Penulis : Rehan Makhtar
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Penulisan2u
Bilangan Mukasurat : 574
Tarikh Terbitan : Dis 2019
Rating :
Ulasan
Maaf, ketika ini aku sedang 'membedah siasat' karya hebat ini. Tunggu ulasan aku nanti ye!Sinopsis
Hidup Arissara sempurna dalam keluarga yang saling menyayangi. Indahnya tak ubah seperti menari di atas garis pelangi. Keindahan itu lengkap bila Han muncul.
"Saya tak ada bukti untuk buat awak percaya tentang cinta pandang pertama, Arissara. Satu-satunya cara adalah dengan cara ni..." ~HAN
"Cara ni?" ~ARISSARA
"Dengan jaga awak baik-baik..." ~HAN
Arissara lupa. Indahnya pelangi hanya seketika bila dia akhirnya tibe di hujung cahaya. Dunianya menjadi kelam. Kepolosannya memamah hati sendiri bila dia dikhianati oleh mereka yang dipercayai. Han menjadikan cintanya sekadar jenakan yang kejam. Han mencintai kakaknya, Anashuha.
"Boleh Ris tahu biarpun satu sebab? Atau mungkin hanya satu alasan. Ris akan terima..." ~ARISSARA
Han membuatkan dia sedar, hidup ini tak indah bagai yang disangka. Cuma, dia tak duga seteruk ini. Segala hinaan daripada mereka yang disayangi, membunuh jiwa sucinya. Arissara berlau bila diusir dengan penuh hina tapi Han tak akan melepaskan dia pergi lantas mengikatnya dengan ikatan suci yang dia benci.
"Ris adalah cinta mati abang..." ~HAN
Hati lembut itu menjadi sekeras tugu. Tapi, cara Han mencintai berbeza dengan orang lain. Dia telah hadapi banyak kehilangan, melepaskan Arissara adalah mustahil. Biarpun Arissara menderita, gadis itu harus ada bersamanya.
"Jika dengan perasaan benci itu akan buat Ris ingat abang, abang pilih kebencian Ris andai itu yang buat Ris simpan abang dalam hati..." ~HAN
Han korbankan
segalanya demi wanita yang dia cinta. Tapi Arissara terus menderita.
Kerana itu Han pergi. Dengan syarat Arissara perlu bahagia tanpanya
biarpun mereka tahu masa itu pantas berlalu. Mengikut aturan alam,
melihat manusia melepaskan segala yang berharga.
Kerana takdir
telah berkata 'checkmate' dalam perjalanan hidup mereka, Arissara sekali
lagi berdepan dengan Han untuk buat mereka saling sedar, ketetapan itu
tidak dapat mereka elak jauh sekali menolak. Sekali lagi Han menghulur
tangan. Kuatkah Arisara menyambutnya?