Perang Arab Israel : Selagi Belum Kiamat




Penulis   :  Sabaruddin Hussein
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Sejarah / History
Penerbit  :  PTS
Bilangan Mukasurat :
Tarikh Terbitan :
ISBN  :
Rating  : ★★★★★






Ulasan :


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar !!!
Banyak maklumat berguna yang dapat kupelajari setelah baca buku ini. Kini baru kufahami mengapa terjadi semua ini. Harapanku semoga umat Islam di seluruh dunia dapat bersatu dan memeranginya. Wallahuallam.




Tanpamu Di sisi





Penulis   :  Rabihah Nur Ridhuan
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Buku Prima
Bilangan Mukasurat : 454
Tarikh Terbitan : 2010
ISBN  :  978-967-5489-39-6
Rating  : ★★★★★




Ulasan :

Pertama kali meneroka karya penulis yang baharu sahaja aku kenali ini, ternyata membaca setiap baris ayat dari karya ini memang membuatkan aku sebak dan pilu. Satu lagi kisah realiti kehidupan yang sungguh menyentuh hati dan perasaanku.



Memang benar cinta itu tidak memerlukan kita bertentang mata. Cukup hanya dengan kata-kata, hati wanita akan tersentuh jua. Begitulah episod cinta Zukhrina Syamimi dan Iqmal Danish bermula. Cinta yang bermula di alam cyber membuatkan Zukhrina yang masih menuntut di tahun akhir di Universiti Malaya terpaksa menanggung aib setelah mereka di tangkap khalwat dan terpaksa bernikah. Lebih menyedihkan lagi, Zukhrina telah dibenci dan dibuang jauh dari keluarganya dan Danish berubah menjadi seorang yang panas baran, merahsiakan pernikahan mereka dari pengetahuan keluarganya dan tidak memperdulikan hati dan perasaan Zukhrina sebagai isteri. Malah di mata Danish, Zukhrina di anggap sebagai beban yang terpaksa ditanggungnya. Zukhrina hanya sempat menikmati alam rumah tangga buat beberapa bulan sahaja apabila Danish meninggalkannya tanpa khabar berita dan terpaksa keluar dari rumah sewa.

Zukhrina hampir hilang pedoman dek terkapai-kapai sendirian setelah ditinggalkan suami dan keluarga. Namun, Zukhrina telah berjaya diselamatkan oleh Kak Nani dan Zue teman baiknya. Dalam kepayahan, Zukhrina cuba bangkit demi sebuah harga diri dan membina kehidupan baru. Dia tidak mahu terus mengalah pada putaran takdir yang tidak pernah berpihak padanya. Namun setelah lima tahun dia berhempas pulas membina kehidupan baru dan membina kerjaya sebagai seorang guru di sekolah anak saudara Danish, tiba-tiba Danish muncul dalam hidupnya, memujuk rayu dan menagih cintanya semula. Perlukah dia mengalah pada lelaki yang pernah menabur duri dalam setiap langkahnya dahulu? Untuk mengetahui bagaimana kesudahan kisah ini, cuba dapatkan karya ini. Hayati dan selami maksud yang tersirat di sebalik kisah kasih sayang yang sungguh syahdu ini.
Di sebalik kisah yang sungguh meruntun jiwa ini, aku cuba menghayati mutiara indah yang cuba disampaikan oleh penulis bahawa dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha Luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik. Mana mungkin kita dapat mengelak daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Apa yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya-upaya menyelesaikan masalah itu. Sentiasa dekatkan diri dengan Allah dengan cara mempelajari ilmu agama dan al-Quran. Cintailah Allah yang paling utama, nescaya Allah akan menjaga cinta sesama manusia. Sebagai seorang insan biasa kita tidak lari dari melakukan kesilapan. Ini kerana manusia diciptakan sebagai makhluk yang sangat lemah. Kita hanya mampu menghadapi semua itu dengan baik apabila kita bertawakal kepada Allah. Percaya sepenuhnya kepada perlindungan-Nya. Maka kita akan memperolehi kekuatan untuk memperbetulkan kesilapan kita dan seterusnya membina kehidupan yang lebih gemilang. Sentiasa cuba memberi peluang kedua, memaafkan diri sendiri dan insan yang paling hampir dengan kita walau bagaimana benci dan hebatnya kita telah dilukai sebelum ini kerana sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah. Gunakanlah kesilapan lalu untuk membina kehidupan yang lebih gemilang di masa hadapan.

Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada penulis ini kerana telah berjaya menghasilkan karya yang sungguh terkesan dihati sehingga menggetarkan seluruh jiwa ragaku malah boleh dijadikan iktibar dan pengajaran buat para pembaca. Membaca buku ini dengan deraian air mata membuatkan aku lebih menginsafi diri ini yang terkadang tersasar jauh dari-Nya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani hamba-Nya. Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha.

 Hayati mutiara indah yang ditulis di dalam karya hebat ini :-

Nabi Muhammad SAW bersabda,
Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara :
Hidupmu sebelum matimu, 
Sihatmu sebelum sakitmu, 
Masa lapangmu sebelum masa sibukmu,
Mudamu sebelum tuamu
dan kayamu sebelum miskinmu

Ada pepatah mengatakan...
"...We can't direct the wind but we can adjust our sail..."

"...A failure is the opportunity to begin more pricely..."

Firman Allah SWT
"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan 
ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu
Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya ~ (Surah Al-Baqarah : 216)" 

"...Isteri bukan untuk dizalimi dan bukan juga untuk diperhambakan. Tanpa wanita, hati dan perasaan lelaki akan resah. Kerana adanya wanita, barulah lengkap hidup seorang lelaki. Lelaki perlukan wanita untuk dijadikan seorang isteri. Kerana adanya wanita, seorang lelaki dilahirkan oleh seseorang yang dipanggil ibu..."  

  "...setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah yang terlindung. Di sebalik keperitan yang ditanggung akan merapatkan lagi sesuatu hubungan ..."



...lagu Tanpa Bahasa - Afgan yang ku gambarkan luahan rasa hati Zukhrina ... 





...ini pula lagu Kemaafan Dendam Yang Terindah - Aishah yang ku gambarkan luahan rasa hati Danish dan Zukhrina ... 






kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ... Rabihah Nur Ridhuan  





Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul





Penulis  :  Fatimah Syarha Mohd Noordin
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    : Love - Religous life - Islam
Penerbit :  Telaga Biru Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 88
Tarikh Terbitan : May 2012
ISBN : 978-967-5102-40-0
Rating : ★★★★★







Ulasan :

Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin-NYA sekali lagi aku telah diberi kesempatan dan terpanggil untuk membaca dan menghayati karya kedua penulis hebat ini. Karya hebat ini mengisahkan tentang Qaniah, seorang gadis yang amat berhati-hati dalam memilih pasangan hidupnya. Qaniah mengambil Rasulullah SAW sebagai contoh suami terbaik dalam sebuah rumah tangga. Dengan keazaman dan kesungguhannya itu, Qaniah akhirnya telah berjaya dipertemukan dengan PEMILIK CINTANYA, Setelah ALLAH dan RASUL iaitu seorang suami yang sering mencontohi peribadi Rasulullah SAW dalam kehidupannya.




Subhanallah. Setinggi-tinggi penghargaanku dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penulis hebat ini kerana telah berkongsi ilmu dan berjaya menghasilkan bingkisan yang cukup lengkap dan sempurna tidak kira untuk gadis remaja, wanita, isteri, ibu, lelaki bujang, suami atau ayah. Banyak ilmu dan maklumat berguna yang aku perolehi setelah membaca bingkisan cinta ini. Pendapat peribadi aku, karya ini antara bingkisan penulis yang memberi kesan yang amat mendalam dalam jiwa aku. Alhamdulillah, walaupun buku ini agak nipis tetapi penuh dengan panduan, nasihat dan kisah buat para isteri memuliakan suaminya. Juga sebagai penghargaan buat para suami yang membahagiakan isterinya.  Highly Recommended Book. PERFECT - bagaimana menikmati cinta halal.

 
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

" Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertakwa. " ~ (Surah al-Furqan 25 :74 ) 

' Sesiapa saja yang menikahi wanita bukan kerana hal lain, kecuali agar pandangan matanya dapat dikekang, dan kemaluannya terpelihara atau untuk tujuan menyambung tali silaturahim, maka Allah akan memberkati pernikahannya dengan wanita itu dan wanita itu beroleh berkat pula kerana dipersunting olehnya '

"... Kita sekarang kekurangan Muslim sejati. Umat ini kelihatan ramai tapi sikit kekuatan. Umat ini nampak kaya tapi miskin jiwa. Umat ini nampak cerdik tapi bodoh mengikut telunjuk barat. Umat ini nampak bersatu tapi berpecah sesama sendiri, berdebat hal yang remeh-temeh..."

' Setiap ujian adalah tanda kasih sayang Allah yang tidak terhingga '

' Setiap kesusahan dunia akan berbayar kesenangan di akhirat '



kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ... Fatimah Syarha