MADE





Penulis   :  Jessica Mae Darhower
Negara   :  USA 
Bahasa   :  English
Genre     :  Thriller
Penerbit  :  J.M. Darhower

Bilangan Mukasurat :531
Tarikh Terbitan :27 Oktober 2014
ISBN : 1942206070
Rating :








Ulasan :


Setelah terbaca beberapa comments yang begitu mengujakan,  aku pun cuba cari dan baca buku ni. Ternyata buku ini memang agak ganas dan ada kelas yang tersendiri. Kisah hidup tentang bagaimana seorang lelaki menjadi ahli kumpulan Mafia. Kisah ini sarat dengan emosi dan konflik dalaman yang penuh tanda tanya. Watak Corrado Moretti dalam karya ini digambarkan seorang pembunuh upahan yang memang digeruni tetapi dalam masa yang sama jauh di dalam hati masih mempunyai perasaan kasih dan sayang. Menceritakan bagaimana kehidupan bersama emak, bapa dan adik perempuannya dan bagaimana cara dia dibesarkan sehingga dia menyertai ayahnya dalam kumpulan Mafia dan seterusnya susah payah sehingga dia berjaya menjadi orang kepercayaan ketua kumpulan Mafia ini. Mempunyai dua perwatakan yang cukup berbeza ketika waktu kecil dan setelah remaja. Aku agak terperanjat juga bila dia boleh bertukar daripada seorang yang pendiam dan suka memencilkan diri berubah menjadi seorang yang tidak ada perasaan belas dan kejam. Walaupun aku agak tertarik dengan cara penulis mengolah jalan cerita konflik dalaman yang dihadapi oleh watak Corrado ini, namun intipati karya ini agak kurang berjaya menambat hati aku untuk menghadam keseluruhan kisah dalam karya ini.





Sinopsis


























Konspirasi Suami




Penulis   :  Maya Iris
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     : 
Malay Fiction, Thriller, Romance 
Penerbit  :  Gedebook
Bilangan Mukasurat : 686
Tarikh Terbitan : 2015
ISBN : 978-967-369-292-7
Rating : ★★★★








Ulasan :

Ini adalah karya kedua penulis hebat ini yang kubaca selepas Mahar Cinta Cinderella. Karya ini adalah sambungan cerita daripada Mahar Cinta Cinderella. Aku semakin terpaut hati dengan karya unik penulis hebat ini yang berjaya mengadun sebuah kisah kasih sayang luhur yang mengandungi jalan cerita yang mengaitkan dengan pergolakan yang sedang berlaku di dunia sekarang ini seperti pergolakan di Mesir, kekejaman Zionis di Palestin dan juga kelicikan pemerintah gergasi dunia Amerika. Rasanya belum pernah lagi aku membaca kisah sebegini. Sejujurnya aku rasa puas hati tahap MAKSIMA dan begitu seronok dan teruja sekali membaca karya ini dari awal hingga akhir muka surat. Memang berbaloi aku beli buku ini. Terima kasih dan tahniah kepada penulis karya ini kerana telah berkongsi suatu kisah yang dapat dijadikan inspirasi dan peringatan kepada kita semua sebagai hambaNya yang sering diuji dalam sedar ataupun tanpa kita sedar dalam mencari kebahagiaan sementara di dunia yang penuh dengan pelbagai ujian dan penuh mencabar ini. Oleh itu, sebagai seorang Islam, kita hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan keimanan. Cuba sedaya upaya mempelajari, mengkaji dan memahami setiap ayat dalam Al-Quran kerana segala ilmu dunia ini telah diterangkan dalam Al-Quran dengan sejelas-jelasnya. Sekiranya seluruh umat Islam di dunia ini berpegang dan mengikut setiap yang tertulis di dalam Al-Quran, nescaya kita dapat mengembalikan zaman kekuatan dan kegemilangan umat Islam seluruhnya.  


Highly Recommended Book



Sinopsis


Dengan tipu helah Dr. Ehsan Chong menikahi Nur Sayang. Namun, bahagia yang diimpikan derita pula yang menjengah. Nur Sayang ditinggalkan di Mesir seperti gantung tak bertali. Dia meneruskan hari-harinya sebagai seorang pelajar perubatan dan seperti seorang isteri tanpa suami di sisi. Dalam keadaan kesepian yang memuncak, Nur Sayang menebalkan muka dan menghubungi Dr. Ehsan bagi mendapatkan kepastian arah tuju perkahwinan mereka. Barulah Nur Sayang tahu suaminya mempunyai ramai peminat. Arielle dan Ayala sanggup berkongsi kasih dengan Nur Sayang. Nur Sayang jadi tawar hati dengan perkahwinannya setelah jatuh pengsan dan hilang ingatan  seketika dan mahu kembali kepada Kamil, sedangkan Kamil sudah dirancangkan akan berkahwin dengan Amanda.





"Sebagai suami, saya boleh anggap dia nusyuz. Tetapi adakah menduakannya balasan yang setimpal di atas perbuatannya ? Balasan begitu tidak diajar dalam Islam. Islam menyuruh kita meninggalkan bilik tidur jika isteri nusyuz. Bukannya memasuki bilik tidur perempuan lain." - Dr. Ehsan.




Bagaikan jatuh ditimpa tangga, peluang untuk mendapatkan Nur Sayang semula semakin tipis apabila Dr. Ehsan diculik oleh satu pakatan yang mahukan sesuatu dengan dimilikinya. Jeneral Zuckermann mengambil peluang ini untuk membalas dendam terhadap Dr. Ehsan. Nur Sayang dan Dr. Ehsan terperangkap dalam konspirasi bertaraf antarabangsa yang bakal menggoncang keimanan. Dan hanya ada satu jalan keluar ... cinta pada Yang Satu.






he he ini komen yang ku terima dari penulis karya hebat ini dlm goodreads

Maya Iris Terima kasih. Gambar Dr. Ehsan dan Nur Sayang dalam blog buat akak senyum dari telinga ke telinga.. lurve it!!


... lagu Di Sebalik Rahsia Cinta - Metropolitan ...




kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ... Maya Iris