Atas Nama Cinta




 
Penulis   :  Wahyu Sujani
Negara   :  Indonesia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Indonesian Fiction
Penerbit  : 
PTS Litera Utama Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 394
Tarikh Terbitan : 2010
ISBN : 978-983-3892-58-7
Rating : ★★








Ulasan :


Alhamdulillah kerana dengan izin-Nya aku masih lagi diberi kesempatan untuk menghayati karya pertama penulis hebat yang baru sahaja aku kenali ini. Hatiku bagaikan ditarik-tarik untuk membeli karya ini setelah terlihat di laman bookcafe.com.my.  Ini adalah sebuah novel Islami yang boleh dijadikan sebagai motivasi rohani, penuh berilmu dan padat dengan hikmah. Karya ini benar-benar telah berjaya buat aku buka mata lebih luas dan berfikir di luar kotak fikiranku sendiri. Buat aku lebih sedar, yakin dan insafi diri. Malah mengajak aku untuk belajar menjadi seorang yang lebih sabar, sentiasa redha dan mensyukuri setiap ujian yang perlu kulalui dan nikmat yang telah aku perolehi.


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akhbar. Sebuah karya yang sangat bagus sekali untuk dibaca oleh semua golongan. Banyak mutiara ilmu yang dapat aku pelajari dan menjadi santapan jiwa yang masih lemah. Diharap kisah ini dapat menjadi pengajaran berguna dan memberi semangat baru kepada kita semua. Terima kasih dan tahniah kepada penulis karya ini kerana telah berkongsi suatu kisah yang dapat dijadikan sebagai inspirasi dan motivasi diri dalam mengharungi kehidupan di dunia fana ini insya-Allah. 


Highly Recommended Book. 


Sinopsis

























Kuseru Namamu Kekasih




Penulis   :  Maya Iris
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction, Thriller, Romance
Penerbit  : 
PTS Litera Utama Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 485
Tarikh Terbitan : 2008
ISBN : 978-983-3604-74-6
Rating : ★★








Ulasan :

Buku ini adalah karya ke 3 yang telah pun kubaca selepas Mahar Cinta Cinderella dan Konspirasi Suami daripada penulis hebat yang telah menjadi penulis favourite aku. Tidak perlu aku cerita panjang lebar lagi sebab karya-karya yang telah kubaca setakat ini memang tidak menghampakan dan memang puas hati TAHAP MAKSIMATerima kasih dan tahniah kepada penulis karya ini kerana telah berkongsi suatu lagi kisah yang dapat dijadikan inspirasi dan peringatan kepada kita semua sebagai hambaNYA yang pasti akan menghadapi pengalaman dalam mencari cinta yang hakiki. Seharusnya kita meletakkan rasa cinta yang paling tinggi itu kepada ALLAH swt melebihi cinta kepada manusia. Insya Allah, kita pasti akan memperoleh cinta yang sebenar.



Sinopsis

Rayyan, gadis yang sanggup berkorban apa sahaja demi teguhnya cinta pada Kekasihnya. Dia sanggup memutuskan tali pertunangan dengan Zaim supaya mendapat keredaan Kekasih yang satu.


Hanisa, gadis keliru yang terpaksa meninggalkan dunia yang dikasihinya kerana kebahagiaan yang dikecapi berakhir dengan kesengsaraan. Dunia yang pada mulanya indah adalah palsu belaka.


Zaim, lelaki yang tidak pernah terfikir jatuh cinta dengan gadis bertudung yang mengamalkan cara hidup Islam dengan sepenuhnya. Namun, dia sanggup melakukan apa sahaja demi membahagiakan hati seorang kekasih.


Mark, lelaki yang sedang tercari-cari kekasih sejati. Kekasih yang  dapat memberikannya kebahagiaan yang hakiki.


Sebuah kisah empat watak yang berbeza latar belakang, yang masih tercari-cari cinta sejati di sebalik bayangan semalam. Dalam pencarian mereka, seruan kekasih yang manakah bakal menggegarkan jiwa ? Seruan kekasih yang manakah menjadi janji yang akhirnya tertunai ?



kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ... Maya Iris


Wasilah Cinta Weera




Penulis   :  Rose Harissa
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  PTS Litera Utama Sdn Bhd

Bilangan Mukasurat : 607
Tarikh Terbitan : 2010
ISBN : 978-983-3892-70-9
Rating : 
 
Ulasan :
 
Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin-NYA, aku berjaya mendapatkan karya yang telah sekian lama kucari-cari selama ini dan dapat menghayati karya pertama penulis hebat ini. Alangkah gembiranya aku setelah terlihat buku ini di laman bookcafe.com.my dan terus aku beli tanpa bertanguh-tangguh lagi. Pergh...karya ini telah berjaya membuatkan aku bersengkang mata mengorbankan masa tidurku sehingga ke awal pagi. Kisah di antara Weera dan Ray dalam karya hebat ini bukanlah kisah cinta yang terjalin di antara lelaki dan wanita yang biasa kita lihat dan dengar. Tetapi ia adalah kisah kasih sayang luhur dan syahdu sesama manusia yang memberi pengertian lebih luas dan mendalam jika dapat diselami dengan mata akal dan mata hati. Memang agak berbeza dan berjaya memperlihatkan kepada pembaca dari manakah datangnya perasaan cinta yang ada dalam diri kita itu. Sesungguhnya perasaan kasih dan sayang itu Allah jadikan untuk setiap makhluk yang ada di muka bumi ini ada sebab dan tujuannya. Tetapi ramai antara kita yang masih jahil dan seringkali buruk sangka, menghukum tanpa usul periksa dan membuat tuduhan mengaibkan tanpa melihat dari sudut yang kita tidak faham dan ketahui.

Tahniah dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penulis hebat ini kerana telah berjaya menghasilkan karya yang sungguh meruntun jiwa sehingga menggetarkan seluruh jiwa ragaku. Walaupun cerita ini buat aku sebak dan menangis sampai bengkak mata, tetapi aku rasa begitu puas hati tahap lebih MAKSIMA dan begitu teruja sekali membaca setiap baris ayat dari karya syahdu ini sampaikan rasa macam nak ulang baca dan baca lagi tak nak berhenti. Karya yang boleh buat pembaca muhasabah diri dan belajar untuk menjadikan sebab cinta dan sayang itu kerana Allah. Hanya cinta yang diletakkan kerana Allah yang akan mendapat keberkatan dan rahmatNya. Memang berbaloi aku beli buku ini. Semoga kisah ini dapat dijadikan teladan, inspirasi dan peringatan kepada kita semua bahawa rasa cinta dan kasih sayang itu adalah milik Allah dan bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik balik semua nikmat rasa cinta dan kasih sayang itu daripada kita sama ada kita suka ataupun tidak. Karya yang sungguh terkesan di mata hati dan mata akalku dan pasti terngiang-ngiang di telingaku setiap bait-bait ayat yang keluar dari mulut Tajul Aweera - "...Ingat aku suamimu, aku mahu ada dekat denganmu, selalu ada dalam hati dan batinmu, aku mahu ada dalam setiap doamu..."


A DEFINITE MUST READ !!!


Sinopsis

Sebuah kisah yang sarat makna kasih sayang sesama manusia. Ia menawarkan keharuan ikhlasnya perhubungan antara Tajul Aweera (Weera) dan Raymond Azman Ananda (Ray), dua sahabat yang saling menyayangi dan disalah erti hubungan hanya kerana mereka lelaki. Namun pada mereka setiap manusia boleh berbicara soal keteguhan hati, kasih dan keikhlasan asalkan ia kerana Allah. Dalam satu keadaan yang tidak disengajakan dan atas rasa simpati dan tanggung jawab melindungi maruah, Weera menikahi Sari Ayu untuk menggantikan tempat Firdaus tunang Sari Ayu yang telah menikahi bekas teman wanitanya. Pelbagai ujian dan halangan perlu ditempuhi Weera demi menawan hati isteri yang baru dicintainya.

 

Namun, isterinya juga telah salah sangka dan termakan dengan hasutan Firdaus dan memandang serong dengan ikatan kasih sayang di antara Weera dan Ray. Ujian Allah akhirnya menyentuh Weera. Fitnah Firdaus tidak malu-malu menghambur untuk menghancurkan rumah tangga Weera dan Ayu, namun Weera tetap teguh kerana dia percaya ujian mendatangkan kebahagiaan untuk sesiapa yang mengertikannya. Ray akhirnya dijemput Ilahi setelah bertarung dengan sakit saraf Neuron Motor yang kronik.

Pengertiannya, menitis lembut pada kata 'Wasilah Cinta Weera'.


Kalau nak tahu bagaimana kisah yang sebenar, cuba dapatkan dan baca karya ini sendiri ye. Tidak rugi anda beli, baca dan selami maksud tersirat yang cuba disampaikan dalam karya hebat ini. Anda pasti akan tersentuh dan disentuh dengan jalan cerita yang menusuk qalbu ini.



...lagu Hanya Kau Yang Mampu - Aizat adalah luahan hati Tajul Aweera ...


 ...lagu Dan Sebenarnya - Yuna adalah luahan hati Sari Ayu ...



Hayati mutiara indah yang ditulis di dalam karya hebat ini :-


 " Sabda Rasulullah : Jika orang membenci kerana ada sesuatu yang kurang dari perangai isterinya, maka ketahuilah bahawa pada bahagian yang lain ada yang menyenangkan "

" Mukmin yang sempurna imannya, ialah sebaik-baik peribadinya. Dan sebaik-baik peribadi ialah orang yang sebaik-baiknya dengan isteri "

" Berdoa adalah cara paling ampuh untuk mengubati rasa patah hati. Dengan berdoa kita boleh mengeluh, menangis, mengadu dan mencurahkan segala bebanan hidup kepada Allah. DIA adalah sumber keteduhan dan ketenangan kerana DIA adalah pelindung semua makhluk "

" Kecantikan seorang perempuan bukan terletak pada paras rupanya tetapi sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa jika dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya. Tetapi ingat, wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami. Kecantikan isteri hanya untuk suami "

" Kegagahan seorang lelaki ialah terletak pada sejauh mana dia dapat menahan dan menjaga marahnya "

" Ada 5 perkara yang apabila kita menatapnya akan mendapat pahala iaitu melihat Kaabah, mushaf al-Quran, melihat wajah ibu bapa, orang alim dan memandang wajah suami isteri dengan penuh kasih sayang "

" Dalam Islam, cinta yang sejati itu adalah cinta yang diserahkan kepada Allah dan suami hanyalah jalan untuk isteri memperoleh reda Allah. Cinta suci hanya lahir daripada iman dan takwa "

Doa Rasulullah kepada Aishah : " Wahai Tuhanku,Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan "

" Isteri solehah merupakan pendamping dan sahabat yang paling baik bagi suami. Dialah penenang, pendamai, penyeju, penolong, pembakar semangat buat suami yang berada dalam kesusahan "

" Tindakan membahagiakan orang lain disebut sebagai shadaqah. Kata yang berasal dari 'shadaqa', yang bererti benar sejati atau tulus. Orang yang bersedekah adalah orang yang tulus imannya. Sedekah bukan sahaja berbentuk harta atau wang ringgit malah ukhwah sejati "

" Ya Allah, hidupkanlah aku jika kehidupan lebih baik bagiku, matikanlah aku jika kematian lebih baik bagiku "

  Rasulullah bersabda : " Besarnya pahala bergantung kepada besarnya ujian, dan sesungguhnya apabila Allah menyenangi suatu kaum, Dia menguji mereka. Barang siapa yang reda (atas ujian yang ditimpa) maka Allah meredainya, dan barang siapa yang marah, maka Dia marah."


" Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa kita kecuali dengan izin Allah. Jika kita beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hati kita. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Berlindunglah kepada Allah daripada kejelikan ujian dan fitnah. Redalah menerima takdir Allah dengan menyakini bahawa ujian adalah penghapus dosa."

" Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku hingga akhirnya dan sebaik-baik perbuatan hingga kesudahannya dan sebaik-baik masaku hingga menjumpainya "

"...Ya Allah, jika tiba saatnya Engkau ambil nyawa kami, jadikanlah kami tetap berada kebenaran, iman dan kecintaan kepadaMu. Dan bangkitkanlah kami ya Allah, dalam kelompok para anbiya, syuhada dan solihin..." 

"...Ya Allah, jadikan aku dan isteriku orang yang selalu Husnul Khatimah dan istiqamah. Berikan kami keturunan anak-anak yang soleh dan solehah dan jadikan keluarga kami keluarga yang sakinah, mawaddah dan warrahmah..." 



kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...  
Rose Harissa  


Andai Gerimis Berhenti




Penulis   :  Mardihah Adam
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  PTS Litera Sdn Bhd

Bilangan Mukasurat : 371
Tarikh Terbitan : 2011
ISBN : 978-967-5783-19-7
Rating : ★★★★







Ulasan :
 
Alhamdulillah kerana dengan izin-Nya aku masih lagi diberi kesempatan untuk menghayati karya pertama penulis hebat yang baru sahaja aku kenali ini. Hatiku bagaikan ditarik-tarik untuk membeli karya ini setelah terlihat di laman bookcafe.com.my.  Sebuah kisah yang sungguh meruntun jiwaku, penuh berilmu dan padat dengan hikmah. Sejujurnya, semasa membaca setiap baris ayat dalam keseluruhan karya, terutama di bahagian akhir cerita ini membuatkan aku begitu sebak dan pilu sehingga menitiskan air mataku. Karya ini benar-benar telah berjaya buat aku rasa lebih insaf diri dan mengajar aku untuk lebih sabar, redha dan meletakkan seluruh kebergantungan kepadaNYA. Kadang-kadang kita tidak sedar jodoh kita sebenarnya adalah orang yang kita rasa berada jauh dari kita tetapi begitu dekat di depan mata.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akhbar. Sebuah karya yang sangat sesuai dan bagus untuk dibaca oleh adik-adik gadis remaja, wanita, isteri atau ibu. Banyak mutiara ilmu yang dapat aku pelajari dan dapat dijadikan pengajaran berguna melalui karya hebat ini. Diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai motivasi dan memberi manfaat kepada kita semua. Terima kasih dan tahniah kepada penulis karya ini kerana telah berkongsi suatu kisah yang dapat dijadikan inspirasi dan panduan hidup untuk menjadi wanita solehah insya-Allah. Highly Recommended Book. 

Sinopsis


Kisah Nur Aisya, gadis yang menjadi rebutan dua lelaki yang mahu bersatu dalam jiwanya. Aisya beranggapan, lelaki pertama hanya seorang kawan. Tidak lebih daripada itu. Hisham, sahabat yang sentiasa memburu setiap langkah dan perhatiannya. Abang Najmi, sahabat sepermainan yang sentiasa memberi semangat, memburu rindu dan sabar menanti jawapan. Aisya beranggapan, kenangan lama perlu dibiarkan berlalu. Tetapi, kenangan zaman kecil bersama Abang Najmi selalu menerbitkan rasa dalam jiwanya. Namun, cintanya terpateri kepada lelaki bernama Ustaz Zulkarnain, pemuda yang mengajar jiwanya supaya sentiasa tenang dalam mengemudi cabaran mengusahakan kolam ternakan ikan air tawar. 


Aisya setia menanti kehadiran lelaki soleh itu sehingga Ustaz Zulkarnain hadir bersama isterinya Siti Hajar. Barulah Aisya sedar bahawa Ustaz Zulkarnain bukan jodohnya. Hisham memfitnah Aisya cuba mengganggu gugat rumah tangga Ustaz Zulkarnain setelah Hisham terbaca catatan diari Aisya tentang luahan hatinya. Sebulan setelah peristiwa yang memalukan itu, Aisya mengambil keputusan untuk menyambung semula pelajaran ke luar negara. Aisya akhirnya menerima dan mengakui selama ini cinta dan hatinya adalah untuk lelaki yang bersama ketika zaman kecilnya. Lelaki yang menjadi sahabat luar biasa dan tidak jemu memberinya nasihat dan semangat, sabar merebut hati dan bertahun-tahun menunggu cintanya.


 



Hayati mutiara indah yang ditulis di dalam karya hebat ini :-

" Allah mencipta perhubungan manusia itu penuh luar biasa, sehingga ada kalanya sukar bagi membuat keputusan "

" Allah berikan jalan penyelesaian kepada kita. Sedikit tersembunyi kerana kita perlu berdoa, bertawakal, berusaha dan menyerahkan diri kepada Allah. Allah menentukan segala-galanya "

" Saidina Ali pernah berkata, Saudaramu yang sebenar adalah orang yang sentiasa berada disisimu. Ketika susah dan senang. Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu. Sanggup berkorban apa sahaja demi kepentinganmu "

" Allah sering menurunkan ujian, tanda kasih sayang kepada hamba-Nya "

" Orang yang sabar adalah mereka yang sentiasa berdoa dan reda menghadapi dugaan yang menguji keimanan mereka.  Mereka perlu reda dengan ketetapan Allah dan menyakini, Allah sekali-kali tidak menzalimi mereka dalam perkara yang berlaku itu "

" Musibah yang besar ataupun kecil adalah tanda dan balasan Allah atas dosa yang pernah dilakukan. Ini tandanya Allah menyayangi diri ini "

" Sesekali kita perlu hadapi risiko. Risiko dan cabaran ini yang sebenarnya menguatkan dan mematangkan diri " 


kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...  
Mardihah Adam