Penulis : Orked V.
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Penulisan2u
Bilangan Mukasurat : 577
Tarikh Terbitan : Dis 2019
Rating : ★★★★★
Ulasan
الحَمْد لله dengan izinNYA, pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Tertarik untuk cari dan baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan.
Kisah Najmi yang mengalami PTSD selepas menyaksikan suatu peristiwa ngeri 20 tahun lalu. Akibatnya Najmi hilang sebahagian kepingan-kepingan memori silam dan pengalaman sewaktu kecilnya. Namun, Najmi selalu bermimpi dan terbayang-bayang dengan cebisan peristiwa yang tidak diingatinya.
Selepas aku riki baru aku tahu tentang Najmi yang mengalami PTSD (Post-Traumatic Stress Disorder) atau Gangguan Tekanan Pasca Trauma. Ia merujuk kepada keadaan mental yang mengalami keadaan panik yang dirangsang oleh pengalaman lalu seperti mengalami atau menyaksikan peristiwa traumatik kemalangan, keganasan, bencana alam atau pengalaman yang lain.
Gejala PTSD boleh termasuk kilas-balik (flashback), mimpi buruk, keresahan, ketakutan yang berlebihan dan kesukaran untuk tidur. PTSD boleh memberi kesan yang mendalam kepada kehidupan seseorang termasuk hubungan sosial dan keupayaan untuk bekerja atau belajar. Ia bukan hanya sekadar perasaan sedih atau tekanan biasa. Ia adalah gangguan yang boleh menjejaskan fungsi harian seseorang termasuk emosi, pemikiran dan tingkah laku. Rawatan PTSD biasanya melibatkan psikoterapi (terapi bercakap) dan ubat-ubatan.
Penulis bijak mengadun kisah misteri ini dengan begitu bersahaja, sempoi tapi mencengkam pelbagai rasa di hati pembaca bila baca ayat-ayat yang ada dalam karya ni. Aku memang tabik dengan cara penulis mengolah setiap watak dan mainkan jalan cerita ni. Walaupun cerita ni nampak macam biasa-biasa je tetapi kisah Najmi ini mengundang pelbagai rasa, sebak dan mendebarkan dari awal hingga ke akhirnya.
Setelah hampir 20 tahun Najmi menderita penyakit ini, pertemuan dengan Maria dan Doktor Ana telah menyingkap sebuah rahsia duka dan tragedi hitam yang sudah terpendam lama. Segala
memori silam pahit muncul kembali. Kepingan-kepingan memori lama yang
telah terpisah kembali bercantum dan membentuk sebuah kenyataan yang
amat menyakitkan. Siapa sangka ahli keluarga sendiri Paksu, yang dihormati dan sangat baik perlakuannya adalah seorang pembunuh, penjenayah pedofilia dan dalang serta punca segala penderitaan
yang ditanggung oleh Najmi selama ini. Bacalah, anda pasti akan dapat
rasa apa
yang kurasa. Nampak gaya lepas ni aku kena cari karya penulis yang lain pulak he he he.
Tiada satu pun yang terjadi di dunia ini secara kebetulan dengan keizinan Allah SWT dan pastinya ada hikmah yang akan diperoleh daripada ujian ini. Dan sebagai hambaNYA yang menzahirkan keimanan, kita perlu sentiasa bersangka baik dengan setiap ujian yang mendatang. Sesungguhnya hanya kepada Allah jua kita meletakkan pengharapan dan berdoa.
Banyak
mutiara
ilmu dan kata-kata yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah sedih pilu ini. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan
pengajaran buat semua pembaca diluar sana.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Sinopsis
Najmi dan Maria bertemu ketika hidup gadis itu
sedang kusut. Dalam keadaan tertekan dan terabai, Maria mengambil
keputusan untuk membunuh diri. Bagaimanapun, hasratnya tidak berjaya
kerana tindakan pantas Najmi.
“Tuhan dah tinggalkan aku!” - Maria
Empatinya
pada Maria membuatkan Najmi ingin membantu gadis tersebut. Dia faham
benar jika seseorang itu sudah berputus asa dengan hidup kerana dia juga
seringkali merasainya. Peristiwa dua dekad lalu bukan saja meragut
memorinya tetapi hampir meragut kewarasannya. Dia menjalani hidup setiap
hari dengan bayangan yang menakutkan sehingga kadang-kadang dia mahu
menyerah kalah dengan hidup.
“Aku tau macam mana perasaan tu. Aku tau apa rasanya apabila kau rasa kau dah tak ada harapan lagi.” - Najmi
Orang
kata, orang yang berputus asa itulah orang yang sebenarnya mahu hidup
bahagia. Mereka hanya ingin penderitaan mereka berakhir.
“Awak tau bunga api?” - Maria
“Kenapa dengan bunga api?” - Najmi
“Kita
selalu memuja yang indah, yang berkilauan dan yang bersinar. Yang
tinggi dan jauh atas langit sana. Yang ada depan mata tapi tak
tercapai.” - Maria
“Apa yang awak nak cakap sebenarnya?” - Najmi
“Saya rasa hidup saya macam bunga api yang ingin bersinar di langit.” - Maria
Ana
muncul dalam hidup Najmi sebagai doktor yang merawatnya. Walaupun
pernah menganggap Najmi sebagai cinta monyetnya, namun Ana ikhlas
membantu Najmi mengatasi kecelaruan psikologinya.
“Orang yang ada
masalah dekat sini... Selalu ingat yang dia orang tak ada apa-apa. Dia
orang sihat. Tapi dalam ni macam ada bunga api yang sedang meletup di
udara. Bersinar tapi membutakan.” – Ana
Ketika Najmi, Maria dan
Ana mengatasi konflik dalam diri masing-masing, tanpa disangka, misteri
dua dekad yang lalu terbongkar kembali. Banyak perkara yang terungkai.
Rupa-rupanya trauma mereka belum berakhir.
... lagu Mimpi Yang Tak Sudah - Ibnor Riza ...
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...
No comments:
Post a Comment