Perguruan Sultan Idris. Kini bekerja sebagai editor, dan ketika ada kelapangan dia akan menulis.



No comments:

Post a Comment