Dewi

 

 

Penulis   :  Noor Suraya  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 800
Tarikh Terbitan : Mac 2017
ISBN : 978-967-0851-81-5
Rating : 


     
 
Ulasan :

 
الحَمْد لله dengan izinNYA ini adalah buku ke 12 yang aku dah baca karya penulis hebat ini. 

Dewi bermaksud wanita bijak yang mempunyai kekuatan hebat melepasi jangkauan sehingga disegani dan dipuja. Sejujurnya, aku memang terpesona dengan setiap tujuh cerita yang terkandung di dalam buku hebat ini.

Walaupun semua cerita dalam buku ini agak pendek je. Namun setiap cerita pasti meninggalkan suatu rasa dihati seolah-olah aku adalah watak dalam cerita itu dan berjaya menyentuh hati dan perasaanku.

Semoga kisah-kisah ini dapat dijadikan inspirasi, teladan dan memberi pengajaran kepada semua pembaca di luar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
  

 

 T.E.R.B.A.I.K. 

  
Sinopsis 

Dari Meja Editorial...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana memilih buku ini sebagai bacaan anda. Tujuh cerita daripada tujuh orang penulis perempuan Jemari Seni dijilid indah dalam naskhah penuh makna. Cerita mereka berbeza dan memberi impak yang tidak disangka-sangka. Insya-Allah selepas membaca, anda akan terbuai-buai pelbagai rasa.

1. Assalamualaikum, Amna ~ Rodier 💝

2. Bloomsbury ~ Ika Madera 💓

3. Cepu Kayu Buat Latifah ~ Fatihah Pauzihal 💕

4. Cukuplah Sekali, Dillah ~Noor Suraya 💝

5. Jika Kutulis di Sini ~ Aylanins 💝

6. Kulit ~ Kamalia 💗

7. Semerah Daun Maple ~ Ijazati Habib 💝

Pembaca yang dikasihi, berbeza dengan novela '10' yang mengangkat penulis-penulis awal di Jemari Seni, 'Dewi' pula mengenakan prasyarat penyertaan; semua penulis haruslah mereka yang sudah ada tiga buah karya dengan Jemari Seni dan Adiwarna. Penyertaan kali ini juga melalui pemilihan panel juri yang dipilih khas.

Lalu inilah hasilnya!!! Dan harus diingat... membaca 'Dewi' membuat saya rasa muda kembali, dan anda, bagaimana?

Salam takzim,

Noor Suraya
Penyelenggara

7 Mac 2017

 A woman is like a teabag. You'll never know how strong it is until it's in hot water. ~ Eleanor Roosevelt

 

... lagu Wanita - Sheila Majid ...

 


 ... lagu Seri Dewi Malam - Sharifah Aini ...


 

 

Berikan Aku Peluang Mencintaimu


 


Penulis   :  Shima Rostam  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penerbitan Anaasa PLT
Bilangan Mukasurat : 0.66 MB (e-book)
Tarikh Terbitan : 2017
ISBN : 978-967-08703-4-2
Rating : 

 
       
 
 

Ulasan :
 

الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan untuk bedah siasat karya pertama penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Kisah Mizz Lady (Riya Zara) dan Noble-Man (Syed Al-Aiman) ni biasa-biasa aje pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Kisah yang santai je, tiada konflik yang peningkan kepala aku nak baca he he he.  

Perkenalan mereka di laman sembang semasa Zara masih belajar di Universiti berlarutan sehingga 5 tahun lamanya. Walaupun mereka tidak pernah bersua muka, dalam diam wujud suatu perasaan kasih di antara mereka. Zara terpaksa menerima lamaran kenalan lama setelah kecewa dengan Noble-Man yang menghilangkan diri dan belum bersedia untuk bersua muka malah tidak menunjukkan kesungguhan dalam hubungan mereka.

Kebahagiaan Zara cuma seketika, suami Zara dijemput Ilahi. Zara terpaksa bangkit dari meratapi kehilangan insan tersayang dan mula bekerja semula untuk membesarkan anaknya. Selepas sepuluh tahun, Noble-Man muncul semula di laman maya dan memohon peluang kedua dari Zara. Kalau dah jodoh tak ke mana. Rupa-rupanya, bos di tempat kerja Zara adalah Noble-Man yang masih setia dengan cinta pertama mereka.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye.  

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 
 
Sinopsis 

Sepanjang kita kenal, I tak pernah minta apa-apa. Tak pernah mendesak. Tapi masa takkan tunggu sepertimana I tunggu you. Dalam hati memang tersemat rasa ingin berjumpa dan bercinta macam pasangan lain. Tapi bila you berikan alasan, I terima seadanya. I fokus pada kerja.

Tapi nampaknya esok atau lusa, I tak tahu adakah I mampu menunggu dan terus menunggu lagi. Saat dia sudah bersedia memperkenalkan dirinya, Riya terlebih dahulu menerima pinangan Zamri, teman sekampusnya dahulu. Terkedu dengan kenyataan yang sangat memilukan itu, Noble-Man akur dengan takdirNYA. Bermula saat itu, ternoktahlah satu hubungan yang dicipta di alam maya. Antara Mizz-Lady dan Noble-Man hanya tinggal kenangan. Itu cinta pertama mereka. Riya Adriana. Itulah nama “facebook” Riya. Kepada Murni, adik iparnya disampaikan pesan untuk menjadi mata mengikuti perkembangan gadis yang dicintai.

“Nanti abang akan bagi nama dia dalam Facebook. Murni request jadi kawannya. Jadi mata abang. Jika dia bahagia, jangan beritahu abang. Tapi if something happen dalam hidupnya, inform abang terus. Boleh?” – Noble-Man

“Tapi kenapa” – Murni

“Sebab abang nak pastikan dia sentiasa bahagia. Bahagia dia adalah bahagia abang. Derita dia adalah derita abang. Salah abang dulu. Masa tidak dapat diundur kembali. Sekurang-kurangnya hati abang lega kalau dia sentiasa bahagia.” – Noble-Man 5 tahun berlalu, Riya bersama puteri kesayangan.

Kerana Zara, dia kembali mencari rezeki. Namun, kerana status yang dibawa, dia difitnah menggoda bosnya sendiri, Syed Al-Aiman. Lelaki berusia awal 40an yang masih bujang. Bukan dia yang menggoda, tapi Syed Al-Aiman yang mendekatinya. Niatnya hanya satu, mencari rezeki.

“Janda… Apalah yang menarik sangat? Bekas orang pula tu. Cantik lagi anak dara. Bergetah dan ada umph lagi.” – Riya

“Tapi orang kata janda lagi ada umph berbanding anak-anak dara zaman sekarang. Tak semuanya suci seperti zahirnya. Jadi pada I, lagi baik janda sebab kita telah pasti keadaannya,” – Syed Al-Aiman.

 

... lagu Andainya Takdir - Anuar Zain ... 

 

 



 

Kau Buat Semuanya Sempurna


 

Penulis   :  Ateen Khalid  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Rinsya Chasiani
Bilangan Mukasurat : 1.23 MB (e-book)
Tarikh Terbitan : Dis 2021
ISBN : 978-967-28131-5-6
Rating : 

 
       
 
 
 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan untuk bedah siasat karya pertama penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Kisah Ana dan Dean ni biasa-biasa aje pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Walaupun kisah mereka ni agak pendek dan santai je, namun setiap baris ayat dan watak-watak dalam karya ini penuh dengan kata-kata yang boleh menaikkan semula semangat motivasi diri dan membangkitkan kita ketika jatuh atau kecewa dengan kehidupan. Ada pengajaran yang boleh kita ambil melalui kisah diorang ni.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye.  

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.


 
 
 
Sinopsis 

Kerana kasihnya, Ayana mahu membela Anim, si kakak dari cengkaman suami umpama biawak hidup, Nazim. Namun kerana silap percaturan, maruahnya hampir tergadai oleh abang ipar. Namun, yang lebih memeritkan, dia dituduh mahu merampas lelaki itu.

Menemui Nadean Firhad tanpa sengaja, Ayana disuntik rasa berani. Anehnya, lelaki yang dia tidak kenali, menyentuh hati Ayana, membuat Ayana berani untuk mengambil langkah demi berubah.

Dean, lelaki itu sangat melindungi ...

Adakah cinta yang Dean rasa?

Atau cuma kasihan yang menepuk jiwa?

Dan berjayakah Ayana membuka hati Dean yang menyimpan seribu rahsia?

" Jika awak tak melangkah, sampai bila-bila awak takkan boleh ubah." 

 

... lagu Fight - Rachel Platten ..

 



 ... lagu Gemilang - Ella ..

 

 



 

 

Kekasih Diya...



Penulis   :  akuorgbiasa  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  EFFJay Resources
Bilangan Mukasurat : 4.13 MB (e-book)
Tarikh Terbitan : 2021
ISBN : 978-967-17537-6-7
Rating : 

 
       
 
 

Ulasan :
 
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 4 penulis hebat ni selepas Syarat yang ke 3, My Not-So-Perfect Sweetheart dan Ceritera Cinta Express     

Kekasih Diya, kisah dua jiwa yang terikat dengan ikatan pernikahan yang manis dan indah. Namun, kemanisan dan keindahan hidup bersama itu semakin pudar dan hilang ditelan waktu. 

Walaupun kisah Diya ni agak pendek je, tapi berjaya menyedarkan aku tentang erti syukur dan menghargai pasangan kita. Kadang-kadang kita hampir terlupa kelebihan dan kebaikan pasangan kita hanya kerana beberapa perkara yang buat kita marah dan tidak berpuas hati dengan pasangan kita. Dalam kelakar kisah diorang ni ada sinisnya. Banyak mutiara ilmu rumahtangga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah santai diorang ni. Sebuah karya yang sangat sesuai untuk dibaca oleh pasangan yang ingin bernikah ataupun yang sudah pun bernikah.

Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui. 

  
 
Sinopsis 

Diya dan Ikhwan sudah mendirikan rumah tangga berbelas tahun lamanya. Direzekikan tiga orang anak-anak yang banyak karenahnya. Si isteri punya cita-cita tinggi dan mahu yang terbaik dalam setiap perkara. Si suami, sejenis we-go-with-the-flow punya manusia.

Tiba satu masa, Diya mula rasa bosan dan letih dengan sikap si suami. Ikhwan yang dulu dipuja sejak berumur remaja, bukan lagi lelaki yang dirasakan mampu membahagiakan dirinya. Diya perlukan kekasih baru.

Apa hubungan perkahwinan itu akan sentiasa indah sehingga ke akhir hayat?

Apa kata-kata manis itu berhukum wajib antara suami-isteri?

Apa si suami atau isteri itu perlu ada setiap kali diseru pasangan?

Apa definisi keluarga dan rumah tangga bahagia sebenarnya?

Mampukah Ikhwan terus bertahan menjadi kekasih Diya hingga ke akhir hayat?

 

 

 ... lagu Sandarkan Pada Kenangan - Jamal Abdillah & Siti Sarah ...