I Love You, Stupid !





Penulis  :  Melur Jelita
Negara  : Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Malay Fiction / Cinta
Penerbit :  Karya Seni
Bilangan Mukasurat : 1389
Tarikh Terbitan : September 2012
ISBN : 978-967-0246-32-1
Rating : 

Ulasan :

KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.

Syukur kepada Allah kerana dengan izinNya aku telah diberi kesempatan menghayati sesuatu yang indah dari buku karya penulis ini.  Selepas aku baca buku pertama tulisan Melur Jelita, Awak Suka Saya Tak aku rasa ia karya terbaik yang pernah aku baca... tak sangka pulak aku terus jatuh cinta dan hati terus melekat macam kena gam gajah pada penulis pujaan hatiku ini... tapi selepas baca I Love U Stupid, aku lagi tak sangka karya ini jauh lebih pedas dan hebat tak dapat ku luahkan dengan kata-kata dan terus terang aku katakan 'this is the best karya by Melur that I've ever read in my life and it definitely won't be the last '... Subhanallah...Jalan ceritanya yang macam kena batang hidungku sendiri macam tergigit cili padi yang pedas berapi... Pendek kata semua rasa dan perencah ada dalam buku ini. Perasaan ku bercampur-baur bila baca buku ini hingga menitis laju air mata ku.. Padat dengan rasa nakal, sinis, gembira, sedih, hiba, tragis, sebak, pilu, sengsara, penuh berilmu, cinta dan kasih sayang, kemanusiaan, kekeluargaan, korupsi, menginsafkan dan menyedarkan diri ini kerana aku adalah antara anak melayu Malaysia yang semakin hilang jati diri kerana terlalu leka dan hanyut dengan arus pembangunan dan kehidupan yang serba moden dan serba serbi senang. Setiap ayat dalam buku ini memang betul-betul seperti di panah terus ke jantung ku dan aku rasa mengenali Iris seperti mengenali diriku sendiri dan seolah-olah aku yang berada di Kemboja dan melihat sendiri pengembaraan yang sungguh mendebarkan, kepayahan, keperitan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh penduduk di sana. Kisah ini betul-betul membuatkan aku tersedar dari lena yang panjang, aku bersyukur menjadi rakyat Malaysia, bersyukur dengan apa yang aku ada, lebih menghargai dan menyayangi negara tumpah darah kelahiran ku ini...sesungguhnya buku ini telah beri ku banyak pengajaran terbaik melalui watak-watak utamanya.

Kisah mengenai misi kemanusiaan Iris ke Kemboja selama lima bulan. Di sana Iris ditemani oleh bodyguard, Firman yang bukan sahaja menjaga Iris, malah menjadi pelindung, mengajar Iris bagaimana menjadi seorang  Muslim yang sebenar. Semasa di sana, pelbagai peristiwa berlaku di antara mereka berdua diselangi dengan kisah kehidupan masyarakat melayu Cham di Kemboja. Kedatangan Iris sebenarnya bukan sahaja untuk misi kemanusiaan semata-mata tetapi misi untuk menemukan semula anak kawan baiknya, Farina yang sedang sakit tenat. Selepas itu, mereka difitnah berselingkuh oleh orang  kampung, Firman bersetuju menikahi Iris namun ditolak oleh Iris kerana dia tidak bersalah dan tidak mahu orang kampung berfikir mereka bersalah. 

Iris kemudiannya diarahkan Firman balik ke Malaysia dan dibawa pulang oleh Aidan dan bapa Iris. Setelah pulang ke Malaysia, Iris dikejutkan pula dengan berita pertunangan dia dengan Aidan. Iris tidak bersetuju tapi akhirnya bersetuju berkahwin dengan Aidan bila dia memikirkan tentang mamanya dan kebaikan Aidan. Walaupun hati Iris sentiasa teringat dan mengharap pada Firman namun Iris tahu dia hanya bertepuk sebelah tangan dan tidak tahu sama ada Firman menyimpan perasaan yang sama padanya atau tidak...bab-bab terakhir memang hiba dan memang menyayat hati...tapi  memang happy ending ye...kisah yang penuh tragis tapi 'SUPERB'.




Tahniah dan Terima kasih Melur Jelita kerana karya yang sungguh terkesan di mata hati dan mata akal ku...apa yang pasti seperti terngiang-ngiang di telinga aku setiap bait-bait ayat yang keluar dari mulut FIRMAN aka Abang Pedas dan aku tersenyum simpul mengingati setiap petah bicara IRIS the diva.


....dan inilah muzik syahdu dari Firman untuk Iris

  
The Elegance of Pachelbel - Serenade 



....dan ini pula ringtone dari Iris untuk Firman 





A Thousand Years - Christina Perri


BuKaN IsTeRi SeMpUrNa





Penulis  :  Tulip Ungu
Negara  : Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Cinta
Penerbit :  Kaki Novel
Bilangan Mukasurat : 584
Tarikh Terbitan : September 2013
ISBN : 978-967-0448-41-1
Rating : ★★







Sinopsis:

Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri. Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman. Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina. Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.

Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.”
















 Nina : “Jangan ingat lepas semua yang berlaku, saya akan terima Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman buang saya, tapi saya tak kan terima Encik Danish jadi suami!. Lelaki macam Encik Danish tak layak jadi suami sesiapa pun!”
“Tingkahmu sering membuatku kaku. Bicaramu mampu membuatku kelu. Namun... bisakah aku berikan kau bahagia? Andai Aku BUKAN ISTERI SEMPURNA.”


Ulasan :

Secara tak sengaja terbaca cerita ni di blog penulis sendiri walau pun tidak pernah baca lagi karya penulis ini...tertarik dengan watak utama Nina di permulaan jalan ceritanya dan teruja nak tahu lebih lanjut...terus cari buku dan habis baca buku ni dalam masa satu hari je...pendapat peribadi aku tema dan plot ceritanya hampir sama dengan kebanyakan novel di pasaran sekarang...gaya penulisannya 'santai' dan tak beratkan kepala nak fikir banyak-banyak apa yang akan terjadi seterusnya...dan dah boleh agak 'happy ending'..secara keseluruhannya cerita yang menarik untuk dibaca walaupun aku dah boleh agak bagaimana kesudahan cerita ni sebab hampir tiada unsur suspen....cuma aku rasa agak terganggu dengan pengulangan ayat dan dialog/monolog yang sama di beberapa bab yang kurang memberi daya tarikan kepada pembaca menghayati watak-watak utama... Walau bagaimanapun, syabas dan tahniah kepada penulis kerana berjaya menerbitkan karya novel ini di pasaran. Semoga tulip ungu akan terus berkarya dengan karya yang lebih menyengat dan berbisa di masa akan datang.

kalau nak baca karya penulis ini boleh klik link...   tulip ungu


Suami Yang Ku Benci ...





Penulis  :  E-Man Sufi
Negara  : Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Cinta
Penerbit :  Karya Seni
Bilangan Mukasurat : 544
Tarikh Terbitan : November 2011
ISBN :  978-967-0246-10-9
Rating : ★★★★










Ulasan :

Terbaca dalam penulisan2u dan tertarik nak baca lebih lanjut cerita yang agak kelakar ni...aku pun terus cari buku ni di MPH. Merupakan karya E-Man Sufi yang pertama aku baca dan dari muka surat pertama hingga akhir muka surat memang buatkan aku tak berhenti ketawa terbahak-bahak dan memang menggelikan hati jer.. betul tak tipu...dan E-Man Sufi kira dah masuk dalam senarai  penulis 'favorite' aku tau...Walau pun tema dan plot ceritanya cinta antara dua darjat yang lebih kurang sama seperti lambakan cerita novel di pasaran sekarang, kahwin terpaksa dan kemudian jatuh cinta selepas kahwin...tapi jalan cerita yang agak berbeza sedikit dengan penulis yang lain...lebih banyak berkisar di kampung, ada kolam air, pacat, ikan laga, dusun ...gaya penulisan bahasanya pulak 'santai' dan menghiburkan tak beratkan kepala aku nak fikir banyak-banyak memang buat aku seronok baca buku nih...watak Uwais pada aku memang sangat nakal, mencuit hati  dan lagilah masa dia dah 'angau' memang tak boleh tahan gelak...watak emaknya Makcik Sari pulak memang garang tapi dalam masa yang sama kelakar habis sebab dialog dia ni memang buat aku tak berhenti ketawa jer memanjang...dan aku rasa inilah watak ibu mertua idaman hati satu Malaya tau... satu lagi watak Fawaz, sepupu Hannah ni walau pun pada permulaannya agak menjengkelkan dan buat sakit hati tapi lama-kelamaan watak dia ni buat aku tersenyum sendiri jer.. tak boleh tahan gelak bila dia dah 'angau'...tak boleh aku nak bayangkan dalam realiti watak dia ni memang 'Terbaikk'.... Watak-watak inilah yang aku rasa berjaya menghidupkan cerita ni secara keseluruhannya dan memeriahkan suasana dengan aksi nakal dan dialog/monolog bersahaja dan memang boleh hilangkan stress.. jadi kalau ada yang nak hilangkan stress boleh cari buku ni ye...memang berbaloi beli buku ni he he he...Tahniah kepada penulis kerana berjaya hasilkan karya yang mempunyai sentuhan humor yang boleh 'menggeletek hati' dan 'sakit perut' pembaca dan dapat 'menghidupkan' watak-watak penting dalam ceritanya melalui aksi lucu dan dialog 'sempoi'.

Perkahwinan Hannah Maryam dengan Tengku Muiz terpaksa dibatalkan kerana tunangnya Tengku Muiz kena tangkap khalwat dengan seorang budak perempuan dibawah umur. Tok Ayah berkeras meneruskan perkahwinan Hannah dengan calon pilihannya seorang penjual burger, Uwais Ukasyah. Pangkat Hannah sebagai CEO akan ditarik jika Hannah enggan mengikut arahan atoknya. Sebagai CEO di syarikat milik keluarganya, Hannah sentiasa sombong dan berbangga diri dengan kemewahannya yang dimilikinya dan sering merendahkan golongan miskin. Orang yang sering diherdik dan direndahkan martabatnya adalah SUAMinya sendiri Uwais Ukasyah. Uwais tiada harta tapi kaya dengan kesabaran. Ermmmm agak hensem dengan dua lesung pipit di kiri dan kanan pipinya.  Mula-mula mereka ni saling benci antara satu sama lain, asyik bergaduh dan bertikam lidah je, kemudian timbul rasa sayang dan cinta antara mereka berdua. Sikap sabar Uwais mendatangkan hasil bila Hannah mula menunjukkan sikap positif dan ambil berat pada Uwais setelah mengetahui Uwais sebenarnya adalah lulusan dari Universiti dari Jordan. Namun cinta yang baru berputik itu diuji bila Fawas sepupu Hannah yang pernah kecewa kerana Hannah memilih Tengku Muiz kembali dari Dubai. Fawaz ingatkan bila balik, dia dapat 'tackle' Hannah semula tanpa diketahui Hannah sudah berkahwin. Maka di sinilah bermula adegan yang mencuit hati di antara Uwais, Fawas dan Makcik Sari. Kalau nak tahu lebih lanjut ceritanya kena dapatkan buku ni ye...



kalau nak baca karya penulis ini boleh klik link ni... E-Man Sufi

Awak Suka Saya Tak ?





Penulis  :  Melur Jelita
Negara  : Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Cinta
Penerbit :  Karya Seni
Bilangan Mukasurat : 1056
Tarikh Terbitan : 15 Oktober 2011
ISBN : 978-967-0246-07-9
Rating : ★★★★★






Ulasan :

Tajuk buku yang begitu simbolik ini memang memberi kesan yang mendalam dan sungguh luar biasa...akhirnya aku berjaya juga baca karya pertama Melur Jelita ni...buku yang ketebalannya memang buatkan aku rasa memang tebal dan berat sungguh untuk aku habiskan dalam waktu yang singkat. Tapi dapat jugak aku habiskan dalam masa tiga hari sebabnya biasalah banyak kerja lain lagi yang kena buat tak kan nak hadap baca buku nih jer kan... lelah jugaklah aku nak habiskan baca buku nih...TAPI walaupun LELAH penulis berjaya buat aku 'melekat' dan 'jatuh hati' terus dengan penulis novel ini.

Sebabnya, pada pendapat peribadi aku novel ini novel melayu pertama aku baca yang sarat dengan panduan dan gaya berkasih sayang dalam Islam yang sangat indah, pengajaran tentang adab dan tatatertib pergaulan dan cinta antara lelaki dan perempuan, panduan nikah dan hantaran dalam Islam. Memang buat aku jatuh cinta habis dengan watak Hilman Yong ni...i wish he exist in this world !!!  aku berani jamin watak Hilman ini memang menjadi dambaan setiap gadis di seluruh dunia ni tau...Plotnya tidak memberatkan kepala aku. Hanya konflik halangan dalam percintaan berlandaskan islam yang dilalui oleh  Intan dan Hilman ini sentiasa ada pasang-surut, sekejap baik sekejab gaduh tak habis-habis ada jer benda yang nak digaduhkan. Itu yang buat aku geram dan lelah baca buku nih. Tapi dalam lelah itu penulis berjaya titipkan banyak panduan hidup dalam Islam yang berguna untuk memberi kesedaran, peringatan dan keinsafan pada aku. Gaya penulisan dan pengolahan cerita memang harus aku puji 'EXCELLENT' penuh bunga-bunga indah dan mengasyikkan, santai dan memang sangat menusuk hati aku...sampai boleh buat aku terbuai-buai dan senyum sambil terbayang nampak bunga dan bintang, sebak, nangis, kecewa dan sengih sorang-sorang tuh...memang 'SUPERB'  ★★★★★  juga banyak maklumat tentang kuda dan penjagaannya..ini yang buatkan hati  aku rasa berkobar-kobar nak belajar tentang kuda nih....

Jadi memang betul review kawan-kawan di goodreads.com tu yang sudah membedah siasat isi buku ini dengan begitu baik sekali. Sehingga berjaya membuat aku mencuri masa untuk menghayati dan memahami isi perut novel ini...CINTA yang lahir dan bersatu itu adalah anugerah dari Allah SWT.  Thank you so much guys !

Aku membayangkan dua watak dalam buku ini seperti mereka ini...rasa macam sepadan sangat kan...

                                                                                                                                           
Kisah cinta kasih sayang yang syahdu antara Hilman Yong (Damien Yong-sebelum jadi Muslim) seorang kacukan Cina-Korea-Amerika, seorang yang baru mengenali Islam dan lebih mencintai Islam dengan Puteri Intan Zulaikha. Hilman telah jatuh cinta pandang pertama sejak pertemuan di sebuah restoran KFC 8 tahun yang lalu. Doa Hilman telah dimakbulkan oleh Allah setelah bertemu semula di kedai Cherish kepunyaannya di KLCC.  Namun pertemuan singkat itu telah mengundang pelbagai pahit manis sehingga menyebabkan mereka terpisah selama 3 tahun. Intan telah bertemu semula dengan Hilman sewaktu bertugas mengendalikan kursus di Kuala Terengganu ketika belajar menunggang kuda. Pertemuan yang tak disangka itu telah berputik semula bunga cinta di antara mereka sehingga bertunang.   Namun, dua hari sebelum hari pernikahan, telah berlaku pergaduhan antara mereka oleh kerana salah faham dan kesilapan tutur kata Intan sehingga menyebabkan Hilman membatalkan pernikahan mereka. Sehari sebelum tarikh pernikahan, Hilman pula telah kemalangan jatuh dari kuda hingga hilang ingatan dan kembali menjadi Damien. Pelbagai usaha telah dilakukan dan pelbagai dugaan harus ditempuhi oleh Intan demi mengembalikan semula ingatan Hilman kepada Islam. Namun, kepasrahan Intan dengan menyerahkan segala-galanya pada Allah dan redha akan ketentuanNya telah menghidupkan semula cinta kasih sayang Hilman pada Intan. Mereka akhirnya dinikahkan dalam satu majlis yang sungguh syahdu.

' Cinta yang paling agung adalah cinta kepada Allah SWT '

Tahniah dan terima kasih Melur Jelita kerana berjaya hasilkan karya yang begitu syahdu dan menusuk hati ...nampaknya aku dah jatuh cinta dengan karya Melur Jelita nih...

....inilah lagu syahdu piano oleh Intan untuk Hilman



Anuar Zain - Sedetik Lebih